Buah-buahan dan sayuran mengandungi bahan nutrien yang sangat tinggi dan menjadi salah satu makanan asasi manusia. Oleh sebab mengandungi 1001 nutrien yang baik untuk kesihatan, ia adalah antara bahan semula jadi yang mudah rosak. Jadi bagi mengekalkan kondisi ini adalah melalui kaedah pengawetan menggunakan bahan kimia. Bahan ini terutamanya diletakkan pada buah-buahan dan sayuran segar import bagi mengekalkan rupa dan kesegarannya.
Selain daripada itu, bahan kimia dipercayai digunakan pada tanaman sayuran dan buah-buahan untuk mempercepatkan proses ia matang dan menggalakkan penambahan saiz supaya kualiti kekal selama ia dijual. Biarpun bahan ini dimasukkan dalam kuantiti kecil, penggunaan yang kerap barangkali boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.
Ads
Ads
Ads
Racun serangga pula boleh meninggalkan kesan buruk kepada sistem saraf. Sesetengah racun serangga boleh menyebabkan penyakit kanser, jangkitan buah pinggang dan hati. Sebagai pengguna, kita tidak dapat mengawal penggunaan bahan ini namun boleh mengurangkannya melalui beberapa kaedah. Untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit yang disebutkan, selain daripada menanam sendiri anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah ini semasa pengambilan sayuran dan buah-buahan:
Pilih sayuran buah-buahan yang tidak mempunyai bintik, celaan atau rupa yang tidak normal seperti daun kerinting, lebam dan sebagainya.
Cuci buah-buahan dan sayuran menggunakan air mengalir sebelum masak dan makan.
Beli makanan semula jadi ini daripada pembekal yang telah dikenali.
Kupas buah-buahan sebelum makan dan sayuran sebelum masak dapat mengurangkan pendedahan kepada racun serangga.
Elakkan membeli sayuran dan buah-buahan siap dipotong yang dijual di pasar terbuka
Buangkan sayur dan buah-buahan yang telah ditumbuhi kulat
Untuk mengurangkan bahaya racun serangga, buang bahagian luar sayuran terutamanya salad dan kubis.
Jangan basuh makanan ini menggunakan sabun keran ia akan meresap masuk ke dalam melalui liang-liang seni.
Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air yang mengalir, peralatan dapur bersih serta pisau tahan karat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dibiarkan karat pada alatan besi ini, kerana ia akan semakin bertambah.
Bagi yang menghadapi masalah karat pada besi ini, boleh cuba perkongsian daripada Miela Hassan ini.
Pintu besi yang penuh karat kembali bersih dan licin selepas disembur dan disental dengan produk pembersih oven saja yang boleh dibeli di kedai Eco.
Cara mudah bersihkan karat pada permukaan besi
Saya nak kongsi cara nak hilangkan karat atau buat maintenance pintu kebal ni. Semoga dapat membantu.
Karat bukan kaleng-kaleng. Al maklum 10 tahun tak pernah servis. Semua palang chrome ada tompok-tompok karat.
Ini selepas dibersihkan kali pertama. Dah clear.
Rahsianya produk pembersih inilah beli kedai Eco saja. Jimat. Harga tak sampai RM5 pun kalau beli secara online.
Caranya;
-Spray tempat berkarat dan biarkan selama 5 minit.
-Kemudian sental dengan berus besi lembut,
-Selepas itu terus lap dengan kain bersih. Pastikan betul-betul chrome ya.
Buat para ibu bapa yang bakal dan baru sahaja menimang cahaya mata pertama, pasti berasa amat teruja untuk menyediakan sebuah bilik yang sangat cantik khas buat permata hati.
Bukan sahaja berasa teruja, malah pasti ada juga yang sudah tidak sabar untuk melakukan dekorasi bagi ruang kamar tersebut, betul tak?
Namun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan sumber idea inspirasi yang menarik. Tidak mengapa, jangan anda bimbang. Mari IMPIANA kongsikan beberapa idea dekorasi bilik tidur anak yang menarik.
Bukan sahaja menarik, idea dekorasi bilik tidur ini amat sesuai bagi anda yang mengemarkan konsep dekorasi yang tampak estetik. Untuk mendapatkan hasil dekorasi seperti ini, anda disarankan untuk menggunakan pemilihan warna cat dinding dan perabot yang terang seperti putih, coklat dan kelabu.
Foto: Facebook Kakidekko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketika ini, isu paling hangat diperkatakan adalah tentang wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang terus meningkat di seluruh negara pada kadar yang membimbangkan (jumlah kes terkini 39,174, dengan dua kematian pada ketika artikel ini ditulis). Pihak berkuasa telah menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan kebersihan yang baik dengan memerintahkan aktiviti pembendungan di sekitar negara. Setakat ini, sebanyak 539 premis telah ditutup, termasuk 241 taska dan 259 tadika. Sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak merupakan hotspot penyebaran virus ini tetapi ia juga menjadi tanggungjawab anda untuk melindungi kediaman masing-masing bagi mengurangkan kemungkinan anak anda daripada diserang HFMD. Jadi mari kita kenali virus HFMD dan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan rumah anda sentiasa selamat dan bebas daripada virus merbahaya ini.
APA ITU HFMD?
Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD adalah penyakit berjangkit yang biasanya disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Ia boleh menjangkiti setiap orang tidak mengira peringkat umur, terutama bayi dan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun. Tiada ubat khusus untuk merawat penyakit tangan, kaki dan mulut ini. Ibu bapa boleh lindungi anak-anak daripada jangkitan dengan mengamalkan kebersihan yang baik dan mengajar mereka untuk menjaga kebersihan.
BAGAIMANA HFMD TERSEBAR?
HFMD merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui hubungan secara langsung dengan hingus, air liur, najis dan cecair dari ruam seseorang yang telah dijangkiti. Individu dengan sistem imun yang lemah juga boleh diserang HFMD melalui sentuhan dengan permukaan alatan atau perabot yang mungkin telah dijangkiti. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan pada saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Cabaran utama oleh mereka yang dijangkiti ialah dehidrasi dan ulser yang sangat pedih. Akibatnya, proses menelan akan jadi seperti mimpi ngeri. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku. Masih tidak ada vaksin dan rawatan khusus untuk wabak HFMD.
APAKAH LANGKAH PENCEGAHAN HFMD?
Pertahanan terbaik terhadap HFMD adalah dengan mengamalkan tabiat kebersihan yang baik. Ajarkan anak-anak untuk mementingkan kebersihan dengan mencuci tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas menyentuh sesuatu. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya membiarkan anak-anak meletakkan tangan kedalam atau berhampiran mulut mereka. Ibu bapa juga perlu memastikan persekitaran sentiasa bersih dan tidak tercemar. Jika anak anda mempunyai HFMD, asingkan pesakit daripada orang lain dan elakkan perkongsian sebarang alatan.
Sebagai langkah keselamatan, anda juga boleh memastikan kediaman sentiasa bersih dengan menekankan ini 4 tips ini ;
Lakukan proses pembersihan dalam aliran melurus. Menurut ahli mikrobiologi Dr. Yeo Wee Ming, langkah tersebut adalah lebih berkesan berbanding jika anda mengelap dalam pergerakan membulat.
Tumpukan kerja pembersihan lebih pada ruang anak-anak bermain, bilik tidur, bilik mandi, dan dapur. Beri penekanan pada paip, tombol pintu, meja, permukaan kaunter, perkakas dapur, tempat duduk tandas, suis lampu, peranti elektronik, keyboard komputer, dan alatan permainan.
Tidak seperti kebanyakan kuman, virus HFMD kalis sabun pencuci biasa dan juga cecair pembersih yang mengandungi alkohol. Apabila membersihkan permukaan, gunakan agen pembersihan antibakteria yang kuat untuk membuang kotoran dan kuman kemudian disusuli dengan pembasmi kuman yang kuat seperti peluntur. Tetapi jangan lupa untuk semak label untuk cara penggunaan yang disyorkan bagi megelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Jika anda tidak mahu membersihkan rumah menggunakan bahan kimia, anda boleh juga menggunakan mesin pembersihan wap untuk membasmi kuman dan virus. Mesin wap menjana tekanan wap air yang tinggi dan dengan mudah akan membersihkan rumah anda dari virus HFMD berbahaya dan hama habuk, serta menghapuskan kotoran yang tersembunyi.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.