Entryway membawa maksud, laluan masuk dalam rumah. Ia adalah bahagian pertama yang dilalui sebaik sahaja anda menguak pintu rumah. Biasanya ia juga adalah bahagian yang selalu dibiarkan kosong tanpa hiasan. Mana tidaknya, di bahagian ini dikenali sebagai last touch up space dan 1st act space, kerana sebelum keluar rumah, pasti anda akan check, adakah segalanya sudah siap di badan atau sebaliknya.

Di sini IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk menghias dengan mudah dan apakah aksesori asas yang patut ada di bahagian ini. Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk bahagian ini.

Cermin

Kebanyakan kita suka mengambil satu pandangan terakhir pada diri sendiri sebelum meninggalkan rumah. Adalah molek  untuk meletakkan  cermin di entryway. Perletakkan cermin panjang amat sesuai untuk diletakkan di ruangan ini. Ingat, sebelum keluar rumah, check dahulu, adakah segalanya sudah lengkap atau anda terlupa pakai tali pinggang.

Selain itu, ia juga amat efektif dalam memantulkan cahaya serta berupaya membuatkan ruang kecil nampak luas.

Ini 6 Item Dekor Wajib Ada Di Pintu Masuk Utama Kediaman

Bangku kecil

Perabot ini amat sesuai untuk diletakkan di entryway, ini kerana ia membantu anda untuk menyarung serta membuka kasut tanpa perlu duduk di atas lantai hingga boleh mengotorkan seluar.

Ini 6 Item Dekor Wajib Ada Di Pintu Masuk Utama Kediaman

Ads

Meja konsol

Jika anda membawa barang yang tidak berat tetapi perlu dipegang, pasti anda memerlukan tempat untuk meletakkan barangan tersebut semasa anda menyarung atau menanggalkan kasut. Sebelum membeli, pastikan anda periksa dahulu tema hiasan dalaman rumah anda bukan apa, takut lari tema. Orang kata tidak semak mata memandang.

Ini kerana, meja konsol saiz ini hadir dalam pelbagai rekabentuk, tepulang kepada anda sebagai pembeli untuk memilikinya mengikut kesesuaian dan kegemaran anda.

Ini 6 Item Dekor Wajib Ada Di Pintu Masuk Utama Kediaman

Tempat letak kunci

Kunci kereta, kunci rumah dan segala kunci yang kita ada untuk membuka sesuatu tempat mestilah disimpan ditempat yang betul. Ini untuk mengelakkan anda daripada terkial-kial mencarinya di saat memerlukan. Anda boleh letakkan mangkuk kecil di atas meja konsol sebagai tempat parking kunci anda atau lekatkan cangkuk yang mana ia lebih praktikal dalam mengasingkan kegunaan setiap kunci.

Ads

Ini 6 Item Dekor Wajib Ada Di Pintu Masuk Utama Kediaman

Rak Kasut

Meletakkan rak kasut juga amat sesuai di bahagian entryway, ini kerana ia boleh menyimpan kasut berharga anda daripada bersepah di atas lantai sehingga dipijak tetamu rumah yang lain. Bayangkan kasut yang ada beli harga ratusan ringgit, dipijak begitu sahaja. Pasti anda tidak mahu kejadian tersebut berlaku kan?

Ini 6 Item Dekor Wajib Ada Di Pintu Masuk Utama Kediaman

Tumbuhan Hijau

Bayangkan, pulang daripada bertugas seharian di pejabat anda disambut dengan haruman segar dan tumbuhan hijau di entryway. Pasti sedikit stress anda akan hilang. 1st impression amat penting dalam keadaan ini. Begitu juga keadaannya apabila anda ingin keluar rumah menuju ke pejabat mencari rezeki, pasti anda mahu mulakan hari anda dengan sesuatu yang segar. Idea ini amat sesuai untuk anda.

Ads

Ini 6 Item Dekor Wajib Ada Di Pintu Masuk Utama Kediaman

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI