Kediaman indah bagaikan ‘syurga’ buat setiap penghuninya.Terpana dengan seni dekorasi kediaman dengan konsep ini yang nampak moden namun tetap mempunyai perincian elemen klasik dalam rekaan.
Setiap perancangan konsep rekaan rumah, pemilihan material mahupun perletakan susun atur digarap sempurna, hasil pemilik yang ‘berjiwa’ senibina.
Kediaman jenis kondominium dengan keluasan 2700 kaki persegi, yang terletak di aras bawah ini berjaya menjadi mahligai indah buat pemilik, Akram Frijand Ali yang juga seorang arkitek berpengalaman.
Bagi pemilik pemilihan konsep Neo-Colonial cukup dekat dihati.Beliau inginkan konsep yang tidak terlalu moden dan pada masa yang sama ia tak terlalu klasik. Namun, elemen klasik itu tetap ada dalam rekaan di sudut kediamannya.
“Saya suka pergi (melancong) ke negara Timur Tengah dan India. Negara tersebut cukup dekat di hati.Perincian rekaan kediaman saya mahukan berinspirasikan Moghul,” ujar Akram.
Berkongsi cerita mengenai rumah kesayangan yang hampir 3 tahun menjadi tempat berteduh, keutamaan dekorasi rumah adalah ruang tamu dan ruang makan. Item dekorasi mahupun perkakasan rumah banyak dibeli dan mendapat inspirasi ketika melancong di luar negara. Kebanyakan perabot serta kemasan dinding pula ditempah khas (custom made) mengikut citarasa sendiri.
Kelebihan kediaman terletak di aras bawah, ia turut dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi. Istimewa dilengkapi buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman. Pemilihan landskap laman berkonsep Bali Moden pula cukup membuatkan saujana mata yang memandang, sekaligus melengkapkan lagi kediaman indah ini.
Nama Pemilik: Akram Frijand Ali
Jenis Kediaman: Kondominium
Lokasi: Mont Kiara
Usia Kediaman: 3 Tahun
Keluasan Kediaman: 2700 + 850 (laman)kps
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 Bilik + 4 bilik air + Private Garden
Konsep Kediaman : Neo-Colonial
Pereka Hiasan Dalaman: @myrafeedesign
Pereka Landskap: Tiara Bali Concept
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.