Rajin betul en,Shariful Fadhli Haji Johari ni. Jika sebelum ini perkongsian built-in wardrobe nya mendapat sambutan, kali ini beliau berkongsi DIY pintu kabinet dapur menggunakan struktur aluminium dan dan composit. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membina pintu kabinet aluminium ni.
Sempena perintah berkurung COVID-19, boleh lah siapkan perkara yang tertangguh di dapur ni. Table top dah bertahun siap dan tak berpintu
Nasib baik barang kerperluan dah beli awal. Sepatut nak buat bahagian pintu sahaja. Tapi dah alang cuti panjang, saya buat semua. Asalnya bahagian dalam nak guna aluminium, tapi ada lebihan kayu terdahulu yang dibeli untuk buat build-in wardrobe, saya habiskan dan bina dari bahan yang ada.
Lagipun ni 1st time sy buat pintu aluminium. Untung pakai aluminium ni. kita boleh tukar warna pintu tu dengan mudah. Boleh pakai macam-macam material dan warna.
Untuk bahagian wall cabinet. Saya beli 2nd hand kedai perabot. RM 25 satu set satu pintu. Asal hotel punya. pakai je la dulu. Nak tunggu mood nk buat sendiri tah bila la. tp akan datang nak buat jugak jenis full height.
harap apa yg sy share boleh bagi idea dan manfaat pada semua .
Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.
Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak memerlukan kaedah rumah hijau pun. Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi popular. Namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu dipatuhi bagi menjadi habitat sempurna untuk tanaman ini:
1. Medium/tanah
Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutaman ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan nurseri menggunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanaman tanpa tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
2. pH Medium
Pokok strawberi memerlukan pH yang seimbang dengan keperluannya. Untuk mendapatkan saiz buah yang optimum, pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
3. Pencahayaan
Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
4. Keperluan saiz kawasan
Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi disebabkan apabila pokok terlalu berhimpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.
5. Siraman
Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat,strawberi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika terlalu banyak air, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu dijaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu dikurangkan untuk mengelak buah masam.
6. Baja
Pokok strawberi paling sesuai dengan baja cecair kerana ia lebih mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja jenis slow release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
7. Pemangkasan
Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak penghasilan buah akan terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan bawah batang pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat anda hasilkan. Selain itu juga, bilangan sulur perlu dikurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
Ros atau mawar rupanya tanaman yang mempunyai banyak khasiat yang pernah disebutkan di dalam kitab perubatan Islam. Kebanyakan pengamal perubatan Islam akan mensarankan mereka yang mengalami gangguan ilmu sihir untuk menggunakan minyak wangi ekstrak ros kerana ia antara sumber pendinding dari gangguan jin mahupun syaitan.
Di dalam perubatan homeopati pula, ekstak ros digunakan sebagai salah satu ramuan kerana mengandungi sulphur dan garam. Kedua-dua bahan ini juga membantu proses pengembangan dan kontraksi bagi wanita hamil yang hampir bersalin.
Dalam bidang kimia, ros merah mempunyai sifat kejantanan. Ia mengandungi sulphur aktif. Manakala ros putih melambangkan kewanitaan di mana ia mempunyai sifat-sifat penerimaan (receptive). Gabungan kepada dua sifat warna ros putih dan merah melahirkan sifat seperti raksa (Alchemical mercury).
Rosa botanica
Melalui beberapa kajian juga telah menunjukkan ros liar yang diberi nama saintifik Rosa canina mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan kemurungan, meningkatkan stimulasi otak, kegembiraan dan kesegaran minda. Jadi memang eloklah ekstrak minyak wangi ros diberi kepada mereka yang mengidap sakit mental dan kemurungan.
Selain bunga, akar dan daun bunga ros sesuai di buat teh, jem mahupun sirap. Ia elok bagi penyembuhan selsema dan demam kerana ia mengandungi Vitamin C yang tinggi. Sebab itu lah, orang dulu-dulu gemar jadikan sirap ros sebagai juadah.
Air ros pula selain sebagai wangian, sebenarnya merupakan anti-septik yang baik (boleh disapu pada luka atau sengatan), di samping memberikan rangsangan kepada otak untuk ketenangan.
Sumber: http://www.rawatanislam2u.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.