HOOGA Bawakan Keselesaan Dalam Kesederhanaan

Share

HOOGA diolah daripada perkataan Denmark iaitu hygge yang bukan saja merupakan sebuah konsep tetapi juga menggambarkan gaya hidup yang merangkumi perasaan tenang dan selesa melalui perkara-perkara yang mudah dalam kehidupan seharian. Konsep hygge berupaya mewujudkan suasana cosy atau mesra dan selesa dalam sesebuah kediaman dengan berpaksikan falsafah yang telah popular dalam tradisi Denmark sejak tahun 1800-an lagi.

Diilhamkan dari kehangatan dan kemesraan konsep hygge, HOOGA merupakan jenama perkakas dan dekorasi kediaman dengan variasi pilihan produk bersesuaian buat seluruh ahli keluarga anda. Berbekalkan kefahaman tentang keperluan pengguna masa kini, HOOGA sentiasa membawakan pelbagai jenis keperluan seperti aksesori tempat tidur, peralatan bilik mandi, lampu, perabot dan juga ruang penstoran bagi melengkapi setiap sudut kediaman.

“HOOGA menggambarkan sesuatu yang sederhana tetapi menyempurnakan dan memenuhi setiap aspek kehidupan dengan cara menikmati kebahagiaan melalui perkara-perkara kecil yang signifikan disekeliling kita. Dan perkara tersebut adalah hygge

. Anda tidak perlu ubah suai keseluruhan kediaman untuk menjadikannya lebih hyggelic kerana transformasi boleh berlaku walau hanya dengan penambahan kecil. Kami berharap rangkaian ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan keseronokan sederhana dalam kehidupan dengan mengubah rumah mereka kepada sesuatu yang lebih menarik dengan HOOGA, “kata Koay Gray Sen, Ketua Pegawai Operasi HOOGA.

Sejak debut pertamanya di Suntec City, Singapura pada Ogos 2018, HOOGA telah memperoleh kejayaan serta sambutan yang luar biasa dari penggemar konsep hygge

di rantau ini. HOOGA kini mengembang sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan rangkaian terbarunya yang terletak di 1 Utama Shopping Centre. Dengan keluasan meliputi 7,641 kaki persegi, ini adalah kedai HOOGA terbesar yang ada di seluruh Malaysia. Jom ramai-ramai kita rasai sendiri gaya hidup hygge bersama HOOGA dengan pilihan yang pelbagai.

Published by
amalina