Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia kini kembali lagi melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” bagi mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau.
Kempen “MIAOWMORI IKONIK” telah dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya pagi ini akan diikuti dengan jerayawara menarik yang bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023.
Encik Jason Ch’ng ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, “Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang.
“Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.”
Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”.
Ads
Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama.
Miaow Miaow sentiasa berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu.
Ads
Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza.
Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Hotel De Art yang cukup terkenal dengan keunikan rekabentuk biliknya yang mempunyai pelbagai tema sekali lagi mengorak langkah dengan merangkul anugerah emas bagi kategori Creative & Innovative Boutique Hotel. Anugerah tersebut disampaikan dalam satu acara gilang gemilang anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018 semalam. Majlis yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah.
Pengasas dan juga CEO Hotel De Art Sdn Bhd, Jenny Liow menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato’ Dr.Ammar A.Ghafar, Pengarah Tourism Malaysia. Pernah merangkul anugerah Selangor Excellence Bussiness Award 2017, Jenny Liow berkata pencapaian kali ini memberi semangat baginya meluaskan lagi sektor perhotelan berkonsepkan butik di mata dunia.
Hotel De Art yang mula beroperasi awal tahun 2010 milih Seksyen 7, Shah alam sebagai lokasi pertamanya dan kini berdiri megah dan terus berkembang sehingga menpunyai lima cawangan secara keseluruhan di sekitar Lembah Klang. Perancangan dalam masa terdekat, Hotel De Art bakal menambah rangkaian hotelnya. Dengan menampilkan konsep yang berbeza melalui paparan dekorasi atau tema bilik yang tersendiri setiap satunya, Hotel De Art adalah antara pelapis awal yang mengetengahkan konsep butik yang sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Puteri Disney seperti Cinderella, Belle dan Ariel adalah pahlawan wanita yang dikagumi ketika membesar, tetapi sikap dan watak mereka yang tidak kenal takut bukanlah satu-satunya perkara yang sama – palet warna mereka juga serupa. Sebenarnya, kebanyakan puteri Disney yang ikonik memakai warna biru – dikenali sebagai ‘Disney Blue’.
Dari jubah biru berais Queen Elsa hingga gaun biru Cinderella, Disney sangat menyukai penampilan biru khas, dan itu bukan kebetulan. Leatrice Eiseman dari Pantone Color Institute mengatakan bahawa pemberdayaan wanita adalah alasannya: “Anda menambahkan sedikit kekuatan pada watak dengan memberinya warna biru. Ini adalah cara yang sangat halus untuk mengatakan, ‘Ya, tetapi wanita muda, gadis muda, juga dapat diberi kuasa.’ “
Dengan ini, kami menyiasat palet warna dari 12 puteri Disney rasmi dengan lebih terperinci dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada hiasan dalaman rumah anda. Untuk melakukan ini, kami mengenal pasti tiga warna utama yang digunakan bagi setiap puteri Disney. Warna cat yang paling sesuai dari julat Pantone untuk setiap watak dinilai untuk membuat palet warna untuk puteri Disney yang paling popular untuk membantu mereka yang merindukan dalaman yang diilhamkan oleh Disney.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang masih mencari kedai barang keperluan dan kelengkapan untuk haiwan peliharaan yang murah, anda boleh boleh singgah ke kedai Oyen Ohyeah Pet Shop yang terletak di Batu Caves, Selangor.
Apa yang menariknya mengenai kedai haiwan peliharaan ini, semua barang keperluan dan kelengkapan dijual dengan harga bermula serendah RM9.90!
Bukan sahaja harganya murah malah sangat berpatutan untuk kepada para pembeli. Misal contoh sekampit pasir kucing (cat litter) kalau harga di pasaran di jual sekitar RM15 sehingga RM 20.
Tetapi di kedai Oyen Ohyeah Pet Shop di jual dengan harga serendah RM9.90 sekampit yang pastinya akan dapat menjimatkan wang anda!
Selain pasir kucing, terdapat juga makanan serta aksesori untuk haiwan peliharaan kesayangan anda jual di sini. Memang rambang mata dibuatnya!
Bukan apa, sebab semua barang aksesori yang dijual di sini semuanya cantik-cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Tetapi kalau dah harganya murah, apa salahnya kalau kita borong semua, betul tak?!
Untuk pengetahuan anda, Oyen Ohyeah Pet Shop juga turut memiliki dua lokasi cawangan lain yang terletak Sri Gombak dan Wangsa Maju selain di Batu Caves.
Jadi, anda boleh lah pergi ke mana-mana lokasi cawangan kedai yang berdekatan dengan rumah anda. Mudah kan?
Semoga perkongsian ini boleh menjadi informasi yang bermanfaat kepada anda semua pencinta haiwan peliharaan khususnya! Jangan buang masa lagi, cepat serbu ke kedai Oyen Ohyeah Pet Shop sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.