Meski negara kini sudah beralih ke fasa endemik Covid-19, masih ada lagi segelintir yang masih bekerja dari rumah atau erti kata lain Work From Home (WFH).
Jadi, buat anda yang masih lagi bekerja dari rumah, sudah semestinya telah menyediakan ruang khas untuk bekerja dan tidak dinafikan ruangan yang digunakan perlu juga dititikberatkan .
Maka oleh itu, hari ini IMPIANA akan berkongsi beberapa rekaan hiasan dalaman ruangan bekerja yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat anda semua.
Perkara pertama yang perlu anda tahu anda mengenai pemilihan warna untuk ruang kerja anda ini kerana ia dipercayai boleh memberikan kesan kepada konsentrasi kerja anda.
Untuk berikan suasana ketenangan kepada sesuatu ruang tersebut misalnya, anda disarankan untuk memilih warna yang natural atau “earthy” tones seperti beige, ivory dan light grey.
Manakala warna yang gelap pula boleh membuatkan sesuatu ruang tampak classy dan elegen tetapi akan membuatkan kita cepat letih.
Selain itu, pemilihan warna yang terang dan vibrant boleh memberikan tenaga dan suasana ceria kepada ruang bekerja anda.
Selain itu, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk wujudkan suasana ruang bekerja anda dengan pencahayaan yang cukup. Ini kerana ia mampu untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa ketika bekerja dari rumah. Cahaya semula jadi yang cukup dapat memberi illusi ruangan yang lebih luas dan fokus kepada kerja kita.
Di samping itu, mendekorasi ruangan kerja dengan pokok-pokok kehijauan juga boleh menambahkan lagi seri kepada ruang bekerja anda. Untuk maklumat anda, pokok kehijauan ini juga dipercayai dapat mengurangkan stres. Malah ia juga dapat memberikan kesegaran selepas berjam-jam kita menghadap laptop. Pokok yang senang nak dijaga seperti succulents, aloe vera, atau snake plants amat disarankan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri