- Kebanyakkan kediaman jenis apartmen sekarang masuk-masuk sahaja dah jumpa dapur dulu sebelum ruang tamu dan kebanyakkanya berkonsepkan open kitche. Oleh itu, dapur anda tak boleh bersepah dan harus dihias cantik. Jadi, berikut impiana beriakn sedikit insirasi open kitchen buat kedaiaman apartmen
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini DIY Rak Dari Bakul RM1, Hasilnya Rumah Lebih Kemas Dan Jimatkan Ruang!
Ruang penstoran atau penyimpanan yang terhad merupakan salah satu punca kediaman kelihatan tidak teratur dan bersepah. Selain itu, permasalahan ini juga boleh dikatakan berpunca dari kegagalan pemilik kediaman untuk menyediakan tempat menyimpan yang khusus bagi barang-barang tertentu.
Apa pula penyelesaian jika kabinet, almari serta laci yang terdapat dirumah sudah penuh tetapi barang sentiasa bertambah?
Jangan risau, kerana anda boleh jadikan perkongsian saudari Sentuhan Dania yang beliau ilhamkan sendiri ini sebagai inspirasi. Selain mendapat solusi ideal bagi menambah ruang penstoran, anda juga dapat jimat banyak! Kerana dengan bajet keseluruhan tidak sampai RM15 pun, kediaman berjaya diubah menjadi lebih kemas tersusun.
Jom kita cuba bersama.
Hasil DIY hari ini..
Dengan bersungguh-sungguh saya ke kedai ECO.
Bakul tu 1 ikat RM2.10, ada 2 bakul. Kiranya 1 bakul RM1.05.
Cable tie pun beli di ECO sahaja. Kayu pula, saya ambil saja di stor saya.
Moadal semua tak sampai RM15, marilah kita berjimat..
CARA-CARA MEMBINA RAK BAKUL BERTINGKAT
BAHAN DAN KOS YANG DIPERLUKAN;
1. 4 set bakul (8 bakul keseluruhan) = RM8.40
1 set ada dua bakul
2. 3 atau 4 batang kayu
3. Cable tie dan roda (optional)
4. Ikatkan kayu pada bakul menggunakan cable tie. Saya guna 3 batang je, sebab kayu tak cukup, tapi and aboleh juga gunakan 4 batang kayu untuk lebih stabil.
Memang menarik idea ni. Anda juga boleh serlahkan kreativiti dengan mengecat rak bakul mengikut citarasa masing-masing. Pasti lebih menarik!
Selamat mencuba, semua.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebelum DIY Gazebo Cantik Macam Beli Di Kedai, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri, berikut merupakan langkah-langkah asas membina sebuah gazebo. Apa yang penting sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, pastikan jumlah bahan-bahan yang diperlukan adalah mencukupi bagi mengelakkan anda berulang-alik ke kedai bahan binaan. Di samping itu, pastikan juga semua peralatan berkeadaan baik dan tajam. Perlu diingatkan bahawa sesebuah gazebo mempunyai komponen asas seperti tiang, lantai dan bumbung. Walaupun pada mulanya ia dianggap sukar, seseorang perlu mengambil pendekatan berhemah langkah demi langkah dan bekerja dengan penuh minat serta berupaya membuat anggaran
1. Menyediakan Ukuran di Lokasi
Langkah pertama adalah menyediakan reka bentuk gazebo yang diingini. Setelah mengenal pasti lokasi dan tanahnya rata, anda perlu menandakan kedudukan rangka gazebo, sebagai contoh, berbentuk segi empat sama, menggunakan kepingan kayu dan tali.
Ukur pepenjuru dan ubah kedudukan kepingan kayu tersebut sehingga sama. Pastikan setiap penjuru bersudut tepat.
2. Menyedia Lubang untuk Tiang
Ada beberapa teknik untuk memastikan tiang-tiang kayu tegap dipasang di tempatnya, sama ada menanamnya ke dalam konkrit ataupun menggunakan besi. Sekiranya anda memilih menggunakan konkrit, anda perlu menggali lubang sedalam 2-3 kaki. Padatkan lubang tersebut dengan 2 inci lapisan batu kerikil dan curahkan 4 inci lapisan konkrit. Selepas itu masukkan tiang-tiang tersebut ke dalam lubang itu dan isi bahagian lubang yang terdedah dengan konkrit sehingga penuh dan ratakan ke aras tanah.
Guna penyukat timbang cecair bagi memastikan keempat-empat tiang tadi betul-betul di dalam garisan selari dan rata. Biarkan konkrit membeku sekurang-kurang bagi tempoh 48 jam sebelum memasang tiang 4 x 4 inci.
Setelah lubang tersebut diisi dengan konkrit, pastikan tiang-tiang tadi diletakkan penyokong di kedua arah bagi mengelakkan ianya bergerak dari kedudukan asal.
3. Rangka Lantai Gazebo
Langkah berikutnya, guna 2 x 6 inci kayu untuk membina rangka lantai gazebo. Adalah mustahak kayu rangka dipasang dengan jarak 16 inci antara mereka. Ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada beban yang terhasil daripada kepingan lantai kayu dan untuk menghasilkan struktur yang kukuh.
4. Memasang Perabung lantai
Bagi memasang perabung lantai kepada rangka kayu, anda mempunyai dua pilihan. Sama ada menggunakan skru berukuran 4-5 inci dan ditebuk terus ke perabung, atau menggunakan besi sokongan perabung.
Adalah disarankan supaya pemasangan perabung menggunakan besi sokongan kerana lebih mudah dilakukan.
Seterusnya, anda perlu memasang kesemua 4 x 4 inci tiang yang akan menjadi penyokong bahagian atas dan binaan bumbung. Sekiranya anda sebuah gazebo yang kukuh, anda disarankan supaya memasang tiang-tiang tersebut ke perabung lantai dengan menggunakan paku-paku bersaiz 6 inci.
Tumpukan perhatian semasa melakukan tugas ini dan pastikan tiang-tiang tegak sebelum memasang paku. Sebagai tambahan, guna pita pengukur bagi memastikan tiang tersebut berkeadaan simetri.
5. Memasang Lantai Gazebo
Selepas kerja-kerja menyiapkan rangka untuk lantai dan memasang tiang-tiang, anda perlu memasang lantai sama ada mengguna kepingan kayu berukuran 2×4 inci atau pun 2×6 inci. Anda disarankan supaya mendapatkan kepingan lantai khusus untuk kegunaan luar rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan lantai tersebut dari dirosakkan oleh titisan air.
Semasa kerja-kerja memasang lantai, anda dinasihatkan supaya meletakkan sebatang paku di antara kepingan lantai bagi mendapatkan jarak konsisten di antara satu sama lain.
Untuk kerja memasang lantai menggunakan paku. Seelok-eloknya sediakan lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan paku. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan skru, anda boleh terus memasang skru tanpa menyediakan lubang terlebih dahulu, tetapi saiz skru hendaklah bersesuaian.
Anda disarankan menggunakan 2 batang skru di setiap hujung kepingan lantai bagi memastikan struktur betul-betul kemas.
6. Memasang Perabung Bumbung Gazebo
Memasang bumbung gazebo boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Teknik pemasangan kali ini memerlukan hanya sedikit sahaja bahan binaan tetapi gazebo masih kelihatan kukuh. Langkah pertama adalah memasang perabung di bahagian atas kesemua tiang-tiang kayu 4 x 4 inci tadi.
Guna perabung berukuran 4 x 4 inci dan pasangkan secara profesional. Dapatkan bantuan untuk memegang hujung perabung di kedudukan sepatutnya semasa anda memasang skru.
Anda dinasihatkan supaya menggunakan teknik yang betul semasa menyambung perabung di bahagian atas tiang. Potong hujung perabung ke bentuk L dan gabungkan kesemuanya di bahagian atas tiang tadi. Setelah kerja tersebut selesai, ketatkan sambungan ini menggunakan skru.
Anda disarankan supaya memasang kesemua perabung kerana ini akan meningkatkan tahap kekuatan pembinaan.
7. Memasang Rangka Bumbung Gazebo
Seterusnya pasang 2 x 4 inci perabung sokongan untuk dijadikan rangka utama bumbung. Langkahnya senang sekiranya anda menggunakan teknik pemasangan dan perkakas yang betul. Pertama, potong 6 x 6 inci tiang utama (4 inci tinggi) dan pasangkannya dengan menyambung 2 perabung sokongan yang bertentangan dengan 4 inci skru (memastikan perabung sokongan tersebut dilekatkan kepada tiang utama).
Semasa proses pemasangan, anda dinasihatkan menggunakan tangga. Pastikan tangga tersebut diletakkan di atas permukaan yang kukuh.
Kemudian, pasang kesemua 2 x 4 inci perabung tambahan. Lakukan dengan teliti dan pastikan perabung tambahan ini dipasang secara simetri. Sambungkan ke perabung atas dan ke tiang utama dengan beberapa biji skru berukuran 4 inci.
Sekiranya anda tidak suka reka kepada bentuk rangka tersebut, anda berpeluang melaraskan saiz dan ketinggian bumbung bagi memenuhi kehendak dan cita rasa anda.
8. Memasang Bumbung Gazebo
Banyak kaedah memasang bumbung. Anda boleh menggunakan 2 x 4 inci kepingan kayu, kepingan-kepingan plywood atau kertas bumbung. Sebarang kaedah yang digunakan, anda disarankan supaya menggunakan skru yang sesuai dan dipasang dengan jarak 10 inci di sepanjang perabung.
Selepas memasang kepingan kayu atau kepingan-kepingan plywood, anda boleh memilih untuk menggunakan shingles, kepingan konkrit atau zink sebagai bumbung.
Pilihan bahan juga bergantung kepada keperluan dan cita rasa anda sepenuhnya. Berhati-hati semasa kerja-kerja memasang dan pastikan paku tidak menembusi atap bumbung (sila guna paku bersaiz ½ inci sahaja).
Akhirnya, tampal setiap lubang atau rekahan menggunakan penyumbat kayu dan biarkan ia beku. Gosok permukaan gazebo kayu anda dengan kertas pasir sederhana halus dan lindungi struktur binaan ini dari dimusnahkan oleh air dengan menyapu lapisan varnish.
Sentuhan Terakhir – Mengecat Struktur Gazebo
Anda boleh menyapu cat kepada semua struktur kayu mengikut pilihan warna yang anda suka. Sama ada untuk kelihatan sedondon dengan kediaman anda atau warnakannya dengan rona terang bagi memperlihatkan dominasi ruang. Walau apa tujuan sekali pun pastikan anda menggunakan cat yang sesuai untuk kegunaan luar. Lapisan cat membantu melindungi kayu, seterusnya memanjangkan hayat struktur tersebut.
Membina sebuah gazebo yang sempurna adalah sesuatu yang subjektif. Untuk itu anda disarankan supaya memilih reka bentuk dan saiz sebelum memulakan urusan pembinaan, mengikut keperluan dan cita rasa anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tukar Rona Cat Hijau Mint Buat Kediaman Ini Lebih Segar
Pemilihan rona cat adalah faktor utama dalam menzahirkan sesebuah dekorasi. Namun, ramai yang lebih gemar untuk memilih rona putih sebagai langkah selamat kerana ia lebih mudah untuk disuai padankan. Hanya dengan menukar rona cat baru, sesebuah kediaman kelihatan lebih segar walaupun perabot dan aksesorinya tiada sebarang perubahan.
Seperti yang dilakukan oleh puan Ayu Shuhaimi, Cat rumah sudah 3 tahun tidak ditukar dan mula bercapuk. Puan ayu, mengambil langkah untuk mengecat keseluruhan rumah dengan pemilihan rona yang jarang menjadi pilihan ramai iaitu hijau mint.
Pemilihan cat dengan rona tepat sahaja tidak memadaia, hasilnya perlulah berkualiti untuk mendapatkan impak menyeluruh. Oleh itu, pemilihan jenis cat dan cara kerja yang betul memainkan peranan yang penting. Berikut, Puan Ayu menyenariakn pilihan cat yang diperlukan untuk mendapatkan hasil seperti profesional
STEP 1 : Pakai sealer
Fungsi sealer – utk melindungi dari kulat (putih2)
Wall Sealer : Brand Nippon
Vinilex 5400
RM60
.
STEP 2 : Cat
Cat : Brand Nippon
Vinilex EasyWash
3122T Jasper Green
1liter RM45
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI