Mungkin ada yang tidak tahu tapi hakikatnya, ramai di antara kita yang struggle untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan selesa hingga pagi.
Tidur yang baik adalah tidur yang cukup 6-8 jam. Jika kurang daripada jam ini, pasti hari esok anda akan kepenatan dan prestasi kerja anda akan berkurangan berikutan tidak dapat rehat yang mencukupi.
Jadi, bagi membantu anda mendapatkan tidur yang baik secukupnya, IMPIANA sediakan panduan mudah yang boleh anda ikut. Jom semak!
Elakkan minum kafein
Bermula daripada pukul 6 petang hingga waktu tidur. Elakkan daripada minuman berkafein. Ini kerana ia akan meransang otak anda dan kafein tersebut boleh kekal dalam badan anda hingga 12 jam. Bayangkan sebab terlalu banyak minuman kopi dan teh, tidur anda akan terganggu.
Ads
Pastikan tilam anda bebas pepijat
Jika anda mengesan kehadiran pepijat di atas tilam, solusi terbaik adalah untuk buang sahaja tilam itu. Ini kerana pepijat mampu hidup sehingga 6-18 bulan dan mampu bertelur dengan banyak dan mengambil masa 6-10 hari untuk menetas. Selain itu, jika pepijat sudah ada di bilik tidur anda, risiko untuk mereka merebak ke bilik lain adalah tinggi.
Antara simptom pepijat adalah apabila anda bangun pagi dan terdapat kesan merah dan kegatalan pada kulit badan.
Ads
Cucian berkualiti di cadar katil
Jika anda menggunakan cadar kain kapas, elakkan membasuh dengan basuhan kering. Lebih molek dibasuh dengan pelembut pakaian. Lagi wangi, lagi bagus. Tidur anda pasti lebih lena dan selesa.
Ads
Pilih saiz tilam yang betul
Jika tubuh badan anda bersaiz besar, adalah molek untuk membeli tilam yang berukuran 76×80 atau dikenali sebagai king size. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkongsi tempat tidur bersama anak yang masih dalam peringkat membesar dan tidur lasak. Jika anda rasa ia mahal, anda boleh cari tilam saiz queen dengan ukuran 60×80. Ia juga sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin dan masih belum mempunyai anak.
Jangan makan di atas katil
Sisa makanan yang tumpah diatas katil pastinya menjadi buruan pelbagai serangga perosak seperti lipas, semut dan pelbagai lagi. Itu juga boleh mencerminkan tahap kebersihan tempat tidur anda. Jika tempat tidur kotor, bagaimana nak dapat tidur yangberkualiti? Jadi, lebih baik elakkan makan atas katil..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hari Raya sentiasa menjadi perayaan yang membawa kegembiraan kepada kita. Inilah masanya di mana umat Islam meraikan kejayaan mereka melawan pelbagai godaan sepanjang bulan Ramadan. Malah, sambutan tahun ini amat istimewa kerana rakyat Malaysia berdiri bersama untuk mengamalkan penjarakan sosial, bersatu dalam usaha kita dengan terus berada di rumah.
Sambil kita meneruskan amalan ini, kita faham bahawa ada kemungkinan kita tidak dapat meraikan Hari Raya ini dengan tradisi rumah terbuka dan pertemuan keluarga seperti yang selalu kita lakukan. Bagaimanapun, ketika kita bersedia menyambut Hari Raya dengan cara berbeza, ia tidak bermakna kita perlu melupakan tradisi lain seperti menghias semula rumah kita. Anda akan terkejut bagaimana dinding tumpu yang bercat baru akan membantu menceriakan suasana perayaan. Apatah lagi, Raya memang dan akan sentiasa menjadi acara yang berwarna-warni.
AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka memahami kepentingan warna dan Hari Raya. Dan oleh kerana kebanyakan perayaan dihabiskan dengan berbual di ruang tamu, kami akan kongsikan palet warna kreatif yang serasi bergandingan dengan Tranquil Dawn, Warna Tahun 2020 AkzoNobel, untuk menambah sentuhan ketenangan pada ruang tamu.
