Hotel De Art yang cukup terkenal dengan keunikan rekabentuk biliknya yang mempunyai pelbagai tema sekali lagi mengorak langkah dengan merangkul anugerah emas bagi kategori Creative & Innovative Boutique Hotel. Anugerah tersebut disampaikan dalam satu acara gilang gemilang anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018 semalam. Majlis yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah.
Pengasas dan juga CEO Hotel De Art Sdn Bhd, Jenny Liow menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato’ Dr.Ammar A.Ghafar, Pengarah Tourism Malaysia. Pernah merangkul anugerah Selangor Excellence Bussiness Award 2017, Jenny Liow berkata pencapaian kali ini memberi semangat baginya meluaskan lagi sektor perhotelan berkonsepkan butik di mata dunia.
Hotel De Art yang mula beroperasi awal tahun 2010 milih Seksyen 7, Shah alam sebagai lokasi pertamanya dan kini berdiri megah dan terus berkembang sehingga menpunyai lima cawangan secara keseluruhan di sekitar Lembah Klang. Perancangan dalam masa terdekat, Hotel De Art bakal menambah rangkaian hotelnya. Dengan menampilkan konsep yang berbeza melalui paparan dekorasi atau tema bilik yang tersendiri setiap satunya, Hotel De Art adalah antara pelapis awal yang mengetengahkan konsep butik yang sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat.