Ikut 6 Langkah Mudah Ini Design Pejabat Mini Yang Selesa Di Kediaman

Share

Selain daripada bertugas sepenuh masa di pejabat sebagai kakitangan kita pasti sudah dibekalkan dengan kemudahan bertugas yang lengkap dan amat penting sekali iaitu ruangan kubikel khas. Ruangan ini kalau tidak membuatkan anda stress dengan timbunan kerja, pasti akan meningkatkan motivasi anda untuk melaksanakan tugas dengan cermat dan efisien walaupun berada di rumah.

Tetapi bagaimana pula jika anda mempunyai tugasan sambilan tetapi memerlukan ruangan pejabat yang sama di rumah?

Anda boleh reka sendiri ruangan pejabat mini di rumah anda. Trik nya mudah sahaja, daripada 3/4 bilik tidur rumah anda, jika salah satu bilik banyak dipenuhi dengan pelbagai longgokan dokumen, buku rujukan, voila!! Anda sudah temui mini ofis anda. Dah jumpa, bagaimana nak hias agar suasananya sama seperti berada di pejabat walaupun kita berada di rumah.

Ikuti tip ini, IMPIANA kongsikan susun atur mini pejabat di kediaman anda.

 Ruang Kubikel Dalam Bilik

Salah satu contohnya adalah, jika anda bekerja sambilan sebagai penulis serta pensyarah yang melibatkan banyak penggunaan kertas. Anda boleh susun atur segala dokumen dengan menggunakan rak susun atur secara menegak. Di bahagian atas adalah tempat dimana anda susun segala dokumen di dalam satu folder khas yang dilabel untuk mengelakkan anda daripada membazir masa mencarinya semula. Bahagian belakang pula, anda boleh letakkan rak buku rujukan mengikut seksyen serta bidang yang anda sedang kaji.

Rak yang memenuhi dinding pejabat

Rak ini berfungsi sebagai tempat anda simpan segala perkakas yang selalu anda gunakan serta membantu anda menjimatkan masa mencarinya semula jika diperlukan. Rak tersebut mesti diisi dengan beberapa laci sorong ke dalam yang mana ianya bertindak sebagai ilusi yang memastikan anda tidak berasa semak dengan segala bahan yang bersepah baik di atas meja atau di atas lantai. Tapi, Ingat, anda mesti letakkan bekas susunan untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan yang baik dan tidak bersepah.

Laci Storan Kompartmen

Apabila anda menyusun dan menyimpan segala barangan dan perkakas, kita mudah untuk terlupa laci yang mana satu kita simpan seperti contoh, stapler, pen highlighter dan sebagainya. Untuk membendung isu ini, anda disarankan untuk meletakkan label di setiap hadapan permukaan laci. Ini akan membantu anda untuk membuang masa mencari semula di mana letaknya pen anda.

Bekas Plastik

Nak beli laci, kena tempah skali wheel runway nya, tak boleh beli laci sahaja. Isu kos tambahan pasti akan berbangkit. Anda boleh DIY sendiri runway laci anda dengan harga yang murah dan gunakan laci plastik yang jauh lebih menjimatkan daripada ditempah khas. Anda boleh susun atur dari ruang simpanan besar di bahagian bawah kepada ruang storan minimum di bahagian atas.

Haluan udara segar

Bilik pejabat anda juga sama sepertimana ruang tamu dan dapur. Ianya memerlukan laluan udara yang efisien bagi memastikan anda tidak cepat mengantuk dan rasa mual berada di dalam bilik pejabat tanpa sirkulasi udara yang sihat. Pastikan anda memasang pendingin hawa yang akan sentiasa memberikan anda kesegaran dan mengeluarkan segala habuk dalam udara, tetapi jika anda ingin berjimat, anda boleh memasang kipas berdiri dan paling penting sekali, wujudkan jendela di pejabat rumah anda. Udara segar masuk dan keluar tanpa halangan.

Berbelanja untuk kerusi kerja 

Kalau seorang pemain permainan atas talian ada kerusi khas, sama juga kerusi di pejabat rumah anda. Tidak semestinya anda membeli kerusi yang sama sepertimana kerusi di pejabat anda, Ingat anda ketika ini berada di rumah, otak anda pasti sudah set yang anda akan berehat dan lupakan sekejap segala kerja di pejabat, beli kerusi kerja yang selesa agar otak anda boleh set untuk terus melakukan kerja walaupun berada di rumah.

 

Pilih Warna Cat Tema Segar

Lupakan warna cat yang bertemakan ofis anda. Tekapkan warna cat bertemakan warna alam atau lebih mudah catkan bilik pejabat rumah anda dengan warna yang anda sukai. Anda perlu pastikan motivasi anda untuk bekerja di rumah tinggi dan elemen warna memainkan peranan yang amat penting.

Wujudkan ruang inspirasi 

Jika di pajabat, anda letakkan gambar keluarga anda sebagai inspirasi untuk terus bekerja dan sentiasa efisien. Di rumah, lakukan perkara yang sama tetapi berlainan sedikit dengan meletakkan gambar potrait figura berjaya atau mercu tanda terkenal dunia sebagai pilihan lain atau kereta idaman serta kumpulan muzik kegemaran anda ataupun petikan kata-kata hikmat.

 

 

 

Published by
Impiana