Ruang Tamu Yang Menyerlah
Warna Tahun 2020 AkzoNobel, Tranquil Dawn, juga dikenali sebagai Grey Jeans, adalah ton-sejuk warna hijau dan diinspirasikan oleh warna langit pagi – pilihan warna yang sesuai untuk menambah keceriaan perayaan.
Set ruang ini memaparkan kombinasi warna mewah, seterusnya mewujudkan mood yang semarak pada ruang tamu anda. Tranquil Dawn, mengambil peranan dalam menenangkan ruang ini, bertindak sebagai kontras kepada warna terang di ruang berkenaan.
Tambahan perabot hiasan bermotif bunga dan perabot anyaman buatan tangan, ruang ini menawarkan suasana yang bersemangat dan selesa untuk anda menikmati minum petang bersama keluarga pada Hari Raya pertama.
Jika anda berminat untuk meniru gaya ini, berikut adalah warna yang digunakan untuk set ruang tamu:
Cheeky Grey / 78GG 19/078
Military Green / 50GY 13/136
Tranquil Dawn / (Grey Jeans 45GY 55/052)
Ruang Dimensi
Dinding dwi-ton adalah cara kreatif untuk memberi dimensi kepada satu-satu ruang. Ia mengindahkan bilik dengan pecahan pada ruang dinding dan merupakan cara yang kreatif untuk memberikan penampilan yang kuat dan sepadu pada perabot anda.
Hiasan ruang ini diperindah dengan palet pastel. Warna yang membahagi dinding diletakkan lebih tinggi untuk memberi suasana kepada ruang tamu, sementara kombinasi warna dwi-ton pula menambah mood santai dan mengalukan.
Set ruang tamu ini menggunakan:
Mushroom Morning / 65YY 71/071
Bellcourt Castle / 45 YY 53/151
Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
Suasana Menenangkan
Juga, apabila merancang untuk dinding tumpu anda, sangat penting untuk memahami persekitarannya kerana kita bukan saja mewujudkan dinding yang cantik, tetapi turut berfungsi.
Set ruang ini mengindahkan arah matahari dan memerlukan dinding hijau serta tumbuh-tumbuhan untuk menyerap kehangatan dan melindungi ruang tamu anda daripada suhu tinggi. Malah dinding tumpu ini dilengkapi dengan kehangatan ton warna ambar (kuning jingga) pada bahagian bawah, yang memberikan anda mood kesederhanaan dan suasana yang menenangkan.
Berikut adalah warna yang digunakan dalam set ruang ini:
Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
Aviator Silver / 30BB 62/044
Spiced Honey / 00YY 26/220
Kombinasi Keceriaan
Oleh kerana Raya sering dikaitkan dengan warna terang dan ceria, anda juga boleh menggunakan jaluran pelbagai warna seperti set ruang tamu ini. Jaluran pelbagai warna ini memberi kesan percanggahan yang bergaya, dan dengan menggunakan warna kuning dan merah jambu, ia mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak. Dua warna ini juga menambah suasana riang, terang dan bersemarak pada ruang tamu, dengan Tranquil Dawn yang bertindak sebagai penyeimbang.
Berikut adalah warna yang digunakan dalam set ruang ini:
Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
Cedar Shadow / 50YR 36/263
Sapling / 50YY 51/519
Dengan semua cadangan yang kami berikan, kami tidak sabar untuk menambah warna baru yang menyegarkan pada ruang tamu anda. Tidak kira apa palet warna yang anda pilih, mana-mana warna itu akan menggandakan lagi mood ruang tamu anda, hiasan yang sempurna untuk sambutan Hari Raya.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Warna Tahun 2020 atau meneroka warna yang dibawakan oleh Dulux untuk anda, apa yang anda perlu lakukan hanyalah halakan pelayar web anda ke https://www.akzonobel.com/en/colourfutures/colour-of-the-year-2020 atau www.dulux.com.my.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barn Door atau pintu gudang ini sudah menjadi satu tarikan kerana rekaannya dan nilai estetika yang ada dalam gaya penataan pintu ini. Ia mampu menjadi satu tarikan yang menonjol dalam mana-mana elemen. Kali ini IMPIANA bawa anda untuk DIY sendiri pintu gudang ini. Jom dapatkan inspirasi daripada Encik Fauzi Ahmad.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk DIY Barn Door
Material
Plywood 15mm
Plywood 9mm
Plywood 3mm
Lepas gam, sebelum tembak air nailer. Kepit dulu, sat lagi dia lari jenuh ligan.Trim lebihan plywood di bahagian tepi bagi ngam-ngam cun. Lupa nak bagitau, material plywood ajer. Save Budget!Bahagian belakang plain saja, gosoklah sampai lebam kertas pasir grid 80, lepastu grid 240.Settle gosok letak gam dan tampal. Lepas tampal tembak lah air nailer setiap kaki/pcs paku.Penjuru potong 90°, tapi lari jugak sikit. Biaq p ke dia, tak larat ligan dah.Settle pasang lapisan kedua, tampal cela dengan woodfilla bagi segak sikit. Lepas tu gosok dan gosok lagi dengan kertas pasir grid 240.Siap gosok. Ready to paint.Settle cat. Ni dah lapisan ketiga. Lapisan pertama sealer dulu (lupa ambik gambar), lepastu baru sapu cat.Tunggu cat kering baru tebuk untuk roller barn door. Tebuk kena tepat, senget kalu keat la pintuNindia roller siap dah pasang. Tapi sebenarnya Bolt yg dia bagi panjang, so kena pandai-pandai la potong ikut tebal pintu kita.Lepastu ikutlah guide dalam kotak tu ikut dinding kita. Dinding ni material gypsum (partition) saja, so kena tambah tulang untuk railling dia supaya betul-betul kukuh.Roller kit beli di Shopee https://invol.co/cl5mmnk
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan jadikan saiz kecil sebagai alasan untuk anda tidak menghias dan mengemas bilik tidur. Bilik tidur bukan sahaja merupakan ruang untuk tidur dan berehat semata-mata, Ia juga merupakan ruang privasi yang dapat menterjemahkan keperibadian pemilik. Jadi, tak kiralah bilik anda besar dan lapang mahupun kecil dan sempit, ambil masa untuk menghias dan mengemas ruangan ini. Keselesaan di bilik tidur juga dalam menjamin hari esok yang lebih segar dan bertenaga.
Jadi, mari IMPIANA kongsikan beberapa tips menghias bilik tidur yang kecil.
Gunakan Warna Pastel
Pemilihan warna ini mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah ia juga dapat memberi mood yang tenang kepada anda. Jom, kemas bilik anda sekarang, dengan keluarkan perabot dan barangan kamar tidur supaya memudahkan proses mengecat bilik anda. Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur tidur adalah seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel, dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga sebenarnya boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja.
Pemilihan Perabot
Sesudah mengecat bilik anda, jom kita masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, jika masih memiliki ruang anda boleh masukkan perabot tambahan. Pilih saiz katil atau perabot yang sesuai dengan bilik anda. Jika mempunyai bajet yang berlebihan apa kata anda tempah almari bina dalam di bilik tidur anda. Ruang Penstoran
“Wah, banyaknya barang-barang!” Ini lah masanya untuk anda mengelas semula barangan anda yang sudah tidak dipakai dan yang masih dipakai. Untuk barangan yang anda hendak simpan, anda boleh meletakkan ia kedalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan.
Elemen Cermin
IMPIANA sarankan kepada anda untuk miliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda. Cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik anda. Selain itu, cermin bersaiz besar ini akan memberi lebih kepuasan kepada anda disaat berada di kamar tidur.
Pencahayaan
Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis rekabentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda. Kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi mood yang tenang dan romantik kepada anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur, seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Barulah kamar tidur anda seakan-akan kamar tidur hotel.
Kemasan lembut
Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuai dengan bilik anda. Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi anda, hal ini kerana saat anda keletihan pulang dari bekerja mood anda akan berubah lebih tenang apabila melihat katil, betul atau tidak?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.