cinder block atau batu blok pasir ramai yang tahu ia digunakan bagi tujuan pembinaan terutamanya bangunan. Tapi, sebenarnya, batu blok pasir ini mempunyai karekter tersendiri dan menarik jika bijak diolah. Menariknya, ia sesuai dijadikan sebagai perabot.
Tapi, sebelum diundang untuk dijadikan sebagai perabot atau dekorasi di dalam rumah, pastikan ia dibersihakan sepenuhnya. Ia bagi mengelak habuk atau pasir yang digunakan untuk membuat batu blok tersebut dari bersepah dan berhabuk. Berikut inspirasi dekor dengan menggunkan cinder block atau batu blok pasir:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Resepi Mudah Sosej Tanpa Perasa Dan Bahan Pengawet, Memang Sedap
Sosej memang makanan yang sentiasa diminati bukan sahaja dikalangan kanak-kanak malah golongan dewasa. Namun, ramai yang memilih sosej yang siap proses atau sejuk beku yang banyak di pasaran. Sosej siap proses ni bukan sahaja tidak sihat, anda sendiri pun tak pasti kandungan yang terdapat di dalam makanan tersebut. Apa kata, anda buat sendiri sosej di rumah. Marlina Musafir berkongsi resepi homade sosej
Resepi sosej sihat tanpa tambahan perasa dan pewarna
Bahan-bahan untuk 15 batang sosej :
500gram Isi Ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran pilihan anda (Lobak Merah, daun sup, cendawan)
Krim keju (pilihan) Boleh digantikan dengan keju jenis lain.
Tepung ubi*Bahan boleh ditambah atau ditukar mengikut kreativiti masing-masing.
Cara penyedian
1.Kisar semua bahan di atas menggunakan pengisar makanan. 2. Paipkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat ketat. (Supaya air tidak masuk semasa merebus)3. Rebus atau kukus hingga masak dalam 15 ke 20 minit4. Sejukkan dan buka plastik untuk digoreng. Boleh juga untuk dibekukan.
Selamat mencuba, Foodies!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Mudah Biak Pisang Dari Satu Bonggol, Boleh Hasilkan 10 Anak Pokok Serentak
Kebiasaanya, pembiakkan pokok pisang dilakukan melalui anak pokok yang tumbuh di sekitar bonggol pisang. Namun, teknik ini mengambil masa yang lama adn tidak secara optimum. Kebanyakan pekebun industri pisang akan menggunakan bonggol induk selepas di tuai. Menariknya, ia boleh menghasilkan lebih daripada 10 anak pokok serentak dari satu bonggol pisang. Namun, ada teknik yang perlu dilakukan dan ianya mudah. Jom lihat video yang disediakan cara biak anak pisang dari bonggol pisang
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membina Ruang Dapur
Ramai di antara kita mempunyai masalah dapur bersaiz kecil dan tidak tahu bagaimanakah untuk design dapur agar mampu kelihatan luas dan dapat mengisi pelbagai keperluan peralatan dapur kita. Ini checklist yang mampu membantu anda untuk bina kabinet dapur dengan lebih baik.
Pelan Lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
Jenis Material Yang Anda Mampu
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina kabinet dapur dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
- Permukaan Kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Kemasan
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan. Bina kabinet dapur anda dengan citarasa anda.
Artikel berkaitan: Idea Rekaan Dapur Sempit Untuk Ruang Dapur Kondo
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI