Ada tak di kalangan anda yang suka dengan suasana romantik tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mewujudkan suasana tersebut dalam rumah anda?
Tidak dinafikan, suasana romantik ini sememangnya penting bagi pasangan suami isteri supaya keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga dapat kekal berterusan.
Jadi, bagi pasangan suami isteri yang sudah atau baru sahaja mendirikan rumah tangga ingin mewujudkan suasana romantik amat disarankan untuk memiliki lampu berkaki seperti ini di rumah.
Jika kita lihat pada struktur reka bentuk lampu berkaki ini sememangnya unik dan tampak berbeza daripada yang lain. Jarang-jarang kita dapat lihat lampu berkaki yang berbentuk floral seperti ini kan?
Bukan itu sahaja, lampu berkaki ini mempunyai reka bentuk yang bercabang tiga seakan-akan seperti sebatang pohon bunga yang moden maka oleh kerana itu membuatkan lampu berkaki ini tampak romantik sekaligus menwujudkan suasana romantik ruang dalaman rumah.
Untuk pengetahuan anda, lampu berkaki ini didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu hitam dan putih.
Manakala, harga bagi lampu berkaki ini pula dijual dengan harga yang sangat berpatutan kerana anda boleh mendapatkan ia dengan harga serendah RM200 sahaja.
Sekiranya anda ingin mendapatkan lampu berkaki ini, anda boleh memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: ‘Free Postage’ Bagi Semenanjung Malaysia Kecuali Sabah & Sarawak, Wajarkah Untuk Dimansuhkan?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Tip Mudah Bersihkan Kerak Hangus Pada Periuk Dan Kuali
Memang sakit mata bila lihat kesan hangus pada periuk. Tak kira lah di dalam mahupun di luar.
Dulunya periuk di sangkut pada dinding cantik-cantik belaka
Tapi bila dah berkerak bontotnya sakit mata.
Wah! berpantun pula. Bagi wanita yang memang sentiasa mendedikasikan diri dekat dapur tu, ini antara masalah yang tak boleh diterima. Maka berlaku lah adegan sental periuk seperti kena dera. Namun apa kan daya, sampai bercalar periuk pun, kesan hangus tak hilang.
Anda tak perlu membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Cuba gunakan 10 tip mudah ini untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kuali dan periuk di dapur. SELAMAT MENCUBA.
1. Baking soda
Baking soda memang sudah diperakui mempunyai banyak kelebihan dalam mencuci. Untuk menanggalkan kerak degil pada bontot atau dalam kuali, anda hanya perlu bancuhkan 2 sudu baking soda ke dalam satu besen air. Larutkan dan rendamkan 2-3 jam bahagian periuk atau kuali yang mempunyai kotoran ngeri tadi. Kesan hangus tadi atau kerak akan melembut dan mudah untuk disental.
2. Cuka makan dan baking soda
Campuran ini khas untuk mencuci bahagian dalam periuk yang hangus. Didihkan air di dalam periuk yang telah hangus tadi dan masukkan satu cawan cuka. Bila kerak hangus tadi mula kelihatan lembut dan mudah tertanggal, matikan api dan masukkan baking soda. Bila dah sejuk, anda boleh lah sental dengan menggunakan span kasar.
3. Garam dan limau nipis
Gaul rata garam dan air perahan limau nipis menjadi seperti satu adunan yang likat. Kuantiti yang diperlukan untuk limau dan garam bergantung kepada saiz periuk atau kuali. Lebih besar, maka banyaklah diperlukan. Sapu rata pada permukaan yang berkerak dan dibiarkan selama 2 jam. Selesai 2 jam, letak sikit demi sedikit air pada permukaan yang telah diletakkan garam tadi dan sental. Kaedah ini sesuai untuk bontot periuk dan kuali yang mempunyai kerak yang tebal.
4. Krim tartar
Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan.
5. Garam kasar sahaja
Didihkan air di dalam kuali atau periuk yang hangus tadi. Bila dah menggelegak, masukkan pula segenggam garam kasar dan kacau perlahan-lahan. Kalau ada permukaan yang keraknya tebal, gonyoh sikit dengan menggunakan senduk kayu.
6. Tomato
Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan buah tomato tersebut ke dalam periuk yang hangus dan biarkan semalaman. Esoknya baru anda sental.
7. Minuman berkarbonat
Kalau kesan hangus atau kerak dalam periuk disebabkan oleh gula atau proses caramelizer, anda boleh gunakan minuman berkarbonat sebagai penyelesaian. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merendam periuk atau kuali yang hangus akibat gula ke dalam air berkarbonat sekurang-kurangnya 2 jam. Kebiasaannya, kerak gula tersebut akan tertanggal sendiri. Mana yang tak tertanggal, anda boleh cungkil dengan menggunakan senduk kayu.
8. Cuka sahaja
Untuk kerak hangus yang tak terlalu serius, anda hanya perlu didihkan secawan cuka bersama 3 cawan air di dalam periuk. Kacau sampai kerak tadi tertanggal sendiri.
9. Garam kasar dan minyak
Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruhan bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.
10. Sabun mandi
Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Air Cucian Beras & Air Garam Boleh Musnahkan Anai-Anai
Tiba-tiba almari kayu roboh. Bila diperiksa rupanya dah lama almari anda menjadi habitat si anai-anai. Nasib baik tiada melibatkan nyawa. Sekadar membuang perabut atau kayu yang dimusnahkan tidak memadai. nanti, koloni anai-anai tersebut akan berpindah ke bahagian kayu yang lain. Tak kiralah pada dinding mahupun bingkai selagi adanya bahan yang boleh di mamah serangga perosak terutamanya kayu. Jika terkesan kehadiran si anai-anai, sebaik rawatan segera perlu dilakukan sebelum seberang bencana lebih besar menimpa. Terdapat banyak kontraktor kawalan serangga yang sedia berkhidmat, namun harga mereka bukan kepalang. mahu cecah ribuan untuk merawat dan mencegah anai-anai di seluruh rumah.
Jadi, selain mendapatkan khidmat kontraktor kawalan serangga, apa kata anda guna petua-petua mencegah dan merawat serangga anai-anai dengan langkah-langkah mudah berikut:
Air cucian beras
Selalu kita cuci beras, air basuhan pertama dan kedua pasti kita biarkan ianya mengalir ke dalam lubang singki. Tahukah anda ianya amat mujarab dalam usaha untuk mengusir anai-anai dari terus bersarang di rumah. Hanya siramkan sahaja air tersebut keliling sarang serta tuangkan ke dalam lubang untuk pembasmian mutlak.
Minyak tanah
Ia amat sinonim dalam mencatikkan laman terutamanya menjelang hari raya untuk menyalakan pelita. Selain daripada menerangi malam anda, ia amat bermanfaat jika anda semburkan minyak tanah terus ke kayu yang menjadi bahaman koloni anai-anai. Nak lagi kesan yang efektif, campurkan dengan minyak serai, lagi mujarab.
Air Tembakau
Dari anda rosakkan jantung sebab merokok, lebih baik invest sedikit wang pembelian rokok dengan mengambil daun tembakau daripada puntung dan campurkan dengan air serta perap selama satu malam. Semburkan Air perapan di sekeliling rumah dan koloni anai-anai. Sasarkan kepada kayu yang diserang serta ‘rumahnya’.
Air Garam
Air garam memang banyak manfaatnya, nak sedapkan lauk, rawat luka dan juga basmi serangga perosak ini. Cara nak buat air semburannya sama seperti guna daun tembakau, campurkan dengan air tawar dan biar selama satu malam dan sembur di setiap laluan anai-anai, di kayu dan juga dalam sarangnya.
Air Kapur Sireh
Anatomi badan anai-anai bersifat lembut serta berkulit nipis. Air panas yang dihasilkan daripada campuran kapur sireh dan menyebabkan jisimnya mengecut dan mati dengan cepat. Untuk penggunaannya, sama sahaja iaitu melalui kaedah semburan.
Racun
Akhir sekali, kalau tak jalan juga, guna air racun pembasmi serangga dan semburkan ke arah-anai, tapi pastikan sewaktu membancuhnya anda ikuti aturan yang telah ditetapkan oleh pengeluar racun. Takut nanti, niat nak bersihkan rumah dari serangga perosak ini, anda pula yang terjejas sebab racun makan tuan.
Baca: Busut Anai-Anai Mampu Suburkan Tanah Untuk Petani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kekal Komited Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Orang Ramai, Coway Malaysia Memperbaharui Identiti Jenama Bersempena Ulang Tahun Yang Ke-17
Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-17, Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI, pada Rabu.Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 Coway dan menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.
Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia. Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaru.
Oleh itu, Coway juga percaya bahawa untuk mengekalkan relevansi jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi innovator and caregiver yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik – setiap saat setiap hari.
Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud “Change” dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya. Pelbagai produk Coway seperti penulen air CORE PLUS, Kerusi Urut Coway, Penyaman Udara Coway, penulen udara NOBLE dan banyak lagi telah dipamerkan semasa majlis tersebut.
Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, “2023 merupakan tahun yang hebat untuk kami di Coway Malaysia. Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami. Dan kini, kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui yang mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.”
Komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun yang lalu untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Sebanyak 30 Produk Tempatan Terima Penganugerahan MALAYSIA GOOD DESIGN AWARD 2022 (MGDA)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI