Ilham Suai Padan Memerlukan Keseimbangan Warna Dan Gaya

SUAI PADAN WARNA NATURAL DAN WARNA PANAS SERTA  DINGIN DALAM SATU RUANG. MASIH TIDAK NAMPAK KETERLALUAN MALAH SEDAP MATA MEMANDANG

Bohemian, Eklektik, Moden klasik, segalanya disuai padan agar menampilkan satu gaya yang tersendiri. Ramai di kalangan kita menyatakan kediaman mereka adalah suai padan. Namun sejauh mana suai padannya itu? Biar apa pun yang kita pilih, keseimbangan dalam dekorasi sangat penting. Bukan sekadar perabot cantik dan dempak. Tetapi keseimbangannya dalam sebuah ruang. Adakah sesuai dan menyerlahkan di antara satu dengan lain atau tidak?

Ilham Suai Padan Memerlukan Keseimbangan Warna Dan Gaya

Ads

PELBAGAI REKAAN , BENTUK DAN GAYA. NAMUN DIHARMONIKAN DENGAN KELOMPOK WARNA KEDAM DINGIN YANG SAMA. CORAK HARIMAU BINTANG MENCURI PANDANG DITENGAH-TENGAH KELOMPOK PERABOT POLOS.

Warna juga memainkan peranan penting. Ruang adakala perlu dikejutkan dengan 1 warna asing. Agar tidak kekal kejung dan membosankan. Apa yang paling penting adalah keseimbangan antara warna. Seperti konsep Bohemian yang mewah dengan warna namun pemilihan warnanya perlu berada dalam kelompok yang tepat. Tone yang sama.Bukan sesuka hati. Bagaimana pula eklektik? Yang mencampurkan lama dan baru timur dan barat. Apakah elemen penting yang perlu ada dalam semua perabot ini.

Ads

Ilham Suai Padan Memerlukan Keseimbangan Warna Dan GayaNILAI KONTRA TAPI TAMPIL HARMONI? BAGAIMANA? PILIHAN PELBAGAI RONA HIJAU YANG BERBEZA NAMUN BILA DILIHAT SECARA KESELURUHAN, IA TAMPIL INDAH.

Bersama keseimbangan yang bijak ruang pasti akkan tampil lebih elegan dan mewah. Anda tidak perlu terburu-buru. Pemerhatian yang tepat perlu ada dan rajin-rajin melihat rujukan. Simple-simple je di IMPIANA.

Ads

Ilham Suai Padan Memerlukan Keseimbangan Warna Dan Gaya

PADANAN KLASIK, RETRO, FUTURISTIK DALAM SEBUAH RUANG. MASING-MASING BEGITU UNIK DAN SEIMANG TANPA ADA MANA-MANA YANG MENDOMINASI TITIK TUMPU RUANG INI.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI