Idea kreatif elak balkoni jadi tempat sidai kain, macam-macam boleh buat. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai balkoni, tidak kiralah sebesar mana pun ruang balkoni anda, dekor tetap dekor.
Sangatlah merugikan apabila kita lihat mahligai indah yang mempunyai pemandangan cantik tetapi dibiarkan begitu sahaja. Tanpa sebarang hiasan, ruang balkoni hanya dibiar kosong begitu sahaja serta menjadi tempat menjemur pakaian.
Berikut kongsikan beberapa idea balkoni menarik dan praktikal agar anda boleh merenovasikan balkoni anda menjadi segar dan sedap mata memandang, jangan sampai ruang tamu serta dapur cantik, tetapi balkoni hambar.
SUSUN ATUR L SHAPE DI BALKONI
Jangan ingat ruang tamu sahaja anda boleh letak L-Shape sofa, di balkoni juga anda boleh muatkan sofa ini dengan memilih secara teliti mengikut ukuran saiz balkoni yang anda miliki. Pulang kerja selain daripada melepak di ruang tamu, balkoni juga berupaya untuk menjadi ruang rehat yang memuaskan disulami angin bayu.
RUANG PEJABAT MINI
Untuk pemilik kediaman balkoni bukan open air, anda boleh jadikan ruang balkoni anda ruang pejabat mini. Di kala anda tidak punyai idea yang bernas, apa kata rehat sebentar sambil menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan indah. Mana tahu, tiba-tiba pelbagai idea awesome datang. Who knows!
MAKAN MALAM ROMANTIK
Dari berbelanja mewah di restoran hanya untuk makan malam romantis, lebih baik anda masak sendiri hidangan serta juadah dan fully utilized balkoni kediaman anda untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan. Percayalah, pasangan anda lebih menghargainya daripada berbelanja besar di restoran mewah. Hari-hari lain anda boleh jadikan ianya sebagai ruang makan tidak kira sarapan atau makan tengahari. Ianya milik anda, tidak perlu book table pun.
Ads
MERASAI PENGALAMAN MARAKESH, MOROCCO DI BALKONI SENDIRI
Untuk mereka yang gemarkan idea dekorasi timur tengah. Anda boleh pasangkan ruangan balkoni dengan lampu malap yang cukup untuk menerangi ruangan balkoni. Hanya tambah sofa yang selesa dan pastinya jug Shisha untuk menambahkan lagi elemen timur tengah. Jangan lupa untuk pasang sliding door kedap udara. Anda pastilha tidak mahu cemari ruang tamu anda dengan asap shisha sehingga menimbulkan ketidakselesaan tetamu yang berada di dalam.
BERCUCUK TANAM
Idea biasa tetapi menarik untuk dilaksanakan di balkoni anda. Jadikan ianya ruang untuk anda bercucuk tanam secara kecil. Anda boleh tanam cili, daun sup, daun pandan, daun kari, kunyit, pokok selasih, daun kesum, serai dan sebaginya lagi. Tetapi ingat, anda kena jaga dengan betul segala tanaman yang diusahakan, takut nanti balkoni anda menjadi sarang untuk tetamu yang tidak diundang.
Ads
RUMAH UNTUK SI COMEL
Daripada kita biarkan si comel duduk di luar rumah dan berpotensi besar untuk diganggu penduduk lain, apa kata anda gunakan balkoni anda sebagai taman permainan buat kucing kesayangan anda. Mereka akan bebas daripada gangguan haiwan lain serta orang ramai pun tidak akan mengata jika mereka membuang air besar. Kucing anda, tanggungjawab anda.
PARTI BBQ DI BALKONI
Siapa kata nak anjurkan parti BBQ di rumah kondominium atau apartment tidak sesuai. Kalau persiapan keselamatan anda mantap, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting anda kena pastikan pemisah antara balkoni dan ruang dalam kediaman adalah sliding door yang kedap udara. Tinggal di kediaman kompak, persiapan BBQ anda juga seharusnya berskala kecil untuk tetamu yang tidak ramai.
