IMPIANA Bawa Anda Gaya Hidup Eksklusif Dengan Ervina

Share

Bayangkan jika kediaman anda terletak dilereng bukit dengan deruan angin segar serta pemandangan yang luas tanpa halangan. Inilah yang dikatakan dengan syurga dunia. ‘Rumahku Syurgaku’ di mana anda masih boleh miliki kediaman seumpama ini. Jom! IMPIANA kongsikan pengalaman IMPIANA tatkala berada di kawasan kediaman tersebut.

Ervina di Ara Sendayan kini menjadi buah mulut ramai dengan lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur serta kedudukan lokasi yang cukup strategi. Siapa yang tidak mahu kedudukan rumah mereka tinggi dari kediaman lain. Di tambah pula dengan pemandangan luas tanpa dihalang dengan bangunan atau binaan lain.

Baru-baru ini IMPIANA ada bercerita mengenai mengapa harus miliki kediaman di Sendayan. Tetapi kali ini, kami bawa para pembaca jelajah kediaman pilihan IMPIANA. Lokasi perumahan Ervina ini cukup eksklusif dengan hanya 46 unit sahaja dibina di atas bukit. Ha! Bayangkan anda salah seorang pemilik tersebut.  Ervina merupakan fasa kediaman terakhir Ara Sendayan iaitu kawasan kediaman kepadatan rendah yang eksklusif. Kediaman pegangan bebas jenis Semi-D dua tingkat ini ada empat jenis keluasan;

  • Type A – 45’ x 85’ / 50’ x 100’
  • Type B – 45’ x 100’ / 50’ x 100’
  • Type C1 – 70′ x 85′
  • Type C2 – 70′ x 85′

Kediaman Ervina ini bakal memberi kepuasan yang maksimum kepada setiap pemiliknya. Bukaan kediaman yang luas mampu memberi keselesaan bagi yang baru berumah tangga mahupun sudah dan ingin menambah ahli keluarga. 4 bilik tidur, 5 bilikair, 1 powder room dan 2 bilik utiliti sudah pastinya selesa.

Menariknya lagi pemilik Ervina ini akan dibekalkan dengan Broadband percuma selama satu tahun dan keselamatan terjamin dengan pemasangan CCTV lengkap serta penggera keselamatan berserta butang panik.

Pada kebiasaannya bila anda membeli rumah, pemilik akan mula berfikir dekat mana nak letak penghawa dingin dan mula menebuk dinding dan sebagainya bukan. Di Ervina 7 nos tempat penyaman udara dan 8 nos kipas siling telah disediakan.

Kemasan lantai kayu dari tangga, ruang keluarga dan bilik tidur pada tingkat atas membuatkan kediaman ini terasa tenang dan nyaman. Kediaman di Ervina ini lengkap dengan sistem solar air panas dan rain water harvesting system. Hmmm…. Susahkan nak bandingkan dengan kelebihan yang pemaju Matrix Concepts ini berikan berbanding dengan rumah yang lain.

IMPIANA memang berkena sungguh dengan kediaman ini. Satu lagi sebelum terlupa nak kongsikan bersama anda, jika anda memiliki rumah disini keahlian eksklusif di Country Club d’Tempat secara percuma sehingga lapan tahun untuk anda.

Selain itu fasiliti seperti Sunken Seating, Amphitheater, gazebo atau dek tinjau, taman permainan, Outdoor Gymnasium, Cheese Play Wall, Reflexology Path dan Barbeque Pit melengkapkan kediaman Ervina ini untuk aktiviti bersama keluarga.

Jom tonton dan nikmati keindahan kediaman Ervina dalam aplikasi 360 ini.

Tergoda dengan kediaman ini? Pasti anda sedang tersenyum dan mula berbincang untuk pergi melihat dan merasai keindahan dan suasana di sanakan. Jadi, mulakan perancangan masa depan anda bersama pelan Matrix’s HomeMade dan nikmati ganjaran berganda. Kalau anda nak tahu apa kelebihan yang pihak Matrix’s berikan pada semua pemilik ialah duti setem dikecualikan (Di bawah Kempen HOC 2020), percuma yuran guaman, percuma perkhidmatan internet jalur lebar selama setahun dan banyak promosi lagi! Tunggu apa lagi!

Jika hati dah mula berkenan tunggu apa lagi  layari www.arasendayan.com.my atau hubungi talian bebas 1800882688 atau terus ke Matrix Galleria @ Ara Sendayan.

Bagi memudahkan semua, anda boleh mendaftarkan di link yang di sediakan ini https://bit.ly/AraSendayanErvina. 

 

 

 

Published by
Team Impiana