Ini Barang-Barang Yang Anda Perlukan Untuk DIY Pintu Kabinet Dapur Aluminium Sendiri

Share

Rajin betul en,Shariful Fadhli Haji Johari ni. Jika sebelum ini perkongsian built-in wardrobe nya mendapat sambutan, kali ini beliau berkongsi DIY pintu kabinet dapur menggunakan struktur aluminium dan dan composit. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara membina pintu kabinet aluminium ni.

Tajuk berkaitan: “Brother” Ni Tunjuk DIY Lengkap Buat Sendiri “Built-in Wardrobe”

Sempena perintah berkurung COVID-19, boleh lah siapkan perkara yang tertangguh di dapur ni. Table top dah bertahun siap dan tak berpintu

Nasib baik barang kerperluan dah beli awal. Sepatut nak buat bahagian pintu sahaja. Tapi dah alang cuti panjang, saya buat semua. Asalnya bahagian dalam nak guna aluminium, tapi ada lebihan kayu terdahulu yang dibeli untuk buat build-in wardrobe, saya habiskan dan bina dari bahan yang ada.

Lagipun ni 1st time sy buat pintu aluminium. Untung pakai aluminium ni. kita boleh tukar warna pintu tu dengan mudah. Boleh pakai macam-macam material dan warna.

Untuk bahagian wall cabinet. Saya beli 2nd hand kedai perabot. RM 25 satu set satu pintu. Asal hotel punya. pakai je la dulu. Nak tunggu mood nk buat sendiri tah bila la. tp akan datang nak buat jugak jenis full height.

harap apa yg sy share boleh bagi idea dan manfaat pada semua .

kos keseluruhan :

FRAME
– Aluminium 1 x 2 hollow – RM 32.40/Sebatang (3 batang) = RM 97.20
– PVC center braket – RM 0.20 ( 30pcs) = RM 6.00
– L corner bracket – RM 0.40 ( 16 pcs) = RM 6.40
-Screw RM 0.05 ( 100 pcs ) = RM 5.00

PINTU
– Aluminium kitchen cabinet profile Rm 33.70 ( 3 pcs) = RM 101.10
– Aluminium kitchen cabinet profile handle 1 btg = RM 47.20
– L bracket rm 1.10 ( 30 pcs) = RM 33.00
– Soft closer hinges rm 1.20 ( 16 pcs ) =RM 19.20
– composite panel hitam 1 keping =RM 90
– screw rm 0.05 (100pcs) = RM 5.00

* kesemua aluminium datang dengan 20′ panjang.

Kedai barang yg saya beli
1. YIT LOONG BUILDING MATERIAL SDN
SUNGAI CHUA ( SUPPLIER ALUMINIUM DAN ALUMINIUM ACCESSORIES)

2. DRAGON CITY CONSTRUCTION SDN BHD
SUNGAI CHUA KAJANG ( SUPPLIER ALUMINIUM DAN GLASS )

Setting frame aluminium sebab tabletop tak berapa lurus. Table top saya upah indon buat sebelum ni

Setting frame ni paling rumit sebab concrete table top tak rata. Lubang-lubang kecil nanti saya tutup dengan silicon / sealer / cement

final setting aluminium frame

Dish rack pun dah lama beli. Boleh setting siap2 sementara pasang partition tu

saya guna cat apa yang ada

Setting drawer slide untuk masukkan rak

Tengah setting partition dalam

rak ni saya dah buat awal-awal dulu guna kayu pine.

ni first time buat.ada 2-3 part yang salah potong salah ukur, aluminium profile untuk part pintu slot in je la masuk

L angle bracket untuk pegang aluminium profile

Dah siap satu pintu. Masih banyak kecacatan disitu

Tebuk lubang untuk pasang soft closer hinges.

dah siap pasang soft closer hinges. Dulu bila dengar soft closer misti mahal. Rupanya RM 1.20 je. Yang mahal sikit Rm 2.00

siap satu pintu

composite panel utk permukaan pintu.mudah utk potong.guna pisau je.  Da macam-macam warna. Tapi kedai yang saya beli tak banyak pilihan

Published by
Impiana