Jika bercakap tentang teknologi, satu perkara yang boleh kita persetujui ialah ianya sentiasa boleh ditambah baik. Tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ada kekurangan. Hal ini termasuklah gadget atau alatan elektronik yang mempunyai wayar atau kabel berselirat dan berpintal-pintal seperti yang terdapat pada tv, wi-fi, telefon, komputer dan bermacam lagi barang dirumah yang bukan sahaja merimaskan, malah memburukkan pemandangan. Aktiviti mengemas rumah juga pasti akan terbantut dengan kehadiran wayar-wayar yang mengganggu dan menyakitkan mata tersebut. Selagi boleh disorok, memang kita selit saja wayar dimana-mana tapi bila sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, nak tak nak terpaksa biarkan berjuntai dan tidak berkemas.
Tapi tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti, anda boleh menukar ‘keserabutan’ tersebut menjadi lebih kemas dan menarik? Dan yang penting, tak perlu berbelanja banyak pun untuk menjadikan kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang. Disini IMPIANA sudah kumpulkan beberapa idea bernas yang boleh anda jadikan panduan dan ilham. Selamat mencuba!
LIHAT JUGA : Baiki peti sejuk dengan modal RM8, Cara jimatkan tenaga elektrik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi 12 Petua Atasi Demam, Batuk Dan Selesema Dengan Cara Alami
Sejak kebelakangan ini, dunia sedang dalam keadaan berjaga-jaga dengan penularan wabak COVID-19 yang telah menjangkiti lebih kurang 50 orang di Malaysia setakat ini (5 Mac 2020, 11.30am). Dengan cuaca negara ini yang tidak menentu, ia telah menyumbang kepada panik masyarakat. Walau sedikit perubahan suhu badan pun sudah cukup untuk membuat seseorang itu pergi ke hospital untuk menjalankan ujian penyaringan. Apatah lagi yang baru pulang dari luar negara, lebih-lebih lagi dari negara yang terjejas teruk oleh virus tersebut.
Selain perlu menjaga kebersihan dan memakai perlindungan, kita juga boleh boleh amalkan tip dari Dr Suri Roowi ini yang memfokuskan penggunaan bahan alami untuk mengatasi gejala demam, batuk serta selesema.
12 TIPS ALAMI UNTUK BANTU ATASI DEMAM, BATUK & SELSEMA
Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.
Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam.
Sebaiknya diambil bersama madu.
Dapatkan madu yang asli.
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80
Dapatkan MADU ASLI
7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Doktor anda.
Dr Suri Roowi
Principal Scientist
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tukar Sabun Pencuci Di Dapur Dengan Cuka
Isi Kandungan
ToggleUmum tahu, cuka digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan. Tapi ramai kurang praktikkan cuka sebagai bahan pencuci. Tahu kah anda, cucia mengunakan cuka lebih mesara alam dan jauh lebih efektif? Ini 5 sebab kenapa anda perlu tukar bahan pencuci sabun dengan cuka
1. PETI SEJUK
Nampak mudah cuci peti sejuk dengan larutan sabun. Namun, jika ia tidak dapat dibersihkan dengan betul, akan mengundang masalah lain pula. Apa kata, campurkan 1 bahagian air bersama 1 bahagian cuka (1:1) sebagai bahan pencuci peti sejuk. Ia buakan sahaja membersihkan malah memberi kesegaran di dalam peti sejuk untuk tempoh yang agak lama
2. BEKAS SIMPAN MAKANAN PLASTIK
Tak kira lah jenama apa sekali pun, mahal atau murah sudah pasti akan tersia bau pada bekas simpanan makanan walaupun telah dicuci dengan air sabun. Jika keadaan ini berlaku, sapukan cka pada keseleruhan permukaan bekas simpanan makanan selepas dicuci dan biarkan ia semalam. Kemudian, cuci bersih
4. BERSIHKAN KERAK KOPI DAN TEH DALAM CAWAN
Lama kelamaan, cawan yang digunakan untuk menghidang kopi atau teh mesti akan meninggalkan kerak walaupun telah dicuci berkali-kali. Cara mudah, rendam dalam peluntur. Tapi ia akan mengundang masalah lain pula. Untuk kaedah yang lebih selamat, campurkan 1 bahagian cuka bersama 1 bahagian garam/baking soda. sental permukaan cawan yang berkerak dan bilas
5. MEMBERSIHKAN SISA RACUN SERANGGA PADA SAYUR DAN BUAH
Memang kita risau akan bahan kimia yang digunakan untuk meracun tanaman dan mengekalkan kesegaran. Sebab itu, terhasilnya pencuci khas untuk sayur dan buah-buahan. Namun, harganya boleh tahan mahal. Selain dicuci dengan air garam, cuba tambahkan 2 sudu sudu cuku di dalam air rendaman tersebut untuk lebih efektif
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Main Hukum Minum Atau Makan Makanan Bersemut
Beras ada kutu, nak dibuang boleh lah jemur. Tapi, kalau gula dimasuki semut, takkan nak jemur juga kan? kang lain jadinya. Kebiasaanya ramai akan hentak-hentak je bekas berisi gula tadi untuk halau semut tu. Tapi, selalunya tak semua akan keluar dan makan masa juga.
Ameera ada cara yang lebih mudah untuk atasi masalah semut dalam gula. Cara Mudah Keluarkan Semut
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut m4ti yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Baca juga: Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci
HUKUM MINUM ATAU MAKANAN BERSEMUT
Sebagaimana yang kita tahu, semut adalah binatang yang tidak mengalir darah. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun masuk semut dalam minuman atau makanan hukumnya terdapat dua keadaan.
Pertama, semut masuk dalam keadaan sudah mati. Semut itu sudah tentu menjadi bangkai. Jika bangkai semut masuk dengan ikhtiar manusia seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut ke dalam air minuman, maka air tersebut menjadi najis dan tidak boleh diminum.
Sebaliknya jika bangkai semut masuk di dalam air minuman bukan kerana ikhtiar manusia, seperti ditiup angin, selagi tidak mengubah sifat air maka ia boleh diminum dengan syarat membuang dahulu bangkai semut tersebut.
Kedua, jika semut yang masih hidup masuk ke dalam minuman, kemudian ia mati sendiri di dalam air dengan sebab ikhtiar manusia, maka air itu menjadi najis dan tidak boleh diminum.
Ini mungkin boleh berlaku jika air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut yang hidup. Atau mungkin kerana memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut hidup.
Sebaliknya jika bukan dengan ikhtiar manusia seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka minuman itu tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu telah dibuang dahulu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI