5 Idea Minibar Jimat Ruang Dapur Sempit

Share

IMPIANA banyak mendapat maklum balas tentang penyelesaian isu samada perlu untuk membeli meja makan, letakkan di antara ruang tamu dan dapur atau mansuhkan sahaja.

Idea yang bernas adalah dengan menggabungkan meja makan dan dapur, menjadi meja bar. Tetapi sebelum anda survey katalog jualan, apa kata periksa dahulu senarai meja bar yang IMPIANA sediakan dalam entri kali ini.

  1. Skandinavia minimalis

Ciri utama gaya Skandinavia adalah penggunaan material semulajadi dan jika anda rujuk gambar di bawah, table top nya menggunakan papan kayu dan digabungkan dengan cat putih untuk menyerlahkan lagi eleman natural.

2. Meja bar Monokrom

Stail ini sesuai untuk mereka yang masih bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Gaya simple ini pasti memikat sesiapa sahaja yang melihat. Jimat ruang sudah semestinya kerana anda sudah menghadkan saiz minibar ini di ruangan dapur sahaja.

3. Dapur pulau dan meja makan jadi satu

Penulis merasakan implementasi konsep dapur pulau di Malaysia masih baru dan jarang untuk kita lihat. Tetapi, apa salahnya kalau kita cuba terapkan idea ini ke dalam planning dekorasi kediaman anda. Mana tahu, anda boleh menjadi trend setter selepas memasang kelengkapan ini suatu hari nanti. Belum cuba, belum tahu.

4. Meja bar kitar semula

Anda juga boleh kitar semula kayu-kayu yang masih elok atau selamatkan kayu pallet yang dibuang dan jadikan meja minibar anda sendiri. Bumi selamat, anda gembira.

5. Idea meja bar klasik vintage

Penggunaan material kayu juga boleh di upgrade kepada design klasik vintage. Ala-ala zaman cowboy. Ianya sesuatu yang menarik untuk dicuba Untuk pilihan design kerusi, ianya tidak menjadi masalah samada anda ingin meletakkan penyandar atau tidak, kerana semuanya bergantung kepada kreativiti anda.

 

 

Published by
Team Impiana