Kita banyak membaca perkongsian di media sosial tentang pelbagai gangguan daripada makhluk halus yang menimpa mereka yang memasuki rumah baharu atau sewa. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sebuah penempatan yang sudah lama ditinggalkan tanpa penghuni. Oleh itu, bila manusia tidak mendiami rumah tersebut, maka jadilah ianya rumah kepada pelbagai makhluk halus dan sepertimana kita, apabila datang ke tempat baru, orang yang tinggal sekian lama tidak selesa bila ada orang lain yang datang dan menganggu ketenteraman ‘beliau’.
Amalan ini penting kerana kita tidak tahu siapakah pemilik sebelum ini dan apakah yang telah ditinggalkan olehnya kerana sudah banyak kes apabila disiasat, banyak yang diganggu kerana tuan asalnya meninggalkan ‘belaan’ tanpa tuan baharu dan membuatkan pemilik rumah yang baru terkejut tanpa ada apa-apa pengetahuan tentang keadaan sebanar rumah tersebut.
Untuk itu, IMPIANA terpanggil untuk berkongsikan dengan orang ramai tentang bagaimana menghindari kediaman baharu anda daripada gangguan makhluk halus menurut kaca mata islam.
1) Azan di dalam rumah
Apabila anda pertama kali masuk ke rumah baharu atau sewa, mulakan dengan bacaan bismillah dan masuk dengan kaki kanan. Selepas itu, azan di setiap penjuru rumah. Jika anda mendiami rumah dua tingkat, azan juga disebelah atas sepertimana anda lakukan di ruangan bawah rumah. Tujuannya adalah untuk menghalau makhluk halus atau Jin yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2) Bersihkan rumah
Ads
Ketika ini rumah anda masih lagi dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak ketahui siapakah yang pernah tinggal dalam rumah tersebut, Oleh itu, dalam tuntutan islam agar umatnya sentiasa dalam keadaan bersih kerana syaitan tidak menyukai manusia yang bersih, maka bersihkan rumah anda secara fizikal iaitu mencuci setiap sudut bebas dari habuk dan kekotoran.
3) Membaca Surah Al-Baqarah
Selepas selesai azan dan mencuci rumah, ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Baqarah. Surah ini dikenali sebagai surah yang terpanjang dalam Al-Quran tetapi ianya amat mujarab dalam menghalau syaitan yang membelenggu rumah sekian lamanya. Selain itu, sebagai penganut agama islam, kita sepatutnya menyinari rumah kita dengan ayat suci Al-Quran. Memang tugas seharian banyak mengambil masa kita tetapi ketahuilah ia hanyalah ujian dari yang Maha Esa untuk hambanya yang taat.
Ads
4) Lazimi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Surah Al-Ikhlas untuk 7 hari 7 malam
7 hari pertama anda masuk ke rumah adalah 7 hari yang penting untuk kesejahteraan anda sekeluarga. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengulangi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Surah Al-Ikhlas selama 7 hari 7 malam untuk memastikan rumah anda bebas daripada gangguan makhluk halus. Selain itu, pastikan sediakan air untuk dijadikan air Yassin sebagai pelindung rumah.
5) ‘Pagar’ rumah dengan cara yang betul
Banyak kita dengar penghuni rumah diganggu makhluk halus sebab tidak dipagar seluruh kawasan rumah dengan cara yang tidak menurut ajaran islam kerana menurut ajarat khurafat dan jauh menyimpang dari islam. Cara yang betul adalah dengan merenjis sekeliling rumah air yang sudah dibacakan ayat suci Al-Quran iaitu surah Yassin.
Ads
6) Anjurkan kenduri kesyukuran mengikut kemampuan
Setelah segalanya selesai, sudah tiba masa untuk kita mengenali jiran tetangga yang mendiami kawasan rumah kerana menurut hadis Rasulullah SAW riwayat Abu Daud, maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”. Jadi dalam usaha untuk kita mengenali jiran, adalah molek jika anda menganjurkan sedikit jamuan serta kenduri kesyukuran mengikut kemampuan anda. Salah satu caranya adalah dengan menjemput melalui pengumuman di surau kariah tempat tinggal kerana setiap taman atau blok pangsapuri pasti ada sebuah surah.
6 tips ini jika diamalkan inshAllah rumah anda akan bebas daripada segala malapetaka dan gangguan yang tidak diingini kerana sudah fitrah manusia untuk tidak nampak makhluk halus yang selalu menganggu-gugat amalan kita dalam menjadi umat islam yang penuh tawaduk dan istiqamah kepada Allah SWT.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pasang PVC Fence Edge Supaya Rumah Lebih Privasi, Jimat Bajet Berbaloi! Bagi rumah taman yang mempunyai jejaring pagar hijau seperti ini, jika nak buat kerja-kerja di luar rumah seperti membersihkan halaman, mencuci kereta, berkebun dan sebagai juga jadi kurang selesa. Bukan apa kawasan agak terbuka dan kurang privasi, memang nampak terus rumah jiran yang berhampiran.
Jika tiada bajet yang besar, sebenarnya boleh pasang PVC Fence Edgepada jejaring pagar hijau ini untuk rumah lebih privasi. Boleh beli di kedai hardware, atau di shopee pun ada.Lebih jimat berbaloi berbanding tukar pagar baru yang bertutup.
Menerusi perkongsian di Grup Tukang Apa Hari Ini, wanita ini kongsikan hasil selepas memasang PVC Fence Edge ini. Memang lebih privasi dan nampak kemas.
Berikut perkongsian tersebut;
Pernah ternampak geng T.A.H.I pos pasal fence edge ni. Gigih scroll bace komen, akhirnya dapat.Terima kasih pada yang share idea.JASAMU DIKENANG
Sebelum…memang nampak terus rumah jiran.
Privacy sikit, ada lebih pulak PVC ni, try anyam ketupat.
Atas sekali tu saya lipat dan stapler, sebab tu saya lebih kan sikit semua bahagian hujung. Bila staple nampak kemas sikit. Bawah saya biarkan dan potong serong. Dia jadi terletak gitu.
200m settle. Kena tambah lagi nak settle kan sampai hujung.
Pernah tak anda terfikir mengubah bunga adalah satu perkara yang menyeronokkan dan salah satu terapi yang baik untuk kita semua. Ada fakta mengatakan bahawa tumbuhan segar atau hidup memang sesuai ada di dalam rumah. Tetapi tak akan pula kita nak tanam pokok dalam rumah bukan? Elemen hijau mampu memberi aura yang positif dan juga kesegaran tanpa disedari. Jika anda tidak percaya jom lakukan.
Kali ini IMPIANA ingin berkongsi langkah mudah naik seri ruang dalam rumah anda. Gubahan bunga ini mudah dan ringkas, tapi yang paling best bunga-bunga ni semua boleh didapati disekeliling rumah anda.
Barang yang anda perlu dan cara gubahan:
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila bertandang ke pusat jualan dekorasi dalaman, kita sering berpendapat kalau beli katil, kena beli sekali semua aksesori yang ditawarkan, barulah nampak lengkap . Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli kesemua aksesori atau pun kelengkapan dalam satu set. Hanya mix & match jika kena gaya dan konsep, kediaman anda tetapi nampak menarik..
Ikuti senarai sterotaip tidak benar yang dikongsikan oleh IMPIANA untuk rujukan anda:
Kena padankan sofa dengan armchairs
Ramai orang beranggapan bahawa kalau beli sofa, kena beli sekali satu set, termasuk armchairs dan juga bantal. Rasanya ada beberapa item yang perlu kita nyahkan dari senarai pembelian yang dicadangkan oleh penjual. Jimat, sudah tentu.
2. Tidak semua perlu warna putih
Tahukah anda kalau semua dinding di rumah anda berwarna putih, anda harus memadankan ia dengan perabot putih juga walaupun anda adalah peminat tema English, ianya adalah mahligai yang bebas untuk anda hiasi mengikut kreativiti anda. Jika anda mahu rasa tenang dengan warna putih, mungkin anda boleh padankan dengan warna pastel yang lain tetapi masih tidak mendominasi ruang.
3. Meja dan kerusi makan harus sepadan
Satu lagi sterotaip yang tidak betul. Tahukah anda meja makan anda akan masih nampak menarik jika terdapat percampuran design kerusi yang berlainan gaya walaupun konsepnya sama. Lari dari kebiasaan tidak ada salahnya.
4. Kena penuhkan setiap ruang
Sofa saiz besar sudah tidak relevan lagi pada hari ini dan sudah obsolete. Orang kita sekarang ini lebih cenderung to keep it simple dengan memilih perabot yang lebih kecil. Ingat sifir ini ‘lagi kecil ruang, lagi kecil sofa, armchairs dan meja yang anda akan beli.
5. Bilik tidur kanak-kanak kena cat warna terang
Sebenarnya, bilik si kecil lebih tenang tanpa tepekan warna terang. Imaginasi mereka lagi berkembang jika anda warnakan dengan warna lembut dan hiasinya dengan permainan, poster bersama mesej positif dan beberapa lukisan.
6. Semua tingkap perlu langsir
Jika dinding, ada dinding utama serta dinding penyokong, begitu juga dengan tingkap di kediaman anda. Tidak semua tingkap perlu anda hiaskan dengan langsir. Jika dilihat semula, langsir juga merupakan penyebab bilik kita nampak sempit. Anda boleh cuba dengan turunkan langsir di tingkap biasa dan boleh digantikan dengan bidai, percayalah anda akan rasa kelainan selepas mengalihkannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.