Hotel Grand ION Delemen, Genting Highland menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai Pangsapuri Perkhidmatan Penuh yang dibina pada 6000 kaki di atas paras laut pada 7 Julai 2018.
Ianya disampaikan oleh Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah kepada Pengarah Urusan NCT Group Dato’ Sri Yap Ngan Choy dan turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysia Book of Records, Dato’ Micheal Tio di Grand Ballroom hotel berkenaan.
Resort yang berkonsepkan rimba urban pada ketinggian 6000 kaki ini bakal menjamu pengunjungnya dengan pemandangan pergunungan yang melatari Banjaran Titiwangsa dan hanya mengambil masa selama 45 minit perjalanan daripada pusat bandar Kuala Lumpur.
Sebanyak 632 kediaman ditawarkan kepada pengunjung untuk menikmati kolam renang air panas serta menikmati hidangan mewah berkelas dunia di Restoran Kembali Kitchen selepas puas menjamu mata dari point pemerhati yang terletak di sebelah restoran Hugo’s in the sky.
Berikut adalah beberapa gambar lokasi hotel serta majlis penyerahan perakuan dari The Malaysia Book of Records.
Penghargaan Gambar: Afendi Wahid/MOTAC
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Selamat Tinggal’ Pencemaran ‘Selamat Datang’ Udara Segar
Sambil menempuh fasa endemik dengan kebimbangan yang wujud akibat peningkatan kes Covid-19, usaha melindungi kualiti udara rumah dan pejabat anda kini menjadi satu kepentingan. Kita tidak harus leka dalam usaha menyediakan persekitaran hidup yang paling selamat untuk ahli keluarga kami.
Menurut Laporan Alam Sekitar [Reports on Environment] (ROE) Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika [American Environmental Protection Agency] (EPA), udara dalaman adalah 2-5 kali lebih tercemar daripada udara luar dan merupakan antara 5 risiko alam sekitar kepada kesihatan awam. Antara sebabnya ialah aliran udara dalaman tidak beredar sekerap udara luar, lantas bahan pencemar udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, hama habuk dan virus dan bakteria biologi lain terus berkembang biak di ruang dalam.
Antara pencemar udara lain termasuk asbestos – digunakan sebagai bahan penebat bagi paip, jubin lantai dan bahan binaan bangunan, karbon monoksida – yang ditemui dalam lampu kerosin dan pemanas gas, racun perosak – yang sering digunakan di rumah untuk menyingkirkan serangga dan haiwan perosak lain, asap sampingan daripada rokok, dan sebatian organik meruap – seperti cat, pengawet kayu, semburan aerosol, penyegar udara dan juga disinfektan.
Untuk memastikan udara dalaman bebas daripada semua bentuk bahan pencemar berbahaya yang tidak boleh dikesan oleh mata kasar, penulen udara ialah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini. Penulen udara sudah lama terbukti menyegarkan udara hapak dan meningkatkan kualiti udara dalaman dengan ketara. Alat ini juga didapati mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada bahan pencemar, seperti jangkitan pernafasan, asma dan juga kerengsaan mata, hidung dan tekak. Kualiti udara kurang baik boleh menyebabkan sakit kepala, kelesuan atau ruam kulit akibat alahan atau bahan pencemar tertentu.
Malah, penulen udara memang sudah biasa digunakan di dalam rumah kerana kepelbagaian manfaatnya. Sejak sebelum pandemik Covid-19, penulen udara telah membantu ramai rakyat Malaysia meningkatkan kualiti udara di dalam rumah masing-masing. Selain daripada menambah baik kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan, penulen udara juga menyingkirkan acuan dari udara, memerangkap debunga dari tumbuh-tumbuhan dalam atau luaran, meneutralkan bau kurang menyenangkan dan meningkatkan kualiti tidur keseluruhan. Alat ini juga didapati berupaya menapis bahan pencemar yang tidak boleh dibersihkan menerusi pencucian harian.
Dalam satu laporan teknologi yang mengkaji pertumbuhan Pasaran Penulen Udara di Malaysia, didapati bahawa pasaran penulen udara Malaysia bernilai lebih daripada USD68 juta pada 2020 dan dijangka berkembang pada kadar 5.41% dalam tempoh 2022-2026*. Kajian ini membuktikan bahawa pemilikan penulen udara adalah satu keperluan dan pemilihan penulen yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan harian anda juga tidak kurang pentingnya.
Salah satu daripada penulen udara utama di pasaran Malaysia yang terbukti mampu membasmi dan menyingkirkan 99.999% daripada bahan pencemar ialah penulen udara daripada jenama Coway. Antara produk yang mendapat sanjungan ramai ialah penulen udara Lombok III dan Storm yang sudah sekian lama diyakini dan digunakan untuk membersihkan udara di banyak rumah. Apa yang menjadikan penulen udara ini sungguh unik dan berkesan ialah penapis Double HEPA, penapis piawaian emas yang terbukti membasmi 99.999% daripada virus berbahaya, termasuk varian Omicron Covid-19 yang sangat berjangkit dan juga Koronavirus Manusia.
Baru-baru ini, Coway juga melancarkan Noble – penulen udara berteknologi pintar serba baharu. Dengan reka bentuk pemenang anugerah bertaraf dunia, Noble ialah penulen udara yang perlu dimiliki untuk menyegarkan ruang dalam rumah. Selain daripada tampak mewah dan anggun, alat canggih ini boleh meningkatkan kualiti udara dan kesihatan keseluruhan dengan ketara.
Proses ini dilakukan dengan lima jenis penapis berbeza yang dilengkapi dengan pensterilan UVC tambahan dalam sistem penapisan 6-langkah unik yang dibina di dalam penulen udara Noble. Reka bentuk unik ini membekalkan aliran udara tetap yang lebih tulen dan bersih.
Bagaimana proses ini berfungsi? Langkah pertama ialah Pra-penapis 4D yang dapat menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan bulu haiwan peliharaan. Kedua ialah Penapis Asap yang menghalang gas-gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida (NO2) manakala langkah ketiga mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk dengan Penapis Alergen. Langkah 4 merangkumi Penapis Penyahbauan yang menghilangkan bau busuk dan gas berbahaya. Seterusnya dalam langkah 5, Penapis Double HEPA 4D bersedia menyahaktifkan sehingga 99.999% virus termasuk varian Omicron Covid-19, Influenza A (H1N1) dan Koronavirus Manusia. Akhir sekali, Pensterilan UVC menyahaktifkan sehingga 99.9% bakteria seperti E.Coli.
Penapis udara yang bergaya ini juga menggunakan penapis reka 4D pertama yang membekalkan tahap penulenan 360°, yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah. Penulen udara Noble juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan melaporkan kualiti udara secara langsung. Petunjuk LED menyala pada bahagian atas penulen memaklumkan pengguna dengan empat warna berbeza untuk menyatakan tahap pencemaran udara dalaman semasa. Petunjuk akan menyala dalam warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk.
Penulen udara ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Seberat 15kg dan berukuran 320 x 320 x 805mm (lebar x diameter x tinggi), penulen udara anggun ini boleh dimuatkan di mana-mana, walaupun dalam ruang yang kecil, tanpa sebarang masalah. Untuk butiran lanjut, kunjungi www.coway.com.my bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang rangkaian penulen udara Coway.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hadiahkan Dekorasi Makeover Kepada Manager, Episod Kedua Impiana Makeover Ruang Selebriti Menyaksikan Sikap Murni Alif Satar
Menerusi episod kedua rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Meski idea dan konsep yang diketengahkan adalah seperti sedemikian, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Jangan Nakal itu telah membuat satu langkah kelainan telah memutuskan untuk menghadiakan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya, Adina Abu Bakar.
Jelasnya, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Adina atau lebih mesra disapa Dina setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama beberapa tahun.
Dalam episod kali ini, Dina telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Selain itu, Dina juga turut menyuarakan pandangan serta kemahuannya untuk perubahan dekorasi dalaman di ruang tersebut. Dalam pada itu, Dina memberitahu bahawa dia tidak mahu meletakan atau memilih sebarang konsep dekorasi di kediamannya tetapi warna kelabu telah dipilih sebagai tema warna pilihan utama.
Di samping itu, Alif bersama Dina telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua pakar pereka hiasan dalaman dari Ella Furniture yang terlibat dalam usaha memberikan hasil dekorasi makeover yang terbaik.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa berbentuk-L sebagai pilihan oleh kerana saiz keluasan ruang tamu yang sangat terhad.
Tambahnya lagi, untuk pemilihan material sofa pula Puan Ella menyarankan jenis material yang mudah dicuci sebagai pilihan bagi set sofa di kediaman Dina. Jelasnya, pemilihan material ini sangat sesuai buat Dina yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil di rumah.
Ini kerana, material ini mempunyai kelebihan fungsi anti-calar serta jenis fabrik yang mudah untuk membersihkan kesan kekotoran.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Alif Satar? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 12 Tip Sebelum Basuh Langsir Di Dobi Layan Diri Betul-Betul Bersih
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tidak Rela Dipoligami, Para Isteri Boleh Menuntut Keadilan Hak Nafkah, Harta Sepencarian Di Mahkamah Tinggi Syariah
Isu poligami dalam rumah tangga bukanlah sesuatu isu yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Sering kita mendengar atau melihat, apabila berlakunya situasi poligami dalam rumah tangga, soal isu tuntutan hak si isteri sentiasa menjadi perkara utama yang dibahaskan.
Apabila berbicara soal hak seorang isteri seperti tuntutan hak, harta sepencarian dan sebagainya yang kebiasaannya akan melalui proses tuntutan setelah berlakunya penceraian atau suami meninggal dunia.
Tetapi dalam konteks poligami ini, adakah hak-hak ini boleh dituntut oleh seorang isteri walaupun masih dalam perkahwinan itu?
Menerusi siaran langsung rancangan bual bicara Wanita Hari Ini di saluran TV3, telah membincangkan isu tersebut bersama tetamu jemputan di studio, pada Khamis lalu.
Peguam Syarie, Muhammmad Nur Hafiz Roslan ketika diundang sebagai tetami jemputan telah membincangkan isu tersebut serta menjelaskan beberapa tuntutan yang boleh dibuat oleh isteri menerusi topik bertajuk Poligami: Hak Isteri bersama penonton.
“Bagi persoalan isu ini, ada dua perkara mengikut situasi yang perlu anda tahu. Pertamanya, dia telah dipoligamikan tetapi tidak mahu dipoligamikan. Kedua, dia telah dipoligamikan tetapi masih dalam kes permohonan.
“Untuk kes dalam permohonan seperti ini, selalunya si suami akan membuat permohonan di hadapan Makhamah Tinggi Syariah, nanti kemudian saman akan dibuat dan dikeluarkan selepas itu perbicaraan akan dijalankan.
“Antara kewajipan dalam perbicaraan tersebut, defenden iaitu isteri pertama, wali, bakal isteri wajib untuk hadir dengar perbicaraan
“Jadi, saman itu perlu disampaikan, suami bukan perlu untuk minta kebenaran isteri tetapi dalam Mahkamah suami perlu mencapai maksud mampu dan adil dalam hukum undang-undang.
“Saman perlu disampailkan supaya isteri boleh respon dan defend diri dia di dalam Mahkamah mengenai apa hak yang dia ada atau boleh dituntut.
“Antara apa hak yang boleh dituntut oleh isteri adalah nafkah, harta sepencarian dan hak bermalam juga perlu dinyatakan. Bukan itu sahaja, hak bakal isteri juga perlu dinyatakan.
“Selain itu, cadangan hak bakal isteri dan anak-anak juga perlu dinyatakan termasuk hak bercuti sekalipun,” jelasnya.
Penjelasan selanjutnya anda boleh menonton video penuh pada pautan di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Suami Meninggal Dan Isteri Tahu Nombor Pin ATM Arwah, Adakah Balu Dibenarkan Untuk Keluarkan Duit Dan Guna?
nbsp;
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI