Anda sudah berasa bosan dengan lampu kalimantang biasa yang ada di kediaman anda? Kini sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada sesuatu pembaharuan yang lebih moden dan berteknologi tinggi.
Jika anda inginkan ruang dalaman dan laman rumah anda tampak lebih mewah, anda sememangnya disarankan untuk menggunakan lampu dinding LED moden ini.
Dengan penggunaan lampu LED ini, secara tidak langsung ruang dalaman rumah anda automatik akan tampak lebih bergaya, moden dan berteknologi tinggi.
Bukan itu sahaja, lampu dinding LED ini boleh digunakan di ruang dalaman dan kawasan luar rumah. Untuk mentol lampu dinding LED ini pula ada pelbagai saiz yang anda boleh pilih bergantung kepada saiz ruang yang hendak dipasang.
Lihatlah hasilnya, memang tampak lebih elegan dan mewah kan? Kalau begini gayanya, barulah boleh memukau mata para tetamu yang datang ke rumah anda!
Sekiranya anda mahu mendapatkan lampu dinding LED seperti ini, ada boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Jalankan Kegiatan Sewa Hartanah Di Kuala Lumpur, Wanita Dari Negara Jiran Berjaya Memperoleh Pendapatan Bersih RM25,000 Sebulan!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ciri Rak Penyimpanan & Kabinet TV Yang Lebih Praktikal
Ruang menonton juga memerlukan ciri yang cukup menarik agar tampak lebih mewah dan bergaya dalam konsep pilihan pemilik rumah.
Salah satu aksesori wajib di ruang tamu tentulah televisyen, bukan? Tanpa sebuah TV rasanya bagai tidak lengkap ruang ini.
Terdapat pelbagai cara nak “display” televisyen bagi melengkapi ruang tamu kediaman tetapi tidak semua cara sesuai. Jika tak kena gayanya, mungkin akan tampak bersepah dan serabut dengan wayar yang berselirat dan perhiasan yang berhabuk.
Jadi kali ini IMPIANA ada himpunkan beberapa idea kabinet tv dengan ruang penstoran agar sudut ini akan sentiasa tampil kemas dan menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Singapura WAJIBKAN Lesen & Tanam Mikrocip Bela Kucing Di Kediaman
Isi Kandungan
ToggleSingapura WAJIBKAN Lesen & Tanam Mikrocip Bela Kucing Di Kediaman. Berbanding peraturan dan larangan sebelum ini yang tidak membenarkan haiwan seperti kucing dipelihara di flet HDB dilaksanakan sejak 1989, dengan pesalah dikenakan denda sehingga SGD$4,000 (RM13,935).
Namun berita baik, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September ini.
Perlesenan, Mikrocip Kucing
Menurut Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara, ia akan bermula selepas tempoh peralihan selama dua tahun untuk pemilik kucing memenuhi keperluan pelesenan dan mikrocip.
Peraturan itu akan membenarkan sehingga dua ekor kucing dipelihara di setiap flet HDB dan tiga ekor kucing untuk setiap kediaman persendirian, dengan pemilik dikehendaki melesen dan memasukkan mikrocip.
“Mereka yang mempunyai lebih banyak kucing daripada had untuk flet HDB dan premis persendirian akan dibenarkan menyimpan semua kucing peliharaan sedia ada mereka jika mereka melesenkannya dalam tempoh peralihan ini,” katanya.
Permohonan lesen tersedia dalam talian melalui portal Sistem Pelesenan Haiwan-Haiwan AVS mulai 1 September ini.
Pemohon kali pertama perlu melengkapkan kursus pemilikan haiwan peliharaan dalam talian secara percuma yang meliputi kemahiran asas penjagaan haiwan peliharaan dan pemilikan bertanggungjawab.
Perlesenan Percuma Tempoh Peralihan
Pelesenan adalah percuma dalam tempoh peralihan dua tahun dari 1 September 2024, hingga 31 Ogos 2026.
Selepas itu, akan dikenakan bayaran SGD$15 (RM52) bagi lesen untuk kucing yang dimandulkan dan SGD$90 (RM314) untuk kucing yang tidak dimandulkan bagi tempoh setahun.
Orang ramai juga digalakkan untuk memandulkan kucing peliharaan mereka untuk mengelakkan pembiakan yang tidak diingini.
Lesen yang dikeluarkan ketika tempoh peralihan adalah sah seumur hidup untuk kucing yang dimandulkan, manakala bagi kucing yang tidak dimandulkan, lesen hanya sah ketika tempoh peralihan.
Program Sokongan Pemandulan Kucing Peliharaan
Secara berasingan, Program Sokongan Pemandulan Kucing Peliharaan juga akan dilancarkan oleh AVS pada 1 September ini.
Ia menyediakan pensterilan dan mikrocip percuma kepada isi rumah berpendapatan rendah untuk kucing peliharaan mereka.
Memelihara kucing tanpa lesen mulai 1 September 2026 adalah menjadi satu kesalahan, dengan pemilik kucing boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM17,419) kerana tidak mematuhi syarat pelesenan, sama seperti peraturan sedia ada untuk pemilik anjing.
Larangan ke atas kucing peliharaan di flet HDB dilaksanakan sejak 1989, dengan pesalah dikenakan denda sehingga SGD$4,000 (RM13,935).
Bagaimanapun, tindakan biasanya hanya diambil terhadap pemilik sekiranya terdapat aduan mengenai kucing mereka yang menyebabkan gangguan kepada orang lain.
Mesti Baca:Pemilik Kediaman Sanggup Berhabis Ubahsuai Bina Rumah Kucing Khas Di Anjung Rumah
Baca Lagi Di Sini:Atasi Bau Kucing Di Rumah Guna Bahan Dapur Ini, Berkesan & Mudah
Artikel Menarik:Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya
IMPIANA: Di Singapura, nak bela kucing di rumah kena lebih bersistem, perlu ada lesen & tanam mikrocip bagi memelihara hak haiwan dan orang lain.
Sumber: Bharian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petani Muda GAZA Usaha Tanam Sayur Atas Bumbung Untuk Jiran Kelaparan
Isi Kandungan
ToggleBerbudi pada tanah banyak manfaatnya. Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
Mesti Baca:Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!
Baca Lagi Di Sini:10 Pokok Sesuai Tanam Tempat Teduh & Sejuk, Tak Boleh ‘Direct’ Matahari!
Artikel Menarik:10 Tanaman Musim Panas, Kurangkan Risiko Tanaman Mati
IMPIANA: Tahniah atas inisisatif petani muda ini memulakan tanaman sayur-sayuran ini, meskipun bukan mudah dalam situasi perang namun tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Terbaik.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI