Idea DIY Rak Khas Bekas Tupperware Isteri, Cantik Guna Kombinasi Besi & Kayu. Biasanya orang perempuan memang ada koleksi tupperware sendiri sebagai salah satu hobi dan terapi. Ada yang memang digunakan untuk kegunaan seharian dan ada yang memang dijadikan koleksi hiasan sahaja.
Namun bila dah ada banyak sangat tu, elok la ada rak khas untuk tempatkan bekas-bekas Tupperware ini di rumah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan rak tupperware ini.
Boleh tengok idea rak tupperware yang dihasilkan oleh Encik Izat Akmaluntuk koleksi bekas-bekas Tupperware isterinya.Memang cantik dan kemas.
“Siap rak tupperware wife. Tak pandai tapi berani cuba. Ni projek ke 3 wife suh buat untuk rumah sendiri.”
Bahan Digunakan:
Besi hollow
Papan heveaboard
Tinggi 8×8
Cat mahogany
Sangat-sangat suka dengan kombinasi besi dan kayu.Alhamdulillah,siap jugak walaupun seminggu lebih.
Ads
Elehhh tipulah kalau orang pompuan tak suka ada rak khas untuk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nanti.Kang kena tambah lagi rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Ads
Info Ekstra!
Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.
Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Ads
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
IMPIANA: Menarik juga idea buat rak tupperware ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
Rimasnya tengok permaianan anak yang kecil-kecil bersepah. Nah, Impiana nak kongsikan idea yang dikongsikan oleh seorang ibu cantik Puan Ira Syafira . Meja Latt IKEA yang dibeli untuk kegunaan si cilik diubah seperti meja Flisat IKEA lengkap dengan ruang penyimpnan di bahagian bawah meja. Kalau nak beli sebiji Meja Flisat ni, harganya mau RM 260++ apa kata kita buat je sindiri. Nampak macam mudah je langkah-langkah yang dilakukan oleh puan Ira. Bila dah siap, simpan permainan-permainan kecil seperti lego di dalam bekas tu. Bila tak nak pakai, boleh tutup dan jadikan meja menulis
Ira nak share macam mana hack meja LATT IKEA menjadi Flisat. Sebenarnya, dah lama aim tapi memandangkan harga pun boleh tahan untuk sebiji meja, sebab tu ambil keputusan hack. Lagi pun set meja ni dah lama.
Sediakan 3 batang kayu berukuran seperti berikut:– Kayu paling kiri: 43.5 cm panjang, 1.5 cm tebal dan 2 cm lebar– Kayu tengah: 44.5 cm panjang, 1 inci tebal dan 2 inci lebar (Kalau beli di kedai hardware, orang kata kayu 1:2)
– Kayu paling kanan: 43.5 cm panjang, 1.5 cm tebal dan 2 cm lebar. Sama macam kayu kiri.
Jarak antara kayu tengah dengan kedua2 bahagian adalah 30 cm setiap satu.
Utk kayu paling kiri, sebelum drill dan lekatkan pada meja, ukurkan kedalaman sebanyak 2 cm mengikut dalam gambar.
Bagi kayu paling kiri dan kayu kanan. Tebuk dan pasangkn skru mengikut gambar. Kalau nak pakai tukul pun boleh seba kayu meja Latt ni lembut cuma ukurla dulu paku tu takut terlebih Panjang nanti terjojol
Untuk lekatkan kayu tambahan di bahagian tengah, boleh gunkan kaedah kayu sumbat ni. Buat lubang terlebih dahulu, baru sumbat pada bingkai meja dan kayu tambahan
Dah siap bahagian simpanan, boleh buat penutup meja. Gunakan sekeping card board, lepas tu potong dua dan jadikan penutup atas bahagian atas kotak simpanan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rakyat Malaysia semakin kreatif. Barang yang dibuang dan tidak digunakan lagi, boleh di oleh menjadi sesuatu yang bernilai tinggi. Ada juga yang berjaya menghasilkan sesuatu dari bahan yang murah menjadi produk yang berharga. Tidak kurang hebat idea yang dikongsikan oleh Juria sidek. Dari bakul yang murah dan dipandang hanya untuk kegunaan biasa-biasa sahaja, Juria berjaya menghasilkan sebuah rak baju serbaguna untuk mereka seisi keluarga.
Janji kemas, Murah tak semstinya tak berguna. Mahal tak semestinya sempurna.-Juria Sidek
Bahan-bahan:
20 biji bakul bersaiz besar
2 biji bersaiz kecil
1 peket cable tie
pisau/gunting
Cara-cara: 1. Potong kanan dan kiri bakul membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju
2. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar
3. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan. dan lakukan kepada semua bakul 4. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut membentuk rak. SIAP!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Agama Islam telah mengatur dan menetapkan panduan buat umatnya dengan lengkap dalam segala aspek bukan sahaja dalam hal-hal ibadah malah merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan posisi dan susun atur bangunan atau rumah. Mungkin ada segelintir individu yang beranggapan hal ini remeh dan tidak perlu diambil pusing tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.
Sebuah rumah yang bercirikan Islamik hendaklah bersesuaian dan mengikuti kriteria yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam. Sebaiknya, sebelum membina sesebuah kediaman itu, kita hayati dan fahami bagaimana seharusnya susun atur dan binaan yang berteraskan panduan Islam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah yang bakal didiami. Jadi mari ikuti checklist ini bagi menambah info dan semoga mendapat manfaat buat semua pembaca IMPIANA.
Memiliki ruang yang mencukupi
Sebuah rumah tidak perlu bersaiz terlalu besar tetapi tidak pula terlalu kecil sehingga tidak memenuhi keperluan penghuninya. Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang menyediakan ruang secukupnya mengukut bilangan ahli keluarga dan paling tidak, dilengkapi ruang yang cukup untuk menjalani ibadah dengan selesa.
Mempunyai ruang transisi
Apa yang dimaksudkan dengan transisi adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus susun aturnya ialah rumah yang mempunyai ruang penghubung antara pintu masuk dengan ruang utama di dalam rumah. Hal ini adalah bagi memastikan apabila tetamu masuk melalui pintu utama, penghuni yangyang be di dalam tidak tertedah dan rasa terganggu.
Menjaga privasi
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.
Sebagai contoh, bilik tidur utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain. Dan begitu juga bilik tidur anak lelaki yang diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan.
Selain itu ruang dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli keluarga dan wanita.
Tidak keterlaluan
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita tahu yang perbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk adalah sifat yang dikeji. Jadi amatlah tidak molek jika hal ini tidak diterapkan ketika membina dan menyusun atur kediaman. Kesederhanaan adalah kunci buat rumah yang selesa dan bertepatan dengan ciri-ciri muslim.
Bersih dan terjaga
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman oleh sebab itu, rumah seorang muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur terutamanya di kawasan melakukan ibadat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.