Mencari keberkatan rezeki adalah sesuatu yang dituntut di dalam agama Islam. Rezeki yang berkat dan mendapat rahmat Allah swt besar maknanya di dalam kehidupan kita. Kerana rezeki yang baik adalah salah satu faktor kebahagian jiwa insan yang hidup di dunia ini.
Puan Che Salamiah binti Malik, adalah seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan rempeyek. Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah Klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000.00 pada Mei 2014 dan 2,000.00 pada Disember 2017.
Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500.00 bagi menaik taraf pembungkusan produknya.
Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor di bawah projek usahawan lori bergerak. Pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak 1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak 1,870.16.
Beliau aktif menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di merata tempat tanpa mengira waktu di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Komitmen baik yang ditunjukkan beliau dengan menyertai pelbagai program anjuran Zakat Selangor terzahir jelas pada perniagaannya yang berkembang maju.
Ads
Dua kisah yang sangat memberi inspirasi ini mungkin tidak disedari oleh ramai orang. Mereka berdua adalah contoh usahawan yang dulunya penerima zakat, kini menjadi pengeluar zakat perniagaan. Inilah rahsia keramat dalam keberkatan menunaikan zakat, iaitu menyuburkan perniagaan dan menambahkan keberkatan rezeki.
SENANGNYA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN
Ads
Kira mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.
ASET SEMASA tu bermaksud : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.
Ads
LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.
Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.
Sebaiknya kira dahulu, supaya jelas sama ada kena zakat atau tidak perniagaan tersebut. Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju. Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh KLIK DI SINI
Tuala merupakan item yang digunakan untuk menyerap air terutamanya bagi mengeringkan tubuh badan selepas mandi. Kadangkala, tuala yang telah lama dipakai akan menjadi kasar dan tidak lagi selembut tuala yang baru.
PENJAGAAN TUALA :
1.Jemur tuala di tempat yang mempunyai simbahan cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bakteria yang dapat membiak pada kain tuala.
2. Bagi memastikan kebersihan terjaga, tukar tuala yang telah digunakan dengan kerap. Maximum 3 kali penggunaan sebelum tukar.
3. Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.
4. Buat tuala yang baru dibeli, basuh dahulu sebelum digunakan. Rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya.
5. Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.
TIP MELEMBUTKAN TUALA :
Tanpa keluarkan kos yang tinggi, anda hanya perlukan dua bahan iaitu baking soda dan air.
Tambah kira-kira secawan baking soda dalam setiap empat liter air panas. Anda boleh ubah kuantiti soda mengikut sukatan air.
Kemudian, rendam tuala anda sekurang-kurangnya satu jam di dalam bancuhan tersebut. Sebaiknya, rendam semalaman.
Setelah itu, basuh tuala seperti biasa tanpa cecair pelembut fabrik, hanya sabun. Anda juga boleh tambahkan cuka untuk membuatkan ia lebih lembut.
Tuala anda akan menjadi lebih lembut seakan-akan tuala baru. Selamat Mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan? Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kami yakin yang semua orang tidak kira dimana anda berada, pasti sudah sedia maklum dengan keadaan negara yang kian parah akibat COVID-19.
Semalam (16 MAC 2020) kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan bermula 18 MAC 2020 hingga 31 MAC 2020. Perintah yang dibuat dibawah akta pencegahan & pengawalan penyakit berjangkit 1988 dan akta polis 1967 ini menggesa semua rakyat untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang pergerakan/perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit/ serbaneka.
Aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuklah Solat Jumaat pelu ditangguh. Selain itu, Institusi pendidikan di pelbagai peringkat juga diarahkan tutup sehingga hujung bulan ini.
Sekatan menyeluruh perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
Buat rakyat yang baru pulang dari luar negara, dinasihati untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta, kecuali perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, pos, perbankan, kesihatan, bomba, penjara, bekalan makanan dan lain-lain
Kita juga dinasihati supaya bersikap lebih rasional dan tidak mementingkan diri sendiri. Jadi, bagi memastikan kesejahteraan semua, anda boleh lakukan 7 perkara ini :
1. Beli secara berhemah
Jangan membeli secara keterlaluan dan mengikut perasaan. Pilih dan beli barangan yang betul-betul anda perlukan sahaja. Stop panic buying!
2. Bekukan makanan
Selain membeli frozen food, anda juga boleh cuba bekukan buah-buahan dan sayur-sayuran serta sup atau air rebusan.
3. Bersihkan kediaman
Inilah waktu paling sesuai untuk anda mensanitasikan kediaman. Dengan ini, anda bukan sahaja telah mengurangkan risiko jangkitan, malah kediaman juga akan berada dalam keadaan lebih kemas dan sentiasa dlaam persekitaran yang selamat!
4. Sediakan panduan bekerja dari rumah
Bincang dan dapatkan persetujuan majikan, boss serta rakan sekerja tentang pembahagian tugas jika perlu bekerja dari rumah. Lebih baik jika anda dapat sediakan planning atau perancangan untuk beberapaminggu yang akan datang. It’s better to be prepared.
5. Teruskan bersosial
Tetapi hanya diatas talian! Jika boleh, elakkan berkumpul dalam masa terdekat ini. Tetapi kekalkan perhubungan antara keluarga dan sahabat untuk bertanya khabar dan bagi mendapatkan update terkini.
6. Kekalkan gaya hidup sihat
Badan kita perlu kekal aktif dan sentiasa bergerak. Anda hanya perlu cari di internet ataupu gunakan aplikasi (apps) untuk bersenam di rumah. Jangan jadikan lockdown ini sebagai alasan untuk biarkan diri bermalasan.
7. Amalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan
Teruskan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun. Elakkan menyentuh bahagian muka dan jangan teragak-agak untuk pergi mendapatkan rawatan sekiranya anda menghidapi simptom COVID-19 seperti demam dan sesak nafas.
IMPIANA berharap Malaysia cepat sembuh dan segalanya akan kembali seperti asal. Tetapi COVID-19 tidak boleh diramal dan diluar jangkaan jadi adalah lebih baik jika kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Jaga diri, semua!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.