Anai-anai bukan sekadar menyerang kediaman atau struktur kayu, pokok pon tidak terkecuali. Kebiasaanya pokok yang menjadi mangsa adalah dari jenis berbatang lembut terutamanya pokok buah seperti mangga, durian, sawit dan sebagainya. Selain wujudnya busut berhampiran dengan pokok, kehadiran serangan anai-anai dapat dikesan apabila kelihatan terdapat kotoran atau kesan tanah pada permukaan batang pokok. Keadaan ini lebih berbahaya kerana kita tidak pasti berapakah saiz koloni yang terdapat didalam batang tersebut. Tahu-tahu je, pokok mati atau tiba-tiba tumbang. Sebelum koloni anai-anai memusnahkan tanaman anda, adalah lebih baik lakukan rawatan segera. Tak eprlu tunggu kontraktor untuk lakukannya.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah sama ada dengan penggunaan racun atau bahan-bahan dapur yang boleh dipraktikkan. Namun, tidak semua jenis rawatan sesuai dilakukan. Jadi anda digalakkan melakukan beberapa kajian dan proses ini perlu di ulang secara kerap sehingga koloni anai-anai yang menyerang musnah. Antara cara rawatan pokok yang diserang anai-anai adalah seperti berikut:
1. Tebuk beberapa lubang dengan menggunakan gerudi atau takek dengan batang. Sumbat racun anai-anai yang dibeli di pasaran ke dalam lubang tersebut dan balutkan dengan kain. Ulang langkah ini setiap 2 minggu sehingga anai-anai tadi musnah sepenuhnya
2. Taburkan garam buku (garam ketul besar) di sekeliling pokok (kawasan tepi/perdu pokok0 dengan anggaran 1kg setiap pokok dewasa(untuk pokok berusia 4 tahun ke atas)
3. Gunakan hati ikan pari. Sebaiknya gunakan hati yang diambil dari ikan pari bersaiz besar. Anda hanya perlu pergi kepasar dan mintak kepada kedai ikan hati pari. Tanamn hati pari tadi pada pangkal pokok yang diserang.
4. Larutkan garam ke dalam ir tembakau dan sembur pada sarang anai-anai
5. Siramkan air kapur sirih di bahagian yang diserang. Sifat panas dari kapur sangat tidak disuaki anai-anai kerana ia memiliki kulit yang nipis dan lembut
Namun, tanah dari busut anai-anai amat berguna untuk dijadikan sebagai baja keapda tanaman. Tanah dari busut anai-anai mengandungi humus yang tinggi. Nak tahu cara hasilkan baja dari tanah busut anai-anai [klik sini]
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI