Baru-baru ini pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad,31 kongsikan telah berpindah ke rumah baru dan berjaya memiliki kediaman sendiri. Hafiz membeli rumah jenis teres 3 tingkat, lot tepi. Interior hiasan dalaman cukup cantik, nampak simple namun elegan dengan berkonsepkan ‘Muji Aesthetic’.
Beberapa sudut dekorasi rumah juga dikongsikan seperti ruang tamu, bilik kerja, bilik tidur, dapur, landskap laman rumah, mini cafe, ruang patio dan sebagainya. Rona lembut dan cerah seperti, off white, beige dan coklat mendominasi tema kediaman, sekaligus bertepatan dengan konsep yang dipilih.Tempoh renovasi dan hiasan dalaman rumah ini pula memakan masa hanya 3 bulan lebih.
Louvers Shelter Konsep Inside Out
Namun paling mencuri tumpuan ialah idea rekaan ‘Louvers Shelter’ di tepi laman rumah. Menurut Legit Interior, Pereka Hiasan Dalaman yang dilantik ‘Louvers Shelter’ ini berkonsepkan inside out. Ia direka boleh dibuka dan ditutup mengikut kesesuaian dan keperluan pemilik rumah.
Ditambah rekaan landskap laman dengan pokok palma yang cantik berkonsep modern minimal, melengkapkan lagi ruang ini. Malah boleh dijadikan sebagai tempat lepak, santai atau ‘healing’ di laman rumah yang mempunyai ‘vibe’ seperti berada di resort.
Ads
Tambah pereka lagi, Louvers Shelter yang direka khas ini sebagai tempat lepak untuk ‘team’ Hafiz Mahamad apabila mereka datang berkunjung ke rumah.
Reka bentuk interior pula seperti di kafe. Mempunyai 3 buah meja, 12 buah kerusi, kaunter pulau dengan binaan sinki, rak terbuka serta kabinet khas bagi menempatkan mesin kopi serta ‘storage’ makanan.
Ads
Penggunaan Material
Kemasan ‘Aluminium Sheet’ digunakan pada bahagian bumbung, bagi menyesuaikan dengan cuaca di Malaysia yang panas, sekaligus dapat mengurangkan haba. Begitu juga kemasan untuk louvers yang dapat membantu pengudaraan yang lebih baik di ruang tersebut.
“Material louvers yang Li pakai bagus untuk pengudaraan, supaya tak ada lah udara akan terkumpul je dalam louvers shelter ni. Plus konsep inside out, memang sangat sesuai dengan cuaca dekat Malaysia, barulah lepak sambil kene tiup dengan angin macam dekat tepi laut bak angg,” ujar Li, Pereka Legit Interior.
IMPIANA: Menarik idea ‘Louvers Shelter’ konsep inside out ini. Ada laman yang luas boleh ikut idea bina ‘Louvers Shelter’ ini sebagai ruang santai dan lepak seisi keluarga mahupun buat tetamu yang datang.
Baja buah organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
‘Resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas ini memang praktikal digunakan.
DIY Baja Guna Kulit Nanas
Selepas ini bila makan buah nanas, pastikan jangan buang kulitnya. Kita gunakan sebaik mungkin untuk menyuburkan pokok tanaman.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
IMPIANA : Bagus baja organik dari kulit nenas ni, jimat dan berkesan sangat.
Umum tahu, dapur rumah flat memang kecil. Fizikal ini membataskan pergerakkan dan menghad perletakkan barang. Jadi, penyelesaian terbaik untuk memastikan ruang sempit tersebut digunakan secara optimum, sebuah pelan dan perancangan induk perlu di kenalpasti terlebih dulu. Kalau tak, dapur yang sempit boleh jadi macam stor.
Melihat perkongsian Fezzi Ferrara Ibrahim di laman Facebook, Impiana tertarik melihat bagaimana pemilik menghias dapur yang berkeluasan 105sqft sendiri tanpa perlu melantik kontaktor. Hampir kesemua perabut dan hiasan yang digunakan dibeli dari Ikea dengan peruntukkan RM 9k-10K. Dengar macam banyak kan? tapi tidaklah segalanya dibeli serentak. Fezzi beli secara berperingkat dan 3 bulan diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan dapur.
Sebelum sebarang kemajuan perubahan dapur di lakukan, Fezzi telah melakukan beberapa kali rujukan. Kata pemilik, “Sebenarnya saya seminggu 4 hari saya ke ikea mencari ilham dan blajar jenis barang yang diperlukan. Selain itu juga, saya sering bertanya pekerja disana apa barang-barang yang diperlukan, harga dan sebagainya. Alhamdulila bila saya sudah paham, memudahkan saya untuk membuat sesuatu mengikut selera dan idaman mengikut kemampuan saya”
Cabaran dan dugaan utama yang di hidapi oleh Fezzi dalam menyiapkan projek dapurnya adalah kewangan. Selain itu juga, kabinet dapur yang telah dipasang perlu di buka semula dan dipasang balik mengikut kesesuian yang sepatutnya. Dari gambar make-over yang dilakukan pun jelas kelihatan, kabinet dapur di bahagian atas telah berubaha kedudukan
Untuk pemilihan cat pula, Fiezzi telah menggunkan dua ton cat iaitu Soplicated blue (biru gelap) dan Evening Light (grey). Pemilihan rona tersebut jelas menonjolkan keseluruhan konsep menjadi moden dan minimalis.
Secara peribadi saya tak suka beli sesuatu yang tidak perlu contohnya bekas makanan yang banyak dan benda-benda tak penting. Saya kena terima kenyataan bahawa keluasan dapur yang terhad. Tip utama, ukur dan pastikan kb yg kita impikan bersesuaian dengan keluasan dapur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebiasaanya, halia yang dibeli, mesti tak digunakan semuanya. Ada tu sampai kecut simpan dalam peti ais. Apa kata kalua dah Nampak hali yang disimpan mula tumbuh tunas, kita semai je. Tak perlu batas dan pasu yang khas, guna guni pun dah mencukupi seperti yang dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan. Cara yang dikongsikan oleh puan Bebiyana sangat mudah dan tak perlukan barang dan bahan yang rumit. Tapi hasil halinya yang ditanam di dalam guni memang menajdi. Jom kita tengok cara tanam hali dalam guni puan Bebiyana
Ada ramai orang di luar sana punya halia yang berbaki dalam peti ais. Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.
Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia
Kemudian potong-potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh
Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Kemudian keringkan
Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan
Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah
Kambuskan halia yang telah disemai. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.
Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.