Idea counter island di dapur tidak kira lah besar atau pun kecil saiznya memberi kemudahan dan menjadi ruang kerja tambahan. Namun, kebiasaanya counter island dibina kekal. Kelak, jika ada kegunaan lain ruang tersebut atau ada ubahsuai dilakukan, counter island yang dibina kekal terpaksa dirobohkan. Tambahan, counter island kekal membataskan penggunaan ruang dapur.
Sebagai pilihan, apa kata kita bina counter island mudah alih. Bukan sekadar lebih cantik dan menarik, alah memudahkan anda ubah suai dekorasi ruang dapur terutamanya bagi yang bersaiz kompak. Berikut beberapa idea counter island mudah alih:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Cara Simpan Bahan Basah Bukan Sahaja Tahan Lama Malah Memudahkan Tugas Memasak
Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia Bukan sahaja stok tersusun rapi, malah lebih tahan lama dalam simpanan. Menjelang ramadhan beberapa hari lagi di tambah pula masih dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan), sudah pasti ramai yang mengambil keputusan untuk “stock up” barang dapur.
Seorang ibu muda انا سوليانا @anasulianna berkongsi kaedah simpanan yang bukan sahaja tersusunan dan tahan lama malah memudahkan tugas memasak. Nampak macam leceh, tapi sangat membantu dan mempercepatkan kerja.
1. IKAN, AYAM DAN DAGING DISIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG
Ini perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika menguruskan barang yang dibeli dari pasar. Basuh bersih sumber protein anda sebelum dibungkus di dalam ziplock bag. Untuk lebih mudah, bahagi-bahagikan saiz simpanan mengikut portion hidangan. Letakkan label seperti puan ana buat, sebab bila bahan protein ni sudah membeku bentuknya hampir sama. Jadi, tak perlu belek cari.
2. SAYUR BERDAUN SIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG YANG BERALASKAN TISU
Tidak perlu cuci sayur berdaun. Hanya apa yang perlu anda lakukan adalah potong mengikut saiz hidangan dan simpan dalam ziplock bag yang telah diletakkan tisu.
3. CILI SIMPAN DALAM BEKAS BERALAS TISU
Untuk sebarang jenis cili, buang tangkainya dan simpan di dalam bekas berlapik tisu. Petua tambahan untuk tahan lama, letakkan beberapa ulas bawang putih di dalam bekas simpanan cili
4. KITAR SEMULA BOTOL KACA
Untuk simpan halia, lengkuas, serai, kunyit dan seangkatan dengannya, simpan di dalam botol kaca terpakai dan isikan air bersih
5. SIMPAN DAUN HERBA DALAM SEJUK BEKU
Untuk daun herba seperti daun limau, daun kari, daun sup, daun kunyit dan sebagainya, letakkan di dalam ziplock bag atau bekas dan simpan di bahagian sejuk beku
6. WRAP KOBIS
Potong kobis mengikut saiz hidangan dan bungkus menggunakan plastik wrap setiap satu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
StarHill Gallery Pusat Beli Belah Ikonik Di Kuala Lumpur
Jika ke Bukit Bintang pastinya anda akan melalui Starhill Gallery sebuah pusat membeli belah ikonik di Kuala Lumpur ini. Pastinya kagum dengan reka bentuk dan sentuhan binaan Starhill Gallery ini bukan.
Starhill Gallery mungkin merupakan pusat beli-belah yang paling ikonik di Kuala Lumpur, yang menampilkan rangkaian kedai mewah dan restoran mewah yang luar biasa. Cadangan reka bentuk Spark menangani reka cipta semula muka hadapan Galeri Starhill yang sedia ada menghadap Bukit Bintang. Ciptaan semula Galeri Starhill ini direka oleh Stephen Pimbley, Pengarah Pengasas Spark dan Arkitek di sebalik Clarke Quay yang sangat popular di Singapura.
Stephen berkata, “Tidak seperti kebanyakan pusat membeli-belah yang menghadap jalan di Kuala Lumpur, muka hadapan baharu kami untuk Galeri Starhill terlibat secara teguh dengan persekitaran awam dan menjana sambungan visual yang berharga di sepanjang bahagian Bukit Bintang ini melalui pejalan kaki di sekitarnya. Pereka telah mereka bentuk suar untuk Galeri Starhill yang meraikan hubungannya dengan bandar ini.”
Reka bentuk Spark telah membuka bahagian hadapan yang memberikan banyak minat visual melalui hadapan kedai berterusan yang membalut bangunan sedia ada dalam balutan kristal kaca dan panel batu. Muka hadapan baharu menyerupai “juraian air” dan patung-patung purba Greece dan Rom, serta gaun yang dibuat dengan cantik dijual di dalam Galeri Starhill.
Fasad keluli ringan, batu dan kaca, Spark adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menerima teknologi muka depan termaju daripada jurutera Perancis RFR, pasukan yang menghantar Piramid di Paris Louvre. Spark menggantikan kafe di pintu masuk Galeri Starhill dengan pavilion beli-belah tiga ketinggian ikonik untuk peruncit mewah Perancis LVMH dan jenama kosmetik mereka Sephora. Sephora pula disambungkan ke Starhill melalui jambatan tingkat satu yang menembusi muka hadapan kristal baharu.
Spark, bersama-sama dengan YTL, sengaja membina bangunan kompleks menggunakan hanya bahan terbaik yang menyumbang kepada landskap Kuala Lumpur. Sinergi dengan kualiti tinggi jenama serta produk, dan pengalaman pengunjung istimewa di dalam Starhill Gallery tidak dapat dinafikan.
Muka hadapan yang dipenuhi kristal Starhill Gallery dan Pavilion Sephora telah mewujudkan identiti baharu ikonik untuk Galeri Starhill, mengesahkan kedudukannya sebagai destinasi utama untuk pusat membeli-belah mewah di Asia Tenggara.
Arkitek: Spark
Gambar : Lin Ho
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur ‘Angah Raja Lawak’ Bak Restoran Profesional, Siap Ada Lif!
Pada zaman sekarang sudah semakin ramai lelaki yang mempunyai skil memasak hebat salah seorangnya Angah Raja Lawak ini.
Bagi mereka yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu bahawa beliau sangat aktif dalam bidang lakonan dan juga sebagai penyampai radio. Pemilik nama sebenar Iskandarsah Hashim ini juga rajin berkongsi resepi masakan di media sosial miliknya.
Setiap kali bapa kepada dua anak ini memuat naik video masakan, dia pasti menerima banyak pujian. Hidangan yang disediakan sangat lazat, ditambah dengan cara memasak yang mudah, membuatkan pengikutnya lebih terinspirasi untuk mencuba resipi tersebut.
Shiera Bertandang di Kediaman Angah
Baru-baru ini, rakan selebriti Sharifah Syahirah, atau Shiera, memuat naik video pendek ketika berkunjung ke rumah pelakon filem Ngangkung itu. Dalam video tersebut, Shiera berkongsi beberapa bahagian dalam kediaman Angah, termasuk dapur basah, ruang rehat, dan sudut wajib yang dirakam iaitu ruang makan.
Dapur Curi Perhatian Netizen
Usai menonton video tersebut, rata-rata memuji dan kagum dengan keindahan kediaman pelakon berkenaan.
Lebih mencuri tumpuan pastinya dapurnya yang tampak besar dan konsep outdoor memudahkan aktiviti memasak.
Bagi yang tidak tahu, anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bergelar naib juara bagi pertandingan masakan MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012. Tidak hairanlah setiap kali memasak, gayanya memasak memang nampak ala-ala cef profesional.
Bestkan ada dapur macam ni, baru syok memasak!
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Instagram shieraijoy
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI