Apakah membuatkan kediaman anda kelihatan sempurna? Sudah tentulah rekaan seni dalamannya. Namun bukan itu sahaja yang perlu anda fikirkan. Selain konsep dekorasi tertentu dengan aturan perabot yang gah, sentuhan segar perlu diwujudkan dalam apa jua ruang. Apa yang perlu anda buat adalah meletakkan bunga-bunga segar di dalam pasu yang berpadanan.
Sekiranya anda tidak pasti jenis dan warna bunga yang sesuai, paling selamat untuk anda indahkan ruang di dalam kediaman adalah dengan memilih bunga berwarna putih. Anda boleh kombinasikan bunga putih ini dengan pilihan pasu yang cantik atau aksesori perhiasan berwarna lain. Percayalah, pasti kediaman anda akan kelihatan bersih, cozy dan elegan. #
GODAAN DI RUANG TAMU
Di dalam kediaman, ruang tamu menjadi tempat yang perlu diutamakan. Baik dari segi dekorasi dan pemilihan perabot, kehadiran bunga putih yang dipamerkan di atas meja kopi bersebelah aksesori perhiasan lain mampu mengundang kemesraan. Malah juga membangkitkan aura elegan keseluruhan ruang tersebut. Untuk ruang ini, pilihlah bunga jenis gugusan kelopak besar dan merimbun seperti Lili, Ros, Hydrangea atau Hyacinth putih. Sebaik-baiknya gunakan bunga hidup yang diletakkan di dalam pasu atau balang berkaca telus pandang.
Ads
KETENANGAN RUANG BERADU
Bilik tidur yang ringkas mampu tampil lebih mempesona dengan kehadiran bunga-bungaan. Ia juga membuatkan keadaan sekitar menjadi segar dan tenang. Anda boleh menambah kreativiti sendiri dengan meletakkan bunga dalam pasu atau bekas rekaan menarik. Bunga putih seperti Ros, Carnation dan Kekwa dapat juga melembutkan suasana. Bersama bunga tersebut, adun elemen hijau dengan mengubahnya bersama daun paku-pakis.
PENYERI MEJA MAKAN
Ads
Seperti juga di ruang tamu, hiasi meja makan anda dengan bunga-bungan segar. Mungkin kelihatan agak kaku jika hanya mempamerkan pinggang mangkuk, sudu dan garfu atau gelas dan cawan sahaja di atasnya. Tambahan pula jika ia berwarna putih, perak atau telus pandang. Tetapi kehadiran bunga akan menambah seri pada ruang ini.
Sebagai panduan, anda boleh gabungkan bunga putih dan warna lain dalam kumpulan bunga yang sama. IMPIANA syorkan anda meletakkan bunga Hydrangea atau Ros dan pastikan bunga digubah lebih tinggi daripada bekas lilin, gelas dan sebagainya.
Ads
KAMAR MANDI SEGAR MEWANGI
Bilik mandi atau bilik air antara ruang yang jarang diberikan perhatian pemilik kediaman di negara kita. Kadang kala ruang yang suram tanpa dekorasi menarik ini juga dibiarkan sehingga menyebabkan bau kurang mesra. Tidak kira seringkas mana dekorasi di ruang bilik mandi anda, cuba hadirkan suasana lebih wangi. Bunga putih bukan hanya kelihatan suci tetapi menambah seri ruang ini. Walaupun sekuntum bunga Orkid, Lili , Harum Sundal Malam atau Tuberose mampu mewangikan ruang ini.
SUNTIKAN LEMBUT DI DAPUR
Tidak ketinggalan ruang dapur juga perlu disuntik rasa segar dan tenang. Kehadiran bunga-bungaan putih mampu mewujudkan aura lembut dan lapang. Letakkan jambangan bunga Ros, Kekwa atau Orkid putih hidup pada satu sudut yang sedikit jauh daripada ruang memasak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Peti sejuk adalah salah satu perkakas yang wajib ada di setiap kediaman. Sama ada di kawasan dapur atau ruang makan mahupun di dalam bilik tidur, peti sejuk yang berfungsi dengan baik merupakan nikmat bagi setiap pemilik. Alat ini dapat memastikan bahan masakan mentah sentiasa fresh dan tahan lama.
Ada pelbagai langkah nak buat peti sejuk nampak ceria dan kemas, teratur. Salah satunya ada dikongsi pada laman sosial saudara Rafiuddin Idris. Pemilik telah DIY sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bajet yang mampu dibeli oleh semua orang. Mudah sahaja dan dapat jimat pulak tu!
Bahan yang diperlukan :
Pelekat cermin bercorak
Pisau atau Gunting
Kain bersih
Botol spray yang diisi air sabun
Langkah-langkahnya :
#1 Semburkan air sabun pada permukaan tray yang telah dibawa keluar dari peti sejuk
#2 Ambil pelekat cermin dan ukur mengikut saiz tray sebelum ditampal
#3 Lap permukaan tray yang telah ditampal pelekat menggunakan kain bersih
#4 Lakukan step yang sama pada kesemua tray dari peti sejuk anda
#5 Pasangkan semula tray pada tempat sepatutnya
DAH SIAP!
Selamat Mencuba semua!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mak-mak memang takot nak guna sofa atau kerusi yang menggunkan fabrik berona cerah seperti baige, putih, kelabu terang dan sebagainya. Ia disebabkan risiko mudah kotor. Kebiasaanya, cara membersihkan kotoran pada fabrik sofa menggunakan air dan sabun. Tapi, sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan yang penting tak ada kesan kotoran langsung.
Nurul Wahyu berkongsi tip membersihkan tompokkan kotoran pada sofa yang menggunakan fabrik berona cerah di dalam group facebook Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY
Nak share, haritu ada ahli tanya macam mana ye nak hilangkan kesan tompok pada sofa yang warna terang. ada ahli kelab ni share kata pakai air panas. so saya dah buat. memang berkesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bau Kepam Dan Hapak Dalam Kabinet Dapur. Kabinet dapur jenis kedap dan tak mempunyai aliran pengudaraan memang mudah berbau hapak. Hal ini lebih teruk bagi kabinet yang jarang sekali dibuka. Ia disebabkan udara yang terperangkap tidak dapat mengalir keluar dan diganti dengan udara baru.
Bau hapak ni bukan sahaja terperangkap di dalam almari malah melekat pada barang yang tersimpan di dalamnya.Tambahan ia menjejaskan rasa dan mau makanan juga. Oleh sebab itu, hal kabinet dapur berbau hapak perlu di atasi segera.
Nak hilangkan bau hapak dalam kabinet dapur ni bukan boleh pakai lap macam tu sahaja. Ada langkah-langkah yang perlu anda lakukan.
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah mencari sumber bau hapak. Keluarkan semua barang yang tersimpan termasuk alas yang digunakan jika ada. Setelah dikosongkan, periksa setiap bucu dan langit-langit kabinet
2. BIARKAN PINTU KABINET DAPUR TERBUKA UNTUK PENGUDARAAN
Biarkan pintu kabinet terbuka seketika untuk membolehkan udara yang terperangkap keluar. Udara baru yang mengganti dan cahaya matahari dan membantu mengurangkan kelembapan yang mungkin juga menjadi punca ia berbau hapak. Kalau anda menggunakan kabinet dapur mudah alih, digalakkan untuk jemur terus di bawah terik matahari
Cuka adalah salah satu zat efektif untuk menghilangkan bau hapak dan membasmi kulat. Tapi, sebelum sembur pada keseluruhan kabinet, cuba seburkan pada sebahagian kecil permukaan untuk memastikan tiada reaksi atau tindak balas yang merosakkan metarial.
Jika tiada tindak balas, semburkan cuka pada keseluruhan bahagian kabinet dapur tanpa ada yang tertinggal. Kemudian, lapkan dengan kain microfiber sehingga kering. Biarkan dalam 2 jam, dan bilas dengan kain lembap bersih dan biarkan lagi 2 jam sebelum anda susun semula barang di dalamnya.
Selain menggunakan cuka, boleh juga cuba “citrus cleaner” untuk aroma yang lebih wangi dan segar hilangkan Bau Kepam Dan Hapak Dalam Kabinet Dapur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.