Berita

Ingin Mengimbau Kembali Memori Nostalgia Kanak-Kanak, Miaow Miaow Lancarkan Kempen ‘Miaowri Ikonik’

Share

Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia kini kembali lagi melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” bagi mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau. 

Kempen “MIAOWMORI IKONIK” telah dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya pagi ini akan diikuti dengan jerayawara menarik yang bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023.

Encik Jason Ch’ng ketika mengulas mengenai kempen itu berkata, “Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang.

“Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.”

Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”. 

Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama. 

 

Miaow Miaow sentiasa berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu. 

Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza. 

Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan. 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Cara Mudah Untuk Masak Daging Sampai Empuk, Tak Perlu Guna Pressure Cooker Pun!

 

Published by
Nazar Rafiqhi