Rumah, selain daripada menjadi tempat berteduh ketika hujan serta terik mentari, ianya juga turut menjadi tempat kita menghindari serta membebaskan diri daripada segala kekusutan yang melanda baik di pejabat atau rutin seharian di luar rumah. Kediaman yang kita miliki sepatutnya tenang dan mendamaikan.
Jika kediaman anda terletak di kawasan kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar, anda bertuah, posting kali ini adalah guideline kepada mereka yang menetap di tengah ibu kota yang mungkin di malam hari masih lagi terganggu dengan bunyi bising.
Manfaat Penggunaan Permaidani
Kebanyakan lantai di rumah, disaluti dengan jubin marmar. And boleh bayangkan bagaimana kusutnya kita rasa bila barang terjatuh di atas lantai jubin. Bising sudah pasti, yang tidur lena pasti terbangun. Untuk ini, anda dinasihati untuk menghamparkan karpet yang sesuai dengan tema hiasan dalaman rumah. Karpet berupaya untuk menyerap bunyi bising dan juga berupaya untuk menampung barang yang terjatuh daripada pecah.
Dekorasi kedap bunyi
Langsir dan tirai bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap dekorasi kediaman, malahan ianya amat bermanfaat dalam mengekang bunyi bising dari luar rumah terutamanya jika dinding kediaman anda tidak mampu menjadi barrier menghalang bunyi bising dari luar, anda masih boleh mendengar dengan jelas bunyi kesesakan jalan raya di luar. Cadangan mantap untuk anda adalah, gunakan langsir dari material berkualiti dan tebal. Selain daripada menggunakan langsir serta tirai, anda juga boleh menggantung lukisan kanvas yang boleh menyerap bunyi bising, paling penting pastikan kediaman anda tidak terlalu kosong dengan perabot.
Ads
Gabungan keselesaan dan praktikaliti
Tahukah anda susun atur strategik sofa serta rak buku di kediaman mampu berperanan sebagai silencer yang amat efektif. Tip ini amat praktikal untuk diterapkan di kediaman yang bersambung dengan jiran seperti semi-D dan apartment yang mana jika dinding anda bersambung dengan jiran, kita sering terdengar bunyi ketukan di dinding sebelah. Untuk mengekang isu ini, anda boleh sandarkan sofa berkusyen serta boltkan rak buku di dinding yang bersambung. Selepas itu, susunkan dengan teratur seberapa banyak buku yang ada dalam simpanan anda dan voila, anda tidak perlu lagi merungut bunyi bising dari kediaman sebelah.
Ads
Bahagikan ruang
Ads
Tip ini pula amat berguna untuk anda yang mendiami rumah jenis studio dan townhouse berikutan susunan ruangnya yang berbentuk memanjang dan mempunyai banyak ruang kosong. Tanpa susunan yang betul, suara anda akan bergema segenap ruang kediaman. Anda perlu membahagikan kediaman anda mengikut beberapa seksyen. Penggunaan partition serta pasu bunga sebagai pengasing antara ruang amat sesuai untuk diaplikasikan. Tumbuhan tersebut bukan sahaja mampu bertindak sebagai pemisah antara seksyen bahkan berupaya membekalkan anda udara segar.
Guna perkakas rumah yang cekap bunyi serta tenaga
Tidak dinafikan teknologi terkini sedikit mahal berbanding perkakas lama yang kita gunakan sekian lama. Tidak salah untuk berbelanja lebih dalam usaha memastikan tiada pencemaran bunyi dari kediaman kita sehingga menganggu ketenteraman jiran tetangga. Bayangkan jika anda mula menggunakan perkakas serta alat elektrik di kediaman yang cekap tenaga serta bunyi, pasti kediaman lain pun akan turut serta mengikut jejak langkah positif yang anda terapkan di rumah anda sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memang membimbangkan dari segi keselamatan diri bila kawasan rumah berhampiran semak, kebun mahupun hutan. Ini kerana ia berpotensi serangga dan binatang berbisa seperti ular, lipan serta kala jengking masuk ke dalam rumah.
Dalam keadaan panik mahupun kecemasan, adakalanya kita buntu untuk buat apa, sebelum menghubungi jabatan penyelamat seperti Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Sebenarnya sebagai langkah persediaan, kita boleh beli siap-siap dan simpan satu semburan racun Baygon di rumah. Ini merupakan pesanan dan tip yang digunakan oleh pihak bomba sendiri untuk menghalau ular.
Pesanan BOMBA, simpan satu semburan racun Baygon jenis ini di rumah. InsyaAllah ia berkesan untuk halau Ular, malah kadang kadang mampu untuk membunuh ular.
Semalam memang dia sembur di kawasan yang dikatakan tempat persembunyian ular untuk halau ular keluar. Bomba pun pakai yang ini je katanya. Berdesup keme keluar pergi beli, iyele atenye ulornye tak dijumpai semalam.
Pesanan kakyong: Bermakna semburan racun ini agak ‘kuat’, maka berhati hati ya guna. Takut sesak nafas. Atee ulor pun boleh kiok..apetah lagi kita kita ni.
IMPIANA: Jadi boleh beli sesiap racun semburan Bygon ni, simpan dekat rumah. Manalah tahu waktu kecemasan, ada serangga atau binatang berbisa seperti ular, kita tak panik dan boleh digunakan nanti.
Bilik tetamu tetap nampak luas dan selesa walaupun tersalah beli katil saiz ‘king.’ Ruang yang ada di dalam kediaman usah ‘dibazirkan’ begitu sahaja. Manfaatkan sebaik mungkin. Jangan sekadar dijadikan tempat untuk menyimpan barang.
Bilik tetamu misalnya, adalah satu kerugian jika ruang ini dijadikan stor untuk menyimpan barang. Bukankah lebih baik jika ruang ini dihias dengan sebaiknya. Apa kata kita berikan nafas baru pada ruang bilik tetamu yang selama ini dijadikan tempat untuk menyimpan barang.
Berikut dikongsikan transformasi bilik tetamu yang sebelum ini dijadikan stor untuk menyimpan barang. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menyingkirkan barang-barang yang tidak diperlukan.
Menurut farahlyanana bilik tetamu tersebut bersaiz kecil sahaja. Berlaku pula sedikit kesilapan apabila tersalah beli tilam jenis ‘king’ jadi bedframe pun terpaksalah beli king juga.
Bagaimanapun dengan kreativiti dan susun atur yang tepat, ruang bilik yang sempit tetap nampak luas dan selesa walaupun dimuatkan dengan katil jenis king. Pemilik kediaman memilih catwarna ungu untuk warna latar di bahagian dinding (cat Nippon code Heather Bunch).
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.