Idea ‘Entryway Cabinet’ Drop Zone Ruang Anak-Anak Simpan Beg & Buku Sekolah. Apabila anak-anak mula bersekolah, perlu ruang yang praktikal dan mudah digunakan untuk mereka menyimpan segala buku-buku dan beg sekolah.
Idea membuat kabinet pada bahagian ‘entryway’ pintu masuk rumah ini cukup praktikal, supaya barang-barang keperluan sekolah anak-anak elok tersimpan kemas dan tak berselerak. Anak-anak boleh boleh terus simpan buku-buku dan beg sekolah sejurus masuk pintu rumah.
‘Entryway Cabinet’ Drop Zone Ruang Anak-Anak
Perkongsian daripada Puan Salwa Abu Bakar ini boleh dijadikan rujukan. Memang kreatif ibu ini yang menggunakan suai padan perabot Ikea dalam membina ‘Entryway Cabinet’ yang bukan sahaja cantik, kemas dan bergaya.
Memandangkan ramai yang pm tanya pasal entryway cabinet Salwa ni, (ramai la kalau lebih dari 5 kan hahaha), Salwa share kat sini la senang.
Ni la ruangan anak-anak simpan beg sekolah dan buku-buku sekolah. Drop zone jugaklah kiranya kat sini. Ada 4 cabinet tu sebab ada 4 penghuni rumah. Sorang 1 cabinet untuk simpan segala bag dan personal item yang lain.
Ads
Setakat ni sangat membantu untuk organize barang personal. Sebab masuk je rumah akan jumpa ruang ni dulu.
Ni adalah gabungan 4 unit Billy dari Ikea. Sebelum ni guna Kallax, jenis open shelf. Agak sakit mata memandang bila bersepah. Ikea boleh mix and match ikut citarasa kita.
Ni saya guna yang Ikea punya je. Boleh beli kat ikea. Tahan jugak sebab dekat rumah ni ada yang kami buat rak buku since 2018 sampai sekarang masih elok.
IMPIANA: Menarik idea entryway yang dikongsikan ini. Memang praktikal, anak-anak boleh terus letak bag dan buku-buku sekolah apabila masuk rumah. Jadi taklah letak merata dan bersepah.
Pilihan rona vibrasi kuning dan merah sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah dekorasi sebagai focal point. Namun, terdapat pelbagai rona terang yang lebih menyerlah iaitu hot pink. Penggunaanya tidak secara menyeluruh namun memberi impak yang luas dan menyegarkan di dalam sesebuah dekorsi terutamanya jika latarnya berwarna gelap. Dekorasi yang memadankan rona hot pink sebagai elemen perincian menajdi tren dengan memperkenalkan gaya Hollywood. Berikut inspirasi dekorasi yang menggunakan semarak rona hot pink.
Untuk pastikan si cilik anda diam di dalam kereta, atau ketika pulang ke kampung, sudah pastinya permainanlah menjadi penghibur mereka. Apa kata, untuk si dara sediakan sebuah bekas mainan Pack “n” Go super comel ini, barulah barang maianan tak bersepah dan mudah untuk disimpan
Bahan-bahan:
1 biji tong atau bekas simpanan plastik
Pelekat tungku dapur (untuk mendapatkan templet tunku dapur sila layari www.impiana.my)
Pelakt polos rona hitam
Pembaris
Pisau
Gunting
cara-cara: 1. Lekatkan pelekat polos hitam pada penutup tong plastik. Gunakan pembaris untuk meratakan permukaan yang ditampal. Jika terdapat pemukaan yang memerangkap udara, tekan dengan menggunakan pembaris sehingga hilang
2. Potong lebihan pelekat hitam supaya menjadi bingkai dapur yang kemas
3. Potong pelekat tungku dapur yang telah di cetak dari website impiana
Baru-baru ini usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor,35 ada kongsikan gambar beberapa rekaan dekorasi serta konsep untuk kediaman barunya yang dinamakan Casa NH.
Bekas juara Dewi Remaja 2009 ini berkongsi keterujaan pembinaan mahligai impiannya yang kini sedang memasuki fasa dekorasi dan hiasan dalaman rumah.
Memang cantik nampak mewah namun tetap cosy. Konsep yang dipilih persis ‘Wabi Sabi Style’. Kemasan kayu dan rona tanah menjadi pilihan pada dekorasi kediaman. Memang mempunyai citarasa hebat yang tersendiri.
Perbincangan bersama pereka dalaman, pelan lantai di bahagian dapur menempatkan dapur kering serta ‘outdoor dining’. Malah kediaman ini turut mempunyai kolam renang.
Kerjasama Suami Isteri Bina Kediaman
Pasangan suami isteri Neelofa & Haris Ismail ini ternyata bersyukur dapat bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam pembinaan mahligai mereka. Neelofa bertanggungjawab dalam dekorasi dan rekaan dalaman, manakala suaminya menguruskan struktur dan perkara teknikal pembinaan rumah. Malah umi kepada Bilal dan Abbas ini cukup teruja untuk mendalami perincian melihat hasil sentuhan kemasan akhir rumah mereka.
“I’m on design duty while my husband’s handling the structure and all the technical stuff he’s good at. Syukur for this journey together! 🤲🏼
“Excited to dive into every detail and all the finishing touches!” ujar Neelofa.
Tahniah Neelofa & Haris, tak sabar melihat hasil dekorasi kediaman baru pasangan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan!
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.