Perkara pertama yang pasti menarik perhatian para tetamu apabila berkunjung sudah tentunya pintu masuk ke rumah kan? Jika anda mahukan kelainan, mulakan dengan upgrade pintu utama. Ia mudah dan juga murah!
Adakah anda sedia untuk terinspirasi? Disini IMPIANA kumpulkan koleksi rekabentuk pintu dengan trend terkini yang pastinya akan memberi aura menarik pada kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Makanan Tidak Elok Disimpan Dalam Peti Sejuk Dan Ini Sebabnya
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buhan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang
kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal RM 3K Untuk Dekor Rumah Flat 600sqft Cantik Macam Ni
Puan Noor Hafiza Mohamad memang terkenal dengan tip menghias dan mengemas rumah nya. Baru-baru ini, Puan Hafiza berkongsi bajet dekorasi kediamannya. Dengan hanya modal RM 3K, dekorasi berkonsepkan gabungkan mid century, scandi dan boho dapat direalisasikan.
Deko rumah flat berkeluasan <600 sqft.
Sepanjang 9 tahun usia perkahwinan kami, saya suka mendalami ilmu dekorasi dan ia mengajar saya tentang mengurus rumah dengan lebih baik. Bukan sahaja mahu cantik, tapi lebih penting adalah rumah lebih terurus dan praktikal kepada isi rumah.
Untuk memastikan rumah sentiasa kemas, saya melabur sedikit untuk menyediakan ruang penyimpanan barang-barang dengan menggunakan prinsip setiap barang ada rumahnya sendiri. Lebih mudah nak kemas apabila selepas guna, kita terus simpan pada rumahnya.
Untuk mengelakkan rasa bosan dengan warna atau konsep deko, kami biasanya hanya bertukar warna “soft furnishing” seperti karpet, langsir, sarung kusyen dan hiasan dinding. Ia tidak melibatkan bajet yang besar. Kami hanya tukar konsep deko apabila perabot besar rosak dan perlu diganti baru seperti sofa. Ini pun selepas 5-6 tahun menggunakan perabot terpakai. Pada masa inilah kami mula rancang untuk tentukan konsep baru, alang-alang mahu beli sofa baru kami tentukan juga konsep yang sesuai dengan mood ketika ini.
Pada penguhung tahun 2019, saya beli perabot berkonsep mid century iaitu sofa 3 seater RM780, almari TV (RM450), sideboard RM430, cermin bulat RM120, meja kopi RM240, bench RM180, almari kasut RM350. Jumlah harga semua perabot kurang RM3,000 termasuk penghantaran
Bila semakin meningkat umur, kami bukan lagi mahu deko mengikut trend atau hipster tetapi lebih kepada mencipta sebuah rumah kecil supaya nampak lebih luas, warna lebih sejuk dan tenang, dan paling penting rumah senang diurus.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pakai Mesin Pengering Tapi Pakaian Masih Lembap Dan Berkedut Teruk, Mungkin Ini Jadi Penyebabnya
Mesin pengering pakaian (dryer) merupakan salah satu mesin yang amat penting untuk dimiliki setiap rumah untuk memudahkan proses pencucian pakaian. Ini kerana faktor cuaca negara kita tidak menentu lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Pakaian yang dibasuh memang lambat kering.
Sebab itulah pentingnya memiliki mesin pengering pakaian (dryer). Jika anda tidak ada mesin pengering pakaian sendiri di rumah, anda boleh mengeringkan pakaian di dobi layan diri. Namun apa yang sering terjadi ialah apabila pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin pengering tidak kering sepenuhnya. Masih lagi lembap.
Mengapa keadaan ini berlaku? Berikut perkongsian Salkukhairi N Sons
Biasa tak anda menghadapi keadaan di mana kain yang dikeringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri masih agak lembab. Pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin pengering tidak kering sepenuhnya walaupun ianya telah di “spin” lebih daripada 30 minit.
Keadaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan cara pengeringan anda yang kurang betul. Misalnya saya dapati, ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpuntal-puntal. (Sila rujuk gambar 1).
GAMBAR 1
Cara begini sebenarnya adalah SALAH. Ini kerana, dengan cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang dengan baik sewaktu mesin pengering berpusing yang menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya kain yang agak tebal dan di bahagian pinggang dan kaki seluar.
CARA YANG BETUL ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.
2. Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan keadaan ianya dikembangkan. Sila susun kain tersebut secara berlapis. (Sila rujuk Gambar 2).
3. Cara ini menjadikan adanya ruang diantara kain anda yang membolehkan kain anda dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses pengeringan lebih sempurna.
4. Ianya dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa dan wang anda. Ini kerana kain boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (untuk satu bakul penuh kain).
5. Bukan itu sahaja, kain anda juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.
Kalau tak percaya silalah cuba! Moga ia bermanfaat untuk semua.
Sumber: Salkukhairi N Sons
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI