Barn Door ataupun pintu bangsal kini dilihat semakin mendapat tempat dihati pemilik kediaman di Malaysia. Barn door bukan sahaja dilengkapi dengan fungsi yang praktikal malah ia juga mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Set barn door yang ideal juga berupaya mengubah penampilan sesebuah ruang dengan memberikannya karakter, mahupun sebagai titik fokal yang menarik. Rekabentuk pintu seperti ini akan memberi anda kebebasan untuk bereksperimentasi dengan pelbagai konsep seperti kontemporari, moden, dan klasik.
SUMBER FOTO : PINTEREST DAN CARIAN GAMBAR GOOGLE
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
REEN RAHIM Hadiah Rumah Baharu Buat Ibu Bapa, Tak Lupa Tanggungjawab!
Biarpun sudah berkahwin dan memiliki kehidupan sendiri, pelakon cantik manis REEN RAHIM tidak lupa akan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak.
Terbaharu, menerusi perkongsian laman instagram pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim itu membuat kejutan kepada ibu dan ayahnya dengan menghadiahkan mereka rumah baharu.
Kejutan berupa sebuah rumah dua tingkat yang lengkap dengan peralatan dan siap di dekorasi membuatkan kedua orang tuanya sebak dan terharu.
Menerusi hantarannya di laman Instagram, anak ketiga daripada empat beradik itu mengakui sejak kecil lagi, beliau sudah menanam impian untuk memiliki kediaman hasil pendapatan sendiri.
Kata Reen, beliau ingin memiliki rumah yang cantik dan besar memandangkan dirinya dibesarkan dalam keluarga yang penuh kesederhanaan.
Titip Nasihat
Adik-adik di luar sana, beranganlah…
Sebab angan-angan itu bukan saja-saja ALLAH lintaskan dalam hati dan otak kita. Setiap angan-angan kita sebenarnya petunjuk dari ALLAH untuk kita berdoa,meniti jalan dan berusaha untuk capai angan-angan tu.
Titip beliau lagi, jangan abaikan impian yang wujud dalam diri kita. Pegang ia untuk menggapainya.
“Inilah angan-angan Reen. Dari kecik tengok rumah cantik-cantik dalam tv dalam majalah. Teringin nak ada semua ni. Dah besar dah kerja, Reen siapkan tempat Reen cantik-cantik, selesa, macam dalam majalah.
“Tapi pelik, dah ada semua tapi hati tak tenang. Reen doa tanya ALLAH kenapa aku tak tenang, apa yang aku terlepas pandang YA ALLAH. Satu hari DIA jadikan asbab rumah umi banjir, pokok tumbang. Rupa-rupanya itu signal yang ALLAH sampaikan.
“Buat aku sedar kebahagian itu bukan tentang diri sendiri, bahagia akan datang bila kita bahagiakan orang yang kita sayang. My 1st landed house, Reen niat buat cantik-cantik, nak umi abah yang duduk situ, Reen nak rumah ni jadi tempat pulang kami adik-beradik. Nak rumah ni tempat umi abah relaks menikmati hari tua mereka,”ungkapnya.
Pada masa sama, beliau mengakui kini cukup tenang selepas dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.
“Jangan persoalkan kenapa aku buat sehabis baik macam aku yang nak duduk sini. Padahal aku tetap duduk rumah lama aku. Ade quote yang Reen pegang ‘Layan ibu bapa mu seperti raja, ALLAH akan jaga segala urusanmu di dunia dan diakhirat’ dan reen sangat yakin dengan itu.
“Alhamdulillah tenang yang luar biasa DIA hadiahkan pada Reen dan suami sekarang. YA ALLAH, aku mohon kau dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat,kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami. Amin,” demikian luahan Reen Rahim menerusi kapsyennya.
Bagusnya dapat anak macam Reen ni, moga terus dilimpah rezeki kerana selalu bahagiakan ibu bapa!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Instagram reenrahim and ricdeco_
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Paling Mudah Dan Cepat nak Hilangkan Kesan Kunyit Tebal Dalam Lesung Batu
Biasa lah lepas menumbuk bahan nak buat masak lemak cili api meletop “BAK HANG”, mesti kesan kunyit tu ketara pada lesung. Nanti nak tumbuk ramuan masakan lain seperti sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Namakucell ada satu tip paling mudah untuk hilangkan kesan kunyit dalam lesung basuh. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Dalam kes ni, perkongsian daripada Namakucell telah menggunakan jenama Axion. Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. tapi jangan yang jenis keras sangat. Nanti susah nak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyit nya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Menyimpan Bil, Resit Dan Dokumen Penting Di Rumah Dengan Betul Agar Mudah Dicari
Pastinya ramai yang mempunyai masalah lambakan bil-bil, surat dan dokumen yang tidak terurus. Satu disana, satu lagi disini. Nanti bila nak guna, barulah sibuk nak selongkar semua laci. Memang kucar-kacir lah jadinya!
Tapi anda boleh tarik nafas lega kerana melalui perkongsian di Facebook nya, Puan Hani Mynis ada memberikan tip pengurusan dokumen. Sambil-sambil mengemas rumah tu, boleh la mulakan sedikit demi sedikit dulu. Ini untuk memudahkan urusan anda dimasa hadapan juga.
Tip pengurusan fail, kertas, bil & resit
Selalu lepas dah bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil-bil tersebut sebelum kita yakin boleh nak buang. Anda boleh cuba cara penyusunan ni :
- Sediakan beberapa fail yang berasingan. Pastikan satu fail untuk satu perkara. Jangan bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khas kan setiap poket untuk setiap perkara
- LABEL! Supaya nanti masa nak kemaskini fail senang je
- BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain-lain lah. Dan label pun pastikan guna font yang sama dan sytle yang sama. Keseragaman adalah kuncinya.
DOKUMEN PENTING
- Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
- Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
- Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
- Buku bank simpanan
- Passport
- Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dll)
RUMAH
- kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
- manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
- resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)
BIL UTILITI
- bil elekrik (TNB)
- bil air (SAJ)
- bil pembentungan (IWK)
- bil siaran tv berbayar (ASTRO)
- bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
- bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)
P/S Semua resit disimpan maksimum setahun sahaja
AKADEMIK
Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI.
So nnt nak cari apa2 berkaitan pelajaran hn, hn boleh rujuk terus ke bhgn hn dlm fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.
KARIER
Dalam fail ni hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa2 surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu
PINJAMAN
Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll
SIJIL
Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil untuk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt sampai tak muat folder)
KESIHATAN
Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.
CUKAI
Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nanti. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing2)
- pembelian buku/majalah/penerbitan
- zakat /derma
- resit pembayaran yuran pendidikan
- perbelanjaan perubatan
- SSPN
KENDERAAN
- geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
- insuran kenderaan
- resit-resit servis kenderaan
- apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dll)
Cheat sheet ni Hani simpan dalam cleaning binder #plannerhani2018 sebab senang nak refer. Feel free to save and print this one
Semoga bermanfaat dan happy organising !
Sumber : Hani Mynis
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI