Hotel Sarat Seni Budaya Warisan Peranakan Sesuai Untuk Percutian Hujung Tahun Ni

Share

Mengekalkan struktur binaan lama di tengah-tengah kota raya Melaka, The Majestic Melaka Hotel menyediakan pakej penginapan istimewa bertaraf antarabangsa dengan kepelbagaian fasiliti menarik buat pengunjung.

 

 

Dari segi geografi, kedudukan Majestic Melaka Hotel yang berhadapan dengan Sungai Melaka dan sebuah perkampungan tradisional Melayu yang dikenali sebagai Kampung Morten menjadikan ianya salah sebuah hotel yang menarik dan menjadi pilihan pegunjung dari luar negara khususnya untuk menginap di sana.

 

 

Buat pengunjung yang pertama kali tiba di hotel ini, anda pasti kagum melihat seni bina bangunan lama yang masih tersergam indah dengan identiti tersendiri, di sebalik bangunan-bangunan pencakar langit yang berada di sekelilingnya. Pembinaan hotel yang menggunakan bahan asas seperti simen pada driveway bagaikan menterjemah suasana dahulu kala. Pemilihan tetingkap kayu yang mengimbau suasana kampung tradisional Melayu menaikkan emosi ‘dulu-dulu’.

 


Garapan sentuhan gaya baba nyonya tawarkan penginapan unik di tengah-tengah kota Melaka


 

Selain itu, peletakan pohon bonsai di tengah-tengah laman hotel mewujudkan landskap bonsai yang memberikan kesan nature pada keseluruhan hotel supaya tampak indah dan memukau. Apa yang menarik, penanaman pokok-pokok tropikal seperti China Palm, Ixora, Osmoxylon dan sebagainya yang menghiasi ruang legar hotel ini menjadikan ianya kelihatan harmoni dan lebih redup. Memandangkan keluasan tanahnya yang terhad, ia membawakan konsep boutique hotel.

 

KONSEP BUTIK HOTEL ALA BABA NYONYA


Memasuki bahagian dalam hotel, penulis mengamati setiap dekorasi yang dipaparkan oleh pengurusan hotel ini. Penulis seakan-akan kembali pada era penjajahan Barat, di mana populasi Cina Peranakan menjadi simbol keunikan masyarakat Melaka suatu ketika dahulu. Dari sudut pemilihan elemen deko yang menampilkan barang-barang antik seperti pasu bunga dari China, gambar potret baba nyonya yang menghiasi dinding, kerusi dan meja kuno serta permaidani yang terbentang di atas jubin import dari China itu juga kelihatan begitu klasik. Anak tangga kayu yang menghubungkan ruang santai makan malam pengunjung juga membentuk elemen deko yang sungguh nostalgia. Setiap perincian yang dilakukan untuk membentuk konsep Baba Nyonya pada elemen hiasan dalaman hotel ini berhasil meskipun ruangnya agak minimum.

 

 

Ketibaan kami disambut penuh mesra oleh petugas yang anggun berkebaya nyonya dan juga pengurus hotel iaitu Richard Teo. Sementara menunggu bilik disediakan, Richard Teo mempelawa kami untuk menikmati hidangan tengah hari di hotel ini. Kami disajikan pelbagai lauk pauk enak yang berasaskan resepi Cina Peranakan antaranya Asam Pedas, Ayam Pongteh, Pie Tee dan bermacam-macam lagi.

 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Apa Beza Antara Insurans Pembiayaan Rumah MRTT & MLTT?

 

Published by
Impiana