Laman

5 Tanaman ‘Outdoor’ Yang Sesuai Untuk Interior Kediaman

Share

Tidak semua tanaman outdoor boleh dijadikan sebagai pokok interior kediaman. Kali ini IMPIANA kongsikan jenis pokok outdoor yang boleh dijadikan hiasan di dalam rumah.

Tahukah anda terdapat beberapa spesies tanaman luar yang boleh hidup dengan subur di dalam kediaman?. Ia bukan sahaja mencantikkan ruang dalaman malahan mampu membekalkan udara segar dan mendinginkan kediaman anda. Ada di antaranya mampu menghasilkan bunga sepanjang tahun jika diletakkan di dalam kediaman. Lima tanaman luar yang mampu hidup segar di dalam kediaman adalah:

 

Begonia: Begonia mempunyai beberapa varieti yang menghasilkan bunga dan daun berwarna. Secara khususnya, Begonia rex adalah antara tanaman outdoor yang sesuai diletakkan di dalam kediaman kerana warna, corak dan tekstur yang unik.

Caladium: Caladium memerlukan full shade jika diletakkan di luar. Manakala jika di jadikan tanaman indoor, Caladium memerlukan sedikit cahaya.  Warna, corak dan saiznya yang pelbagai memberikan pilihan kepada hiasan dalaman.

Coleus: Coleus gemarkan cahaya matahari dan akan merimbun jika sentiasa di pangkas. Pencahayaan sederhana diperlukan apabila coleus diletakkan di dalam rumah.

Tradescantia: Tanaman ini biasa ditanam luar kediaman. Kebanyakannya lebih gemar cahaya penuh, namun ada di antaranya boleh hidup di dalam rumah. Sebagai contoh, Tradescantia tricolor

Semua jenis tanaman herba: Kebanyakan tanaman herba hidup dengan baik di luar kediaman. Tanam herba di dalam pasu dan letakkan ia di tepi jendela, tumbuhan ini masih dapat hidup subur dengan bekalan cahaya dari luar.

Artikel Berkaitan: Apa Kandungan Baja AB Hingga Menyebabkan Tanaman Lebih Mudah Dan Cepat Membesar?

Memiliki tumbuhan hijau dalam rumah adalah satu nikmat, ia mampu memberi kita rasa tenang dengan cara yang semula jadi. Tidak kira sama ada besar atau kecil, warna hijau itu mampu memberi ketenangan.

Published by
Impiana