Ramai yang tidak sedar akan cara mudah untuk rezeki masuk dalam rumah. Dalam menghias juga kita mudahnuntuk menjemput rezeki masuk kedalam rumah kita sebenarnya, tetapi dan bagaimana mungkin ramai yang diluar sana masih ada yang tidak tahukan.
IMPIANA nak share tip macam mana nak bagi rezeki masuk dalam rumah kita. Mudah sahaja, perkara utama kena tahu ialah mesti ada sikap rajin bertanggung jawab. Kemudian pastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang sentiasa bersih dan harum. Mudah kan!
Langkah seterusnya, banggun seawal pagi buka pintu dan tingkap rumah biarkan udara segar masuk kedalam rumah dalam sekitar jam 7 pagi, amalkan dan sering bersedekah itu pastinya menjadi amalan mulia dalam kehidupan harian kita.
Bagi yang mempunyai halaman, jangan biarkan ia tidak terurus, tanam pokok yang mudah dijaga, sedap mata memandang. Biarkan halaman anda dengan rumput yang pendek dan selesa untuk anda sekeluarga besantai pada bila-bila masa. Inshaa Allah pintu rezeki rumah kediaman anda akan terbuka.
Bagi anda yang baru ingin memulakan perancangan untuk mengubah suai dekorasi di ruang dapur kediaman anda, sudah semestinya ada pelbagai pilihan konsep dekorasi yang boleh anda pilih antaranya gaya Inggeris, Klasik, Moden dan banyak lagi.
Namun begitu, oleh kerana terlampau banyak sangat pilihan konsep dekorasi ada kalanya sukar untuk kita membuat pilihan yang tepat ketika mengubah suai dekorasi di sesuatu ruang yang ada.
Selain itu, setiap ruang di dalam kediaman amat memerlukan sistem pencahayaan yang betul termasuk dengan ruang dapur. Ini kerana, pencahayaan yang betul boleh mengelakkan hasil sesuatu dekorasi itu tampak kusam atau kurang menarik.
Jika anda mengemarkan dekorasi ruang dapur yang berkonsepkan gaya Klasik khususnya, ini ada 5 rekaan lampu gantung yang diperbuat daripada Kayu Rotan menarik boleh dijadikan sebagai sumbet inspirasi buat anda.
Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita
Lihatlah hasilnya selepas menggunakan rekaan lampu gantung yang diperbuat daripada Kayu Rotan ini, ruang dapur kini sememangnya tampak lebih cantik, unik dan lain dari yang lain bukan?
Ada pelbagai rekaan yang cantik dan menarik boleh anda pilih. Jika anda mahu mendapatkan rekaan lampu gantung seperti ini, anda boleh sahaja memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kawasan seumpama ini selalunya agak terpinggir. Di hujung dapur, di anjung rumah, di belakang rumah Adakala terpaksa ditempatkan di dalam kamar mandi, berkongsi ruang yang ada. Apa benar ruang ini sebenarnya tidak penting dan tidak selalu digunakan? Siapa di antara anda yang mempunyai kamar membasuh di kediaman sendiri?
Mungkin di Malaysia masih ramai yang menggunakan mesin basuh muatan atas. Mahu atau tidak kaunter dapur tidak mampu menempatkan mesin masuh yang saiznnya juga agak dempak. Namun ramai juga yang bernasib baik kerana kini banyak kediaman moden disertakan ruang membasuh yang bagus termasuk adanya tempat jemuran yang secukupnya.
Pun begitu, anda yang empunya mesin basuh muatan depan masih lagi boleh mencuri ruang yang ada. Malah sudut rumah yang sesuai dijadikan ruang membasuh boleh diperkemaskan dengan menempatkan pintu berpangsi agar tidak kelihatran. Rebut ruang yang ada bina para-para menempatkan segala keperluan membasuh. Jika boleh sediakan ruang untuk menggosok baju sekali terutama anda yan menggunakan pengering.
Sebenarnya ruag ini boleh juga anda lakukan di anjung belakang rumah. Jangan jadikan ia sangat kejung seperti sebuh kedai dobi. Hiaslah anjungnya dengan tempat duduk santai, kawasan penstoran dan menggantung baju. Walaupun hanya di belakang rumah, jadikan ia seumpama ruang bersantai rakan setaman… Anda boleh….simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.