Impikan Bilik Tidur Bak Hotel Mewah? Ikut Tip Ini

Share

Salah satu perkara yang paling menyenangkan ketika pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup mewah ketika tinggal dihotel hotel. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan?

Tidur dibilik hotel pula pastinya extra lena dan selesa. Bagi mendapatkan kamar tidur ala hotel 5 bintang, tidaklah susah sebenarnya. Ikut dulu tip yang telah IMPIANA sediakan ini.

SKEMA WARNA
Pilih rona neutral buat bilik tidur anda untuk tampak tenang dan sofistikated, saling tak tumpah seperti bilik hotel mewah yang menyajikan kita dengan aura nyaman dan selesa. 

PERABOT STATEMENT
Pemilihan perabot boleh boleh dilakukan mengikut kesesuaian ruang dan keutamaan tetapi untuk memberikan bilik tidur anda feel seperti di hotel, jangan lupa sertakan perabot yang menonjol dan boleh dijadikan titik fokal mahupun tarikan utama di dalam ruang tersebut.

KEMASAN LEMBUT & CADAR MEWAH
Pastikan kemasan lembut anda terdiri dari bahan-bahan berkualiti kerana ia mampu menambah gaya mewah pada ruang. Selain itu cadar tilam/katil dan juga sarung bantal biarkan saja polos untuk tampil elegan.

PENCAHAYAAN
Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.

STAIL & AKSESORI

Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.

 

LIHAT JUGA: TRANSFORMASI APARTMENT MACAM HOTEL, CIRI-CIRI HOMESTAY YANG BAIK

 

 

Published by
Amalina