Batu blok angin ini secara tradisionalnya digunakan untuk menyediakan sirkulasi pengudaraan semulajadi di dalam kediaman. Kebiasaanya ia digunakan pada bahagian atas bingkai cermin, dinding bilik air, dapur dan sebagainya. Disebabkan ia mempunyai rekaan yang pelbagai, ia sesuai diolah menjadi sesuatu yang unik seperti dinding pemisah ruang. Secara tidak langsung, ia menjadi karakter tambahan kepada keseluruhan nilai seni bina terhadap ruang tersebut.
DI sini, IMPIAN berkongsi idea kaunter pulau atau island counter yang menggunakan batu blok angin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Air Rendaman Puntung Rok0k Bantu Cegah Hama Tanaman
Sisa rokok tak kiralah abunya atau puntung, memang benda yang kita nampak tidak mempunyai kegunaan lain dan dibuang bsegitu sahaja. Betul tak? tapi, tak sangka abu rokok ni ada manfaat pada tanaman.
Jadi, sebaiknya jangan dibuang abu dan puntung rokok di dalam bekas ashtray tu jika anda seorang yang gemar berkebun. Untuk jadikan abu rokok sebagai baja, boleh gaul atau taburkan terus pada medium tanaman.
Melalui perkongsian dari akaun youtube Gardening Tips, puntung rokok boleh dimanfaatkan sebagai bahan untuk menyuburkan tanaman dan secara tidak langsung mencegah hamas. Caramenghasilkan semburan pencegah serangga menggunakan puntung rokok, boleh tonton pada video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Bersihkan Kipas Angin Guna Garam Atau Pasir, Tanpa Perlu Nak ‘Bongkar-bongkar’
Kipas angin boleh dibersihkan dengan garam atau pasir tanpa perlu ‘membongkar’ bilah-bilahnya. Debu-debu dan habuk biasanya akan melekat pada bahagian bilah-bilah kipas angin atau di bahagian penutup kepala kipas angin.
Keadaan ini berlaku kerana banyak debu yang melekat. Untuk membersihkan kipas angin biasanya kita perlu ‘membongkar’ bahagian-bahagian tertentu. Tentu ia sangat merumitkan selain memerlukan waktu untuk menyudahkan kerja-kerja pembersihan.
Bagi mereka yang sibuk, tentulah tiada masa untuk berbuat demikian. Sebenarnya untuk membersihkan kipas angin, anda tidak perlu bersusah payah membuka bahagian-bahagian tertentu pada kipas angin.
Ada beberapa cara membersihkan kipas angin tanpa perlu bersusah payah untuk melakukannya.
BERSIHKAN DENGAN MENGGUNAKAN ‘BLOWER’
Jika anda memiliki blower, anda boleh menggunakannya untuk membersihkan kipas angin. Caranya mudah sahaja. Bawa kipas angin yang berdebu ke luar ruangan lalu tutup dengan plastik hitam. Kemudian gunakan blower untuk ‘menjatuhkan’ debu daripada bilah-bilah dan bahagian luar kipas angin. Namun cara ini juga memiliki kekurangan. Cara ini tidak akan berfungsi jika debu sudah terlalu tebal.
MENGGUNAKAN PASIR ATAU GARAM
Mungkin anda belum familiar mendengarnya, tapi garam atau pasir boleh digunakan untuk membersihkan kipas. Cara yang satu ini juga sangat sesuai untuk membersihkan debu dan kotoran yang melekat pada bilah-bilah kipas angin termasuk kipas angin jenis kotak.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengambil kertas surat khabar atau kertas mahjong. Kemudian letakkan kipas di atasnya. Kipas boleh dihalakan ke bahagian atas atau pun bawah. Setelah itu, tuangkan pasir bersih dan kering atau garam dari atas. Pasir atau garam kemudian akan melewati bilah-bilah kipas. Debu-debu yang melekat pada bilah kipas akan jatuh ke kertas.
MENGGUNAKAN PEMBERSIH YANG MENGANDUNGI NATRIUM HIPOKLORIT (PELUNTUR)
Cara membersihkan kipas angin tanpa membongkar selanjutnya adalah dengan menggunakan pembersih yang mengandungi natrium hipoklorit (peluntur). Bawa kipas angin ke luar rumah. Tutup di bahagian motor kipas angin dengan plastik. Masukkan natrium hipoklorit (peluntur) ke dalam bekas penyembur. Semburkan pada bilah-bilah kipas dan biarkan selama beberapa minit di bawah sinar matahari. Setelah kipas angin benar-benar kering di bawah sinar matahari, gunakan ‘water jet’ jika ada untuk mencuci kipas angin. Jika tiada ‘water jet’ boleh siram dengan air secara berhati-hati. Biarkan kipas angin di luar rumah di bawah sinar matahari terbuka sehingga kipas angin benar-benar kering.
BERSIHKAN DENGAN PENYEDUT HABUK MINI MUDAH ALIH
Cara terakhir yang boleh dipraktikkan ialah dengan menggunakan penyedut habuk mudah alih. Kebiasaannya penyedut habuk jenis ini menggunakan kuasa bateri. Baterinya pula perlu di cas untuk terus menggunakannya. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membawa kipas angin ke tempat terbuka. Kemudian, gunakan penyedut habuk mini mudah alih di bahagian dalam kipas terutama bahagian bilah. Akhiri dengan sedutan habuk di bahagian luar kipas.
BELI PENYEDUT HABUK MINI MUDAH ALIH DI SINI
Kredit foto (top image): Pixabay
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Main Hukum Minum Atau Makan Makanan Bersemut
Beras ada kutu, nak dibuang boleh lah jemur. Tapi, kalau gula dimasuki semut, takkan nak jemur juga kan? kang lain jadinya. Kebiasaanya ramai akan hentak-hentak je bekas berisi gula tadi untuk halau semut tu. Tapi, selalunya tak semua akan keluar dan makan masa juga.
Ameera ada cara yang lebih mudah untuk atasi masalah semut dalam gula. Cara Mudah Keluarkan Semut
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut m4ti yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Baca juga: Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci
HUKUM MINUM ATAU MAKANAN BERSEMUT
Sebagaimana yang kita tahu, semut adalah binatang yang tidak mengalir darah. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun masuk semut dalam minuman atau makanan hukumnya terdapat dua keadaan.
Pertama, semut masuk dalam keadaan sudah mati. Semut itu sudah tentu menjadi bangkai. Jika bangkai semut masuk dengan ikhtiar manusia seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut ke dalam air minuman, maka air tersebut menjadi najis dan tidak boleh diminum.
Sebaliknya jika bangkai semut masuk di dalam air minuman bukan kerana ikhtiar manusia, seperti ditiup angin, selagi tidak mengubah sifat air maka ia boleh diminum dengan syarat membuang dahulu bangkai semut tersebut.
Kedua, jika semut yang masih hidup masuk ke dalam minuman, kemudian ia mati sendiri di dalam air dengan sebab ikhtiar manusia, maka air itu menjadi najis dan tidak boleh diminum.
Ini mungkin boleh berlaku jika air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut yang hidup. Atau mungkin kerana memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut hidup.
Sebaliknya jika bukan dengan ikhtiar manusia seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka minuman itu tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu telah dibuang dahulu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI