Menggunakan bunga sebagai simbolik untuk menyampaikan perasaan tersirat, dikenali sebagai floriagrafi, trend ini telah muncul sejak di abad ke -19 lagi. Pada masa itu. masyarakat tidak melahirkan emosi secara verbal sebaliknya menyelitkan makna tersembunyi melalui bunga. Kebanyakan bunga, termasuk mawar, iris, carnation dan lily, mempunyai maksudnya yang tersendiri tetapi bunga-bunga berwarna putih menjadi pilihan utama sebagai hiasan di dalam majlis perkahwinan. Berikut adalah 10 jenis bunga popular berwarna putih yang mendapat tempat di hati pasangan pengantin.
MAWAR PUTIH
Tidak ada bunga yang lebih dipuja dan dihayati selain daripada bunga mawar. Ia telah menjadi sumber inspirasi berabad lamanya, dijadikan simbol keutuhan cinta dan penghargaan. Mawar putih secara tradisinya berkait rapat dengan perkahwinan dan kehidupan baru, tetapi kecantikannya telah meletakkannya sebagai tanda ingatan berkekalan. Bilamana berlaku keadaan yang memerlukan tanda ingatan, sama ada untuk meraikan kegembiraan atau menyatakan kesedihan, sejambak bunga ros merupakan pilihan tepat untuk menyatakan “saya sentiasa mengingati anda”.
Falsafah di sebalik warna putih melepak bunga ros tidak sukar untuk diterjemahkan. Warna putih selalu berkait rapat dengan keaslian dan tulus ikhlas, Sememangnya keikhlasan, keaslian dan keutuhan merupakan sebahagian daripada makna tersembunyi untuk ros putih. Sekiranya anda berusaha untuk meyakinkan perasaan yang ianya lahir dari hati dan ikhlas, mawar putih adalah pilihan terbaik.
Sering kali ros putih dikenali sebagai “bunga bercahaya”, membawa pengertian cinta yang tidak pernah padam, cinta sepanjang hayat, cinta sejati, tidak berpenghujung dan sentiasa segar. Mawar putih melambangkan cinta berkekalan melalui kesetiaan, mendambakan diri dan keikhlasan. Justeru, dengan keupayaan memuja seseorang sehingga akhir hayat, falsafah sekuntum bunga mawar putih adalah kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dan mengatasi yang lain. Barangkali makna tersembunyi yang terkenal bagi bunga mawar putih muncul dari mitos dahulu kala, dikaitkan dengan Venus sebagai Dewa Cinta. Ia mekar di dalam kehidupan seumpama buih-buih di lautan, justeru sebahagian daripadanya yang jatuh ke tanah, akan membiakkan bunga mawar putih.
CALLA LILY
Calla lily merupakan tumbuhan asal dari Afrika Selatan ke Malawi dan kepulauan Madagascar. Namun tidak pula diketahui bila ianya diperkenalkan di Benua Eropah, tetapi tumbuhan ini telah hidup berkurun lamanya, dan mereka boleh diadaptasi dalam rumah-rumah hijau. Calla lily berasal dari perkataan Greek yang bermaksud cantik. Namun, kepentingannya lebih menyerlah berbanding dengan penampilannya.
Calla lily berasal dari rumpun Zantedeshia dan merupakan ahli kepada famili Araceae, bersama-sama dengan Caladium dan Philodendron. Ia juga dikenali sebagai trumpet lily dan arum lily. Di Eropah, Ia mula berbunga lewat musim bunga. Menurut kepercayaan Greek dan Roman, lily melambangkan ketuhanan Hera, yang dijelmakan menjadi bunga tersebut.
Apa yang diwakili oleh calla lily putih? Anda mungkin mengalami kesukaran untuk mencari bunga yang ganjil yang begitu kaya dengan asas budaya dan kepentingan sejarah seperti calla lily. Calla lily merupakan pilihan popular untuk majlis-majlis perkahwinan, semasa menghayati percutian romantik dan upacara seumpamanya. Ada rahsia di sebaliknya. Sama seperti kebanyakan bunga-bunga lain yang mempunyai makna simbolik atau dikaitkan dengan perasaan, begitu juga calla lily. Dengan warna kelopak putih ivory dan rimbunan daun-daunnya yang tebal, spesies yang elegan mekar ini bukan sahaja menarik untuk dijadikan tanaman di dalam pasu. Sebenarnya, bunga-bunga ini telah menjadi idaman dan tarikan berabad lamanya.
LILY PUTIH
Nama saintifik bagi lily ialah Lilium candidum. Ia mempunyai enam kelopak bunga dan enam filamen, berwarna putih dengan kuning di bahagian dasar setiap bunga. Bunga lily putih biasa juga dikenali sebagi Lily Madona dan berkait rapat dengan kesucian Siti Mariam, terutamanya mengikut kepercayaan Roman Katolik.
Spesies ini merupakan sejenis bunga yang menakjubkan dan dapat menarik perhatian di mana sahaja mereka ditanam. Bunga lily diminati kerana penampilannya yang hebat, di samping menghasilkan bau yang harum. Sekiranya ditanam di halaman rumah sama ada secara formal atau persekitaran natural, lily
tersedia untuk dipindahkan ke dalam bekas-bekas tanaman. Spesies ini amat menarik dijadikan jambangan bunga.Lily putih merupakan bunga yang biasa kepada kita, kerana dua sebab, pertama kerana kecantikannya dan kedua kerana ia sarat dengan pelbagai makna simbolik yang telah diilhamkan dalam banyak budaya.
FREESIA PUTIH
Freesia berasal dari Afrika dengan 14 jenis dari spesiesnya membiak secara liar di Afrika Selatan dan dua daripadanya di Sudan dan Gurun Sahara. Freesia muncul di sekitar tahun 1878, tetapi menjadi sensasi di England, Peranchis dan Amerika Syarikat setelah diperkenalkan.
Bunganya berkembang terang di salah satu sisi batangnya, susunan yang dikenali sebagai “zygomorpic.” Manakala putiknya keluar menghadap ke bawah, batangnya akan membengkok seiring dengan bunga yang matang menghasilkan bunga yang mekar berkembang menghala ke atas. Setiap batang panjangnya mengeluarkan sehingga 10 kuntum bunga dengan beberapa helai daun sahaja
Bunga Freesia menterjemah pelbagai makna, termasuklah persahabatan, keikhlasan, ingatan berkekalan, dan bersemangat jitu. Dalam bahasa bunga, secara tradisinya telah digunakan sebagai lambang persahabatan. Bagi peminat bunga semasa, mengakui dengan kehebatan perwatakan, mencadangkan freesia untuk seseorang yang berada dalam tekanan hebat. Selain daripada digunakan sebagai jambangan bunga, freesia juga ditanam untuk mendapatkan minyak, yang boleh digunakan untuk menghasilkan minyak wangi, minyak untuk mandian, sabun dan losen.
GARDENIA PUTIH
Gardenia adalah salah satu dari rumpun tumbuhan berbunga yang tergolong dalam 142 spesies termasuk dalam famili Rubiaceae. Gardenia merupakan tumbuhan asal bagi kawasan beriklim tropika dan sub tropika seperti Afrika, Asia dan Australia.
Gardenia merupakan pohon renek malar hijau yang berupaya tumbuh dari 2 kaki hingga ke 20 kaki atau lebih dalam keadaan habitat asalnya. Daunnya berkilat, berwarna hijau pekat membesar dari 1 inci ke 10 inci panjang bergantung kepada spesies tertentu. Bunga gardenia berwarna putih atau kuning tumbuh sama ada sekuntum atau dalam kelompok yang lebih besar. Bunga dari kebanyakan spesies ini dikenali kerana baunya yang manis.
Bunga cantik dan kudus berwarna putih atau sedikit merah jambu ini menjadi simbol kepada keceriaan, biasanya merujuk kepada cinta rahsia yang baru berputik. Menghantar sekuntum atau sejambak bunga ini, membawa mesej kepada penerima “saya rasa saya sedang mencintai anda.”
Di Kepulauan Pasifik, menggunakan bunga gardenia membawa maksud kedudukan status seseorang. Sekiranya ia dipakai di sebelah kanan telinga, seseorang itu masih belum berpunya. Bila dipakai di sebelah kiri pula, dia sudah pun berpunya. Bunga gardenia juga dijadikan produk untuk menghasilkan perfume terkenal dan mahal seperti Tiare keluaran Ormonde Jayne dan Tiare keluaran Chantecaille.
ORKID PUTIH
Orkid merupakan antara spesies terbiar berbunga dan diakui sebagai bunga yang menarik dan biasa ditemui. Dengan menjangkau 25,000 spesies, meliputi 880 jenis, orkid adalah tumbuhan berbunga yang menakjubkan dengan pelbagai warna. Sejarah yang menyelubungi bunga orkid terlalu luas sebagai mana banyak spesiesnya, di mana Charles Darwin telah membuat kajian berkaitan pembiakan yang digunakan oleh tumbuhan ini, seterusnya membawa kepada terhasilnya novel yang ditulis olehnya tentang subjek ini.
Bunga orkid senang dikenal pasti dari spesies liar yang lain melalui bentuk bunganya yang unik dan berlainan, yang mempunyai banyak warna dan saiz. Dalam habitat asalnya, orkid hidup subur dengan menumpang kepada pokok-pokok lain. Membiakkan orkid di sudut laman, di celah-celah batu dan tanah yang berbatu akan membuahkan hasil yang terbaik.
Bunga orkid boleh digubah dan dijadikan bankuet yang menakjubkan. Ia mempunyai makna tertentu melalui kombinasi warna, menjadikan ia hadiah terbaik dan unsur kejutan kepada pasangan tersayang. Keindahan bunga ini membawa mesej tersembunyi, sebagai simbol memori indah antara anda dan penerima, sama ada kekuatan, kecantikan atau percintaan.