Vitis spp. atau lebih dikenali sebagai anggur merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang boleh mencapai usia lebih 100 tahun. Umum mengetahui pohon anggur tidak sesuai ditanam di Malaysia, namun hakikatnya tumbuhan ini memerlukan musim panas yang panjang untuk mengeluarkan hasil di tahap optimum. Mengikut sejarah di Malaysia, penanaman anggur telah bermula sejak awal tahun 1980-an di mana Perlis telah dipilih menjadi pusat kajian.
Cuaca panas dan kering yang berpanjangan di Perlis berupaya mendorong penghasilan bunga anggur dan buahnya cepat dituai. Hal ini menyebabkan iklim Malaysia mampu menghasilkan buah anggur tanpa musim berbanding negara Eropah yang beriklim sejuk. Di Eropah, penghasilan buah anggur boleh dilakukan secara bermusim, di mana apabila tiba musim sejuk pohon anggur akan menjadi dormant (tidak aktif). Ketika ini segala proses produktiviti terhenti seketika.
Antara jenis anggur yang sesuai di tanam di Malaysia adalah seperti berikut:
Tempoh berbuah : 12-14 bulan
Buah masak: hijau
Tempoh berbuah : 7-9 bulan
Buah masak: merah tua
Tempoh berbuah: 7-9 bulan
Buah masak: hijau kekuningan
Tempoh berbuah: 14-16 bulan
Buah masak: hitam
Tempoh berbuah: 14-16 bulan
Buah masak: merah
Tempoh berbuah: 14-16 bulan
Buah masak: hijau
Tempoh berbuah: 9-12 bulan
Buah masak: hitam kebiruan
Tempoh berbuah: 12 bulan
Buah masak: merah tua
Tempoh berbuah: 12 bulan
Buah masak: merah
Tempoh berbuah: 14-16 bulan
Buah masak: hitam