Bagi ibu yang bekerja, tugas memasak agak sukar untuk di lakukan saban hari. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar lembah kelang, pulang pukul 6, jam 7-8 baru sampai rumah akibat tersangkut di dalam kesesakkan jalan raya. Sampai-sampai, Anak-anak dah mula lapar. Nak tunggu si ibu masak, mungkin makan masa. Jawabnya penyelesaian mudah adalah makan di kedai. Jadinya tugas-tugas memasak hanya dapat dilakukan dengan selesa di hujung minggu. Baru lah seisi keluarga dapat di tambat dengan air tangan ibu.
Namun, bahan keperluan masakan perlu sentiasa ada stok. Kot-kot nanti terpulang awal atau adanya masa-masa kecemasan lain. Boleh lah si ibu masak. Tapi selalu proses memasak terhenti apabila stok yang disimpan terutamanya sayuran dan bawang yang disimpan rosak begitu sahaja. SAYANG NYA. Sebenarnya, ad acara nak elak bahan-bahan ini cepat rosak. Berikut adalah cara-caranya:
BAWANG
Nak dikupas awal, boleh lebam. Kalau dikisar dan simpan dalam peti sejuk pula nantu baunya lain macam pula. Jadi, cara terbaik untuk menyimpan bawang adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di Kawasan yang tiada pencahayaan.
Ada sesetengah ibu suka mengupas bawang siap-siap. Jadi bila nak masak, tak perlulah masa yang lama untuk diperntukkan bagi tujuan mengupas bawang. Untuk menyimpan bawang yang telah dikupas, Jangan buang bahagian hujung dan pangkal bawang. Ia mampu mengelak bawang dari terhidarat dan tercemar. Disamping itu juga, jangan cuci bawang sebelum disimpan
BERAS
Ads
Beras, adakanya walaupun baru di beli sudah mula rosak. Perosak utama beras adalah kutu beras. Selain disebabkan oleh beras yang dah lama, kondisi lembap boleh menyebabkan beras cepat rosak. Bagi mengatasi masalah ini, elak menggunkan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.
Selin itu juga, bioleh letakkan daun pandan kering atau cili bagi mengelak kehadiran kutu beras. Apa pun, yang paling utama adalah pastikan bekas simpanan kedap udara.
HALIA, KUNYIT dan LENGKUAS
Halia kunyit dan lengkuas antara bahan yang jarang digunakan dalam masakkan. Tidak seperti bawang dan cili. Tapi nak beli, bukan boleh sikit-sikit. Jadi bila dah lam-lama, halia dan kunyit tadi boleh mengecut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Untuk menyimpan halia dan kunyit pastikan masa membeli, elak ambil bahagian yang telah di patahkan. Ia bertujuan mengelak halia dan kunyit tadi dari cepat kering.
Ads
Halia dan kunyit tadi boleh disimpan seperti mana anda menyimpan bawang yang belum dikupas tadi iaitu dengan menggunakan bakul dan simpan di dalam tempat yang tidak ditembus cahaya. Selain itu juga, boleh cuba simpan di dalam botol atau bekas makanan yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk
SAYURAN
Sayur berdaun yang paling sukar untuk disimpan. Kesegarannya biasa bertahan dalam tempoh seminggu sahaja. Bagi memastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama, ia perlu dikelurkan dari plastik dan di balut dnegan surat khabar atau tisu tanpa perlu dicuci.
UBI KENTANG
Ads
Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lebih lama sama seperti menyimpan bawang. Namun, elakkan menyimpan bawang dan kentang dalam tempat yang sama. Ini kerana, bawang akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kentang cepat rosak
TEPUNG
Dengan menggunkan bekas kedap udara dan kering, tepung yang disimpan boleh tahan selama 6 bulan selepas dibuka. Kebiasaanya, tepung rosak bukan lah isu utama tetapai masalah ukat tepung. Seperti beras, bekas tidak kedap dan lembap menyebabkan ulat tepung mudah wujud.
Jadi, untuk memastikan tepung tahan lama, gunakan bekas yang kedap dan kering, Masa mengguna pun, elak dari bercampur senduk atau sudu untuk menyeduk dan segera tutup dan jangan dibiarkan terbuka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lipan atau centipede adalah serangga yang sering kali menimbulkan rasa tidak selesa dan takut kepada ramai orang. Kehadiran mereka di dalam rumah, terutamanya di bilik air, boleh menjadi satu masalah besar kerana gigitannya boleh menyebabkan kesakitan dan reaksi alergi.
1. Pastikan ruang kering dan bersih
Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat haiwan ini.
2. Tabur garam
Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.
Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.
3. Ubat gegat
Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap dalam rumah.
4. Buat semburan cecair pencuci pinggan
Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.
Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering
5. Serai
Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.
Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran.
Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika anda memiliki sejumlah pokok berbunga, apa kata wujudkan kelainan dengan menjadikan ia sebahagian cut flower yang boleh dijadikan hiasan di sudut kediaman anda. Contohnya anda boleh menjadikan kuntuman mawar, bunga kemboja dan lain-lain lagi menjadi elemen hiasan dalam pasu hiasan bersaiz kecil, sebagai penyeri meja kopi ataupun ketika menghidangkan minum petang. Memaksimumkan fungsi tumbuh-tumbuhan di taman bukan sahaja menjana kreativiti sebagai pemilik taman tetapi dalam masa yang sama ia mampu menyerlahkan rupa terbaik tanaman dalam setiap aspek kehidupan sehari-hari.
Kaedah Mengekalkan Kesegaran Cut Flower
Bunga dituai ketika ia dalam keadaan segar iaitu sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan memotong kuntuman bunga di luar waktu ini.
Buang daun yang berada di paras paling rendah pada setiap batang. Ini bagi mengelakkan daun ini terendam di dalam air ketika diletakkan di dalam pasu.
Potong batang pokok (stem) bunga menggunakan peralatan tajam dan jika boleh lakukan proses pemotongan dengan membawa bekas berisi air di taman. setelah memotong masukkan bunga-bunga tadi dengan segera ke dalam bekas tersebut. Situasi terendam ini dapat menghalang gelembung udara daripada tersumbat di dalam batang.
Letakkan bahan-bahan di dalam bekas bersih dengan air suam pada suhu bilik.
Sentiasa pastikan cut material berada di dalam air semasa proses menggubah kerana ia akan menghalang pokok bunga tadi kehilangan lembapan melalui proses transpirasi.
Sentiasa guna bekas atau pasu bersih yang diletakkan dengan bahan pengawet untuk memanjangkan tempoh kesegaran bunga. Kebiasaannya bunga tanpa pengawet akan bertahan kurang dari seminggu.
Gunakan bahan pengawet bunga untuk membekalkan nutrien dan mencegah pertumbuhan bakteria.
Pengawet Bunga (floral preservatives)
Formula untuk pengawet bunga adalah mudah. Ia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan). Ia menyediakan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
Biocide ( mengawal pertumbuhan bakteria). Tanpa bahan ini, kehadiran gula ke dalam air akan meningkatkan bakteria yang akan menyerang batang(stem) dan memendekkan hayat cut flower
Acidifier ( merendahkan pH air dan meningkatkan kadar resapan air). Pengawet bunga komersial boleh dibeli di dalam cecair atau serbuk di kedai bunga. Pastikan anda mengikut arahan tertera sebaiknya. Sebagai panduan jika anda ingin menggantikan bahan pengawet ini dengan bahan sedia ada di rumah, anda boleh menggunakan pencuci mulut Listerine . Satu auns Listerine dicampurkan ke dalam satu gelen air akan menghasilkan kandungan yang tepat sebagai bahan pengawet.
Cara Mengendalikan Cut Flower
Tumbuh-tumbuhan berbeza dari segi komposisi dan tabiat pertumbuhan, oleh itu penjagaan dan pengendalian teknik mungkin berbeza-beza untuk setiap spesies. Kenali karakter pokok anda sebelum ia dijadikan cut flower.
Elakkan memotong bunga yang masih belum matang kerana struktur sel masih belum berkembang sepenuhnya dan berfungsi untuk menghalang bunga tersebut dari layu.
Spesies dengan hayat pendek seperti bunga raya, iris, teratai, dan mawar mestilah dipotong pada peringkat putik dan ia akan berkembang ketika di dalam pasu.
Lakukan teknik pemotongan clean cut dan berbucu tajam berbanding potongan lurus dan mendatar, kerana kaedah ini akan melancarkan proses penyerapan air yang lebih baik untuk mengekalkan kesegaran bunga.
Kebanyakan cut flower akan tahan lebih lama apabila diletakkan di tempat teduh atau pada suhu rendah. Spesies seperti bird of paradise, orkid, ginger, anthurium dan spesies tropika kebiasaannya tahan lasak pada cuaca panas, tetapi pastikan anda tidak meletakkan pasu berisi bunga-bunga segar ini secara langsung di bawah sinaran cahaya matahari.
Buah-buahan segar dan sayuran membebaskan gas ethylene, iaitu sejenis kondisi natural untuk menjadikan buah-buahan tersebut masak dan ranum. Apabila buah-buahan atau sayuran seperti pisang, lobak merah dan epal digabungkan bersama gubahan bunga, gas ini secara drastik akan memendekkan hayat bunga segar ini tadi. Oleh itu pamerkan bungaan segar anda secara solo.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.