SHAH ALAM 16 Dis – Seorang suami tidak menyangka, kegembiraan bersama isteri berbual mengenai bayi yang bakal dilahirkan ketika minum petang di rumahnya di Seksyen 23, di sini merupakan yang terakhir bagi mereka sekeluarga.
Isterinya, Nor Haslina Harun, 35, yang sarat mengandung lapan bulan maut akibat dihempap almari kasut kayu yang telah dimakan anai-anai.
Masalah serangan anai-anai bukanlah masalah yang kecil, anda harus bertindak dengan segera sekiranya anda sedar akan kehadiran serangga perosak ini. Anai-anai ialah sejenis spesies serangga perosak yang menjadikan kayu sebagai sumber makanan serta membiak dan membina koloni dengan cepat. Anai-anai gemar akan kabinet dapur, perabot, kerangka pintu, kerangka rumah dan sebagainya.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
TIP Menghalau Anai-anai Menggunakan Bahan Di Rumah
1. Garam
Campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Gunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
3. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
4. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Anda harus lakukan pemeriksaan rutin setiap minggu pada binaan kabinet. Jika ingin membeli produk atau perkhidmatan yang berkaitan, pastikan pihak tersebut profesional dan berlesen.