Katil dengan Headboard sebenarnya bukan sahaja memakan ruang malah menjadi tempat perangkap habuk. Lebih-lebih lagi, jika headboard tersebut diperbuat daripada fabrik. Sebab itu, kebanyakkan hotel memilih katil yang tidak mempunyai headboard. Mesti ramai beranggapan katil tanpa headboard kelihatan tidak sempurna.
Tak jadi masalah, anda boleh DIY headboard sendiri. Tambahan, headboard yang anda DIY ni boleh diubah suai mengikut konsep yang dikehendaki. Berikut, idea dekor headboard menggunakan cat dan pelekat yang boleh anda lakukan sendiri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Merawat Rumah Kayu Agar Sentiasa Cantik Dan Tahan Lebih Lama
Penggunaan kayu dalam struktur rumah sangat banyak dilihat tidak kira pada kediaman lama mahupun yang baru. Walaupun pada mulanya rumah kayu nampak kukuh, menarik dan klasik, perlu diingat bahawa sifat kayu boleh berubah bergantung pada faktor cuaca ataupun rapuh dimakan anai-anai. Jadi, pemilik rumah kayu haruslah lebih peka dan teliti menyelenggara kediamana masing-masing supaya tetap kekal utuh.
Ketika dalam proses merancang, pemilihan jenis kayu adalah hal yang paling penting kerana ia bakal mempengaruhi kos pembiayaan, penyelenggaraan dan kos baik pulih rumah yang ingin dibina kelak. Jenis-jenis kayu seperti kayu jati, kayu merbau, kayu meranti merah dan kayu cedar adalah antara spesis yang mejadi pilihan pengguna kerana sifat yang keras dan kukuh. Walaupun telah berjaya memilih jenis kayu yang sesuai, anda tetap perlu melakukan pemeliharaan supaya kayu struktur tersebut tetap kukuh dan tahan lebih lama.
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanan rumah kayu, antaranya ;
Pengaruh Cuaca
Kayu yang lama terdedah kepada cuaca tidak menentu terumamanya kawasan yang beriklim lembab akan menyebabkan kayu cepat rosak dan mengembang kerana kayu boleh menyerap air dan sifat ini lama-kelamaan akan memudaratkan struktur rumah. Selain itu, jika dibiarkan tanpa rawatan, kayu yang terdedah kepada kelembapan juga boleh menjadi lapuk dan berbau hapak. Lebih parah lagi sekiranya udara mengandungi bakteria atau hama menjangkiti kayu dan membenarkan pembiakan lumut pada kayu yang terlindung dari cahaya matahari.
Serangan Serangga atau Haiwan Perosak
Lipas, tikus dan anai-anai adalah antara musuh utama kayu. Anai-anai contohnya, memang menyukai tempat gelap yang lembab dan tinggal dalam satu kumpulan yang besar. Saiznya yang halus menyukarkan lagi pemilik untuk menyedari yang rumah telah diserang perosak ini. Begitu juga dengan tikus yang akan menggigit kayu sehingga sudah berlubang, barulah tuan rumah sedar akan perbuatan makhluk perosak yang amat menyakitkan hati ini.
Beban Tanggungan
Bebanan yang tidak sesuai dengan ketahanan kayu akan menimbulkan kesulitan kelak apabila kayu sudah mula melengkung dan membengkok sehinggalah patah. Perkiraan ukuran dengan beban harus dilakukan dengan tepat dan teliti terutamanya untuk bahagian tiang ataupun rangka rumah.
Rawatan Sesuai Untuk Rumah Kayu
Rumah kayu sememangnya memerlukan penjagaan yang amat rapi dan akan mengambil masa yang lama serta belanja yang banyak. Tetapi sekiranya dilakukan dengan kerap dan betul, banyak yang dapat dijimatkan. Jadi ikuti tips penjagaan dibawah agar rumah kayu anda kekal cantik dan kuat.
Rawatan Rutin :
- Bersihkan kayu yang berhabuk dan berdebu menggunakan air. Kemudian biarkan kayu kering dengan sendirinya.
- Untuk bahan pembersihan lantai dan dinding kayu, gunakan ramuan tradisional seperti air pelepah pokok pisang dan tembakau supaya kayu tetap kukuh dan bersinar seperti baru.Langkah ini menyebabkan kayu pada rumah tradisional tetap tahan hingga beratus tahun.
- Hindari geseran kasar pada permukaan kayu. Sekiranya anda mahu mengalih perabot besar dan berat seperti meja makan atau sofa jangan tarik atau tolak, tetapi angkat dan alihkan dengan selamat.
- Jangan biarkan dinding rumah ditutupi pokok atau tumbuhan. Cantas pohon-pohon sekeliling rumah supaya dinding dan ruangan didalam mendapat sinar matahari yang secukupnya.
- Asap dari dapur sebaiknya dijauhi dari ruang yang menggunakan kayu kerana hal ini akan menyebabkan kayu cepat kusam.
- Jika rumah anda menggunakan lantai kayu, jangan biarkan beban berat seperti peti sejuk, tong gas terlalu lama keranan ia akan menyebakan kayu cepat rosak.
Rawatan Berkala :
Rawatan berkala atau bermusim perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan major yang akan menggugat keutuhan rumah kayu. Jadi pastikan anda lakukan perkara-perkara ini apabila tiba waktunya. Panggil golongan profesional yang lebih arif jika anda tidak pasti cara yang betul untuk proses penyelenggaraan ini.
- Pemusnahan dan Pencegahan Anai-Anai. Sekiranay bahagian kayu di rumah anda diserang anai-anai, lakukan segera proses pemusnahan. Kayu yang sudah teruk dimakan harus segera ditukar agar tidak menjangkiti bahagian lain pula. Ketika ini, terdapat banyak teknologi moden yang berkesan untuk menghindari dan membasmi anai-anai. Dapatkan konsultasi dari pihak yang sesuai tentang langkah pencegahan anai-anai.
- Racun dan Perangkap Tikus. Segera pasangkan peragkap dan racun tikus jika anda merasakan yang rumah anda telah dikunjungi oleh Cik Ti. Biasanya tikus akan melalui sudut rumah yang tersorok atau tertutup jadi rancang dan pasang strategi dimana anda mahu letakkan perangkap tersebut. Jauhi dari kanak-kanak dan pastikan racun diletakkan jauh dari capaian mereka.
- Pembersihan Exterior. Bergantung pada lokasi rumah kayu, kerja pembersihan menyeluruh dinding luar boleh dilakukan dalam 2 ke 3 tahun sekali. Ada beberapa cara berbeza yang boleh anda lakukan untuk membersihkan dinding kayu iaitu dengan menggunakan air bertekanan kuat ataupun wap panas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Reka Bentuk Rumah ‘Nipis’ Jadi Perhatian Netizen Tik Tok
Baru-baru ini ramai warganet tertarik dengan reka bentuk sebuah rumah di luar negara yang dibina dalam reka bentuk yang cukup unik, membuatkan ramai mempersoalkan mengenai keluasan kediaman ini. Bagaimana keadaan dalam ruang rumah ini, kerana reka bentuknya seluas lorong sahaja, adakah penghuni bersaiz kecil yang memiliki kediaman istimewa ini.
Seorang pengguna TikTok bernama eli.korn_ memuat naik satu video yang memaparkan sebuah rumah yang luar biasa itu, yang terletak di Deerfield, Illinois dan dianggap terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
Warganet di media sosial menjadi bingung dengan rekaan rumah yang unik itu kerana saiznya yang kecil dan ramai yang tidak memahami tentang bagaimana tuannya tinggal di dalam rumah tersebut.
Setelah meneliti laman web hartanah itu, ianya tidaklah begitu kecil berbanding dengan apa yang terlihat dari luarannya. Ianya digelar sebagai ‘Pie House’, kerana rupanya seperti potongan pai, ia lebih kecil di bahagian hujungnya dan menjadi semakin lebar ke sisi lain seperti bentuk segi tiga.
Rumah berbentuk pie di Deerfield bernilai 300,000 dollar Dibangun pada tahun 2003 dan dikenali sebagai “rumah pie”, rumah ini kelihatan seperti rumah kecil, walaupun pada ukuran 1122 kaki persegi, secara teknikal lebih besar dari ukuran maksimum 1,000 kaki persegi yang umumnya dianggap sebagai rumah bersaiz kecil .
Rumah itu juga turut dikatakan mempunyai dua bilik tidur, dengan satu terletak di ruang bawah tanah, serta dua bilik air.
Gambar sumber: 5 Chicago
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kalau Anda Tidak Ikuti Cara Ini, Boleh Mengakibatkan Binatang Beracun Keluar Dari Sinki!
Sinki anda sering tersumbat selepas mencuci pinggan atau periuk? Jangan risau. Masalah sinki selalu tersumbat sudah menjadi perkara biasa di setiap rumah. Itu semua disebabkan ada kerak-kerak makanan atau saki baki makanan yang kita tidak buang dahulu dalam tong sampah malah terus basuh di sinki. Jadi, bila dah jatuh dalam sinki, mulalah dia berkumpul dan tutup ruang dalam sinki tersebut. Walaubagaimanapun, tidak perlu risau kerana kini saya akan menerangkan beberapa cara yang boleh menangani masalah tersebut.
Garam Kasar
Sebagai permulaan, ini mungkin cara paling mudah kerana kebanyakan rumah mengandungi garam. Untuk lebih berkesan, garam kasar perlu digunakan. Prosedurnya agak mudah. Tuangkan garam kasar ke dalam longkang sinki. Tuangkan air mendidih ke dalam petikan selepas itu. Sekelip mata sahaja sisa kotoran akan larut dan sinki kembali licin!
Ingat untuk menggunakan air panas daripada air mendidih. Takut menyebabkan kerosakan selanjutnya pada longkang sinki.
Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk
Kaedah berikut adalah menggunakan sabun pencuci pinggan. Anda boleh menggunakan mana-mana jenama, seperti Sunlight, Joy, Good Maid, atau 1Malaysia. Anda memerlukan beberapa sudu teh sabun basuh pinggan mangkuk ini, serta kira-kira 2-liter air panas. Jika anda ingin gembira, gunakan periuk untuk memanaskan air kerana sisa makanan, longkang dapur kerap tersumbat dengan minyak dan gris. Detergen ini boleh membantu dalam pelarutan minyak dan sisa makanan.
Baking Soda Dan Cuka
Kaedah seterusnya adalah kaedah yang sering digunakan oleh orang Malaysia iaitu menggabungkan baking soda dan cuka. Dalam balang, satukan kira-kira 1/3 cawan baking soda dan 1/3 cawan cuka. Tuangkan adunan ini ke dalam longkang sinki yang tersumbat sebaik sahaja ia mula berbuih. Benarkan menunggu selama 10 minit untuk mendapatkan respons yang lebih menyeluruh. Kemudian, bilas dengan air panas seperti di atas.
Seperti yang kita sedia maklum, kedua-dua bahan ini agak penting bukan sahaja untuk memasak tetapi juga untuk mencuci. Jadi, jika anda belum mempunyai kedua-dua komponen ini, anda boleh membelinya dan sediakannya.
Dan yang terakhir adalah,
Guna Dawai/ Drain Snake
Orang dulu-dulu sebelum ini, mereka hanya penyangkut perisai digunakan untuk memadankan sinki yang disekat. Gunakan ular longkang jika anda ingin mencuba kaedah yang lebih mudah. Alat ini menyerupai tali logam atau plastik. Boleh dibeli di kedai DIY atau peruncit terpilih dengan harga RM2. Hanya letakkan satu hujung ke dalam longkang sink untuk menggunakannya. Apabila ia kelihatan tersekat, putar beberapa kali untuk membiarkan objek tersumbat itu berkumpul. Kemudian, tarik perlahan-lahan. Kemudian, bilas dengan air panas. Jika ia masih tersumbat, cuba lagi beberapa kali.
Maka dengan itu, ini sahajalah beberapa cara mudah yang saya kongsikan untuk menangani masalah sinki tersumbat di rumah. Haa lepas ini, jangan tersumbat lagi sudah lah. Hahahahaha.
Sumber: Sirap Limau (https://siraplimau.com/cara-atasi-baiki-sinki-tersumbat/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI