Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Rumah Bebas Bunyi Bising

Share

Rumah, selain daripada menjadi tempat berteduh ketika hujan serta terik mentari, ianya juga turut menjadi tempat kita menghindari serta membebaskan diri daripada segala kekusutan yang melanda baik di pejabat atau rutin seharian di luar rumah. Kediaman yang kita miliki sepatutnya tenang dan mendamaikan.

Jika kediaman anda terletak di kawasan kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar, anda bertuah, posting kali ini adalah guideline kepada mereka yang menetap di tengah ibu kota yang mungkin di malam hari masih lagi terganggu dengan bunyi bising.

Manfaat Penggunaan Permaidani

Kebanyakan lantai di rumah, disaluti dengan jubin marmar. And boleh bayangkan bagaimana kusutnya kita rasa bila barang terjatuh di atas lantai jubin. Bising sudah pasti, yang tidur lena pasti terbangun. Untuk ini, anda dinasihati untuk menghamparkan karpet yang sesuai dengan tema hiasan dalaman rumah. Karpet berupaya untuk menyerap bunyi bising dan juga berupaya untuk menampung barang yang terjatuh daripada pecah.

Dekorasi kedap bunyi

Langsir dan tirai bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap dekorasi kediaman, malahan ianya amat bermanfaat dalam mengekang bunyi bising dari luar rumah terutamanya jika dinding kediaman anda tidak mampu menjadi barrier menghalang bunyi bising dari luar,  anda masih boleh mendengar dengan jelas bunyi kesesakan jalan raya di luar. Cadangan mantap untuk anda adalah, gunakan langsir dari material berkualiti dan tebal.  Selain daripada menggunakan langsir serta tirai, anda juga boleh menggantung lukisan kanvas yang  boleh menyerap bunyi bising, paling penting pastikan kediaman anda tidak terlalu kosong dengan perabot.

Gabungan keselesaan dan praktikaliti

Tahukah anda susun atur strategik sofa serta rak buku di kediaman mampu berperanan sebagai silencer yang amat efektif. Tip ini amat praktikal untuk diterapkan di kediaman yang bersambung dengan jiran seperti semi-D dan apartment yang mana jika dinding anda bersambung dengan jiran, kita sering terdengar bunyi ketukan di dinding sebelah. Untuk mengekang isu ini, anda boleh sandarkan sofa berkusyen serta boltkan rak buku di dinding yang bersambung. Selepas itu, susunkan dengan teratur seberapa banyak buku yang ada dalam simpanan anda dan voila, anda tidak perlu lagi merungut bunyi bising dari kediaman sebelah.

 

Bahagikan ruang 

Tip ini pula amat berguna untuk anda yang mendiami rumah jenis studio dan townhouse berikutan susunan ruangnya yang berbentuk memanjang dan mempunyai banyak ruang kosong. Tanpa susunan yang betul, suara anda akan bergema segenap ruang kediaman. Anda perlu membahagikan kediaman anda mengikut beberapa seksyen. Penggunaan partition serta pasu bunga sebagai pengasing antara ruang amat sesuai untuk diaplikasikan. Tumbuhan tersebut bukan sahaja mampu bertindak sebagai pemisah antara seksyen bahkan berupaya membekalkan anda udara segar.

Guna perkakas rumah yang cekap bunyi serta tenaga

  1. Tidak dinafikan teknologi terkini sedikit mahal berbanding perkakas lama yang kita gunakan sekian lama. Tidak salah untuk berbelanja lebih dalam usaha memastikan tiada pencemaran bunyi dari kediaman kita sehingga menganggu ketenteraman jiran tetangga. Bayangkan jika anda mula menggunakan perkakas serta alat elektrik di kediaman yang cekap tenaga serta bunyi, pasti kediaman lain pun akan turut serta mengikut jejak langkah positif yang anda terapkan di rumah anda sendiri.

 

Published by
Impiana