Sebelum anda membuat keputusan mahu memiliki rumah ‘landed’ adalah sangat penting untuk kita mengetahui kelebihan dan kekurangan sebelum membelinya.
Bukan itu sahaja, sebagai pembeli anda juga harus mengkaji kelebihan dan kekurangan memiliki kediaman jenis ‘rumah landed’ ini untuk kesan jangka masa panjang.
Jadi, mari kita lihat kelebihan yang ada pada kediaman jenis ‘rumah landed’ ini.
Kelebihan ‘Rumah Landed’
1.Ruang yang lebih besar
Rumah bertanah atau rumah bawah ini adalah sememangnya amat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Ini kerana, rumah ‘landed’ kebiasaannya memiliki ruang yang lebih luas dan besar.
Jadi, sudah pastinya rumah ‘landed’ adalah pilihan yang sesuai khusus bagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai.
Selain itu, anda juga bebas untuk membuat pengubahsuaian dan modifikasi pada rumah anda tanpa perlu membimbangkan kekangan saiz kediaman anda.
2. Nilai jualan semula yang tinggi
Bergantung pada lokasi dan infrastruktur berhampiran, harga rumah ‘landed’ biasanya akan naik dengan lebih cepat dalam jangka masa panjang.
Malah, ada baiknya anda menyimpan hartanah ini sekurang-kurangnya untuk lima tahun sebelum menjualnya untuk mendapatkan pulangan yang lebih bagus.
3.Suasana tenang dan sunyi
Oleh kerana ruang yang terhad di pusat bandar raya yang kepadatan penduduknya tinggi, anda akan dapati rumah ‘landed’ umumnya terletak jauh dari kesibukan kota dan lebih tenang.
Jadi, dengan rumah ‘landed’ ini anda akan memiliki persekitaran yang lebih tenang dan sunyi.
Di samping itu, ruang yang lebih besar dari satu rumah ke rumah akan mengurangkan gangguan akibat bunyi bising jiran sekeliling. Baru lah seronok kan?
Kekurangan ‘Rumah Landed’