Ini 5 Checklist Yang Wajib Anda Buat Sebelum Bina Kabinet Dapur

Share
  1. Pelan lantai

Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.

Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara  masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.

 

  1. Jenis Material Yang Anda Mampu

Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.

Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.

  1. Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda

Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.

Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.

 

  1. Fungsi dan Fantasi

Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada  di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.

 

Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri  atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung  semua aktiviti  yang memasak, menggosok baju dan membasuh  baju di ruang dapur.  Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.

 

  1. Pilihan Kemasan Yang Sesuai

Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.

Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada  legap, high gloss, matte, berkaca kabut  dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.

Published by
Asmar Zakri