Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Ads
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
Ads
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
Ads
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cadar, alas katil, sarung tilam atau apa sahaja panggilan yang anda gunakan adalah kemasan wajib ada dalam bilik. Tapi, Jenis fitted atau bergetah paling mudah digunakan. Walaubagaimanapun, bila dah banyak kali digunakan getah pada cadar tilam akan mengendur dan tak berapa nak kemas bila digunakan. Masa awal pembelian sahaja kemas dan rapi.
Tambahan, agak sukar untuk memastikan cadar katil sentiasa dalam keadaan teganag. Namun, En. Aaron Abd Manan berkongsi cara mudah dan murah untuk atasi masalah ini.
Tips supaya cadar tilam sentiasa ‘tegang’ dan rapi tanpa perlu bekerja keras menarik hujung2 cadar sesudah terbangun dari mimpi.
‘suspenders’ ni saya beli kat DAISO, bersaiz kanak2 (RM5.90)- sesuai utk katil bujang.
Utk katil saiz ‘Queen’, ia boleh didapati di kedai Mr DIY.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah tak anda hadapi situasi sebegini? Bila kita bukak api dapur gas memasak, api tak menyala. Tapi tong gas baru sahaja tukar.
Tahukah anda anda , sebenarnya masalah ini mudah je. Mungkin ada yang tak tahu hal ini. Sebenarnya jika api gas tak keluar bila kita buka gas, ialah disebabkan cara kita pusing knob atau bateri yang terletak dibawah dapur sudah habis dan perlu diganti dengan baru.
1. CARA PUSINGKAN KNOB DAN ADJUST API
Pastikan anda tekan knob sampai habis, jangan tekan knob separuh jalan dan pusing, api tidak akan meyala atau susah hendak menyala. Api boleh adjust dengan cara pusing kan knob. Terdapat 3 zon api iaitu api rendah, sederhana dan kuat
2. BATERI
Kadang-kadang kita tak perasan ada bateri dekat bawah dapur gas. Bahagian bawah dapur ada ruang kecil untuk letak bateri. Bateri yang dah lama tidak ditukar boleh tukar sekarang supaya dapur gas kembali berfungsi dengan sempurna.
Adakala kita sendiri menggaru kepala. Apalah agaknya yang tuan rumah nampak pada ruang yang kita sendiri tidak perasan?Minimalsim sebenarnya memerlukan perabot yang agak mahal kerana selalunya pereka akan menempatkan rekaan yang sangat bermutu tinggi. Rekaan dari pereka ternama dengan bentuk yang menjadi ikon atau perabot yang menjadi buah mulut ramai. Paling tidak pun yang menawan hati tuan rumah.
Lantaran itu perabot seumpama ini, tidak memerlukan sokongan daripada aksesori lain yang hanya menenggelamkan seri perabot tersebut. Perincian yang bagaikan menjerit meminta kita menikmati pembuatannya tanpa gangguan yang lain. Ruang berdiri cantik dengan perabot pilihan atau mungkin sebuah dua aksesori bersama kemasan lembut terpilih. Lantaran itu selalunya mereka yang sukakan minimalis ini, merupakan seorang pemikir dan kreatif orangnya kerana mereka boleh menikmati nilai estetika tanpa ada banyak objek di sesebuah ruang.
Biarkan bangunan dan struktur berbicara. Benar, adakala kita mendiami di kediaman lama seperti rumah kuaters, binaan semasa zaman Inggeris atau dibentangkan panorama alam yang cantik tanpa dilangsiri. Cukup dinding separa pandang atau telus pandang. Jadi seni bina yang hebat seumpama ini tidak sesuai dilitupi dengan pelbagai barangan yang dirasakan tidak perlu. Kuasa ruang sudah memadai memberi kepuasan pandang kepada tuan rumah.
Umpama sebuah arca atau set drama, minimalism juga selalunya tidak perlu pelbagai warna. Cukup warna asas yang melambangkan polos. Material mewah dan mahal seperti potongan kayu balak untuk permukaan meja, lampu lantai koleksi pereka lampu eksklusif, televisyen dan pelbagai lagi material yang unik serta tidak perlu banyak. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.