Kertas hiasan dinding atau wallpaper merupakan aksesori deko yang paling mudah untuk kita gunakan sebagai penyeri sesuatu ruang. Terdapat pelbagai variasi corak, warna, size dan tekstur wallpaper di pasaran sekarang. Sesetengah orang mungkin rasa wallpaper leceh dan old fashion tapi tahu kah anda, selain ditampal di dinding, wallpaper boleh diolah dan digunakan secara kreatif pada bahagian lain di dalam rumah? Segalanya terpulang pada kebijaksaan anda mengolah wallpaper ini menjadi sesuatu yang unik.
1. Siling
Biasanya pemilik rumah akan membiarkan siling di cat putih sahaja, apa kata kita cuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Anda boleh menghiasi permukaan siling dengan wallpaper yang menarik sekaligus menjadikan bahagian tersebut sebagai focal point ruang. 100% tampak kediaman anda lebih menarik dan trendy.
2. Tangga
Biasanya tangga akan dihiasi dengan cat atau pun ditampal dengan material lain sama ada natural stone, jubin dan kayu. Apa kata kita lakukan kelainan dengan menampalnya menggunakan wallpaper. Tedapat pelbagai corak wallpaper di pasaran sama ada anda mahukan yang kosong, berbunga, corak permukaan kayu dan sebagainya. Barulah tangga akan kelihatan lebih comel dan cosy.
3. Rak Buku
Rak buku lama jangan dibuang. Anda boleh olah dengan menampal wallpaper pada bahagian dalam atau pun permukaan almari mengikut kreativiti anda. Kelebihan wallpaper ialah ia mampu menukar perabot anda sama ada untuk gaya klasik atau pun elegan. Terdapat pelbagai corak di pasaran yang salah satunya pasti memenuhi citarasa anda.
4. Lampshade
Lampshade yang lama dan kusam boleh anda DIY sendiri dan tukarkan penampilan lampshade tersebut agar tampak baru dan lebih fresh. Caranya mudah sahaja hanya dengan tampalkan wallpaper pada lampshade tersebut.
5. Permukaan Meja
Penggunaan wallpaper sebagai hiasan permukaan meja dapat menaikkan mood ruang. Tidaklah bosan dan muram saja permukaan meja tampak kosong begitu sahaja. Anda boleh menukar penampilan nya sekerap yang anda mahukan mengikut warna tema ruang tamu. Bukan sahaja jimat dan mudah tetapi juga cantik.
Nanti boleh lah anda praktik kan cara lain penggunaan wallpaper ini. Beli saja wallpaper dan DIY di rumah. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI