Setiap individu mempuyai kediaman idaman dengan citarasa masing-masing. Namun atas beberapa faktor, mungkin ada perkara yang tak dapat direalisasikan. Kekangan masa dan bajet menjadi antara sebab cita-cita kita ditangguhkan terlebih dahulu. Tetapi itulah hikmah PKP ini, macam-macam idea kreatif yang timbul, menjadikan segalanya mustahil.
Seperti yang dilakukan lelaki ini, DIY sendiri kolam mandi untuk anak-anaknya. Walaupun tak boleh keluar rumah, si kecil tetap ada aktiviti nak buat. Ibu ayah pun boleh join.
Kolam DIY sempena PKP. Baru tak bosan anak-anak.
PKP lajak lagi 2 mngu punya pasai abah hampa DIY kolam bagi kat hampa mandi….
BAHAN YANG DIPERLUKAN
- 20mm PVC pipe class 7 = 4 batang
- 20mm PVC tee = 36 biji
- 20mm PVC elbow = 8 biji
- Kanvas 12ft X 10ft
- gam pipe PVC
- cable tie
- alatan tangan
p/s : Kos keseluruhan RM130 – RM160, mengikut harga semasa di hardware kawasan rumah masing-masing.
Kredit: Zul Mus
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sucikan Kain Buruk Dari Kotoran Degil Ikut Petua Ini, Memang Berkesan!
Memang tidak sah kalau tiada kain lap atau lebih mesra dipanggil kain buruk untuk kegunaan didapur. Item penting ini sangat berguna untuk membersihkan segala jenis tumpahan atau sisa lauk serta kotoran dan minyak yang degil.
Dan selepas diguna, sudah tentu anda memerlukan tenaga yang lebih untuk menyental kotoran serta bau yang melekat. Kadangkala, kotoran tidak mahu tanggal dan terpaksa buang saja kain buruk tersebut.
Tetapi kini perkara tersebut sudah ada solusinya. Impiana ingin kongsikan bagaimana anda boleh mencuci kain buruk dengan mudah, supaya jadi lebih bersih dan wangi.
BAHAN-BAHAN
1. Air Panas
2. 1/2 cawan Soda Bikarbonat
3. Sedikit Cuka
CARA-CARANYA
1. Masukkan 1/2 cawan soda bikarbonat kedalam semangkuk air panas.
2. Tambahkan satu sudu cuka kemudian kacau sebati
3. Ambil kain buruk yang kotor dan masukkan kedalam mangkuk tersebut
4. Pastikan kain terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu
5. Biarkan kain direndam semalaman
6. Bilas kain dengan air bersih. Jemur hingga kering.
7. Hasilnya kain jadi bersih, bebas kotoran dan wangi!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cuaca Panas Ular Keluar! Apa Nak Buat?
Bila cuaca panas, bukan manusia gelisah mencari keselesaan haiwan dan sebagainya semua pastinya mencari kawsan yang dingin dan selesa untuk didiami atau berlindung. Kisah ular keluar pada waktu panas ni sering kita dengar kan.
Apa langkah dan tip yang kita perlu buat. Memang menakutkan dan merbahaya bila haiwan sebegini masuk ke dalam rumah khususnya bagi anda yang ada anak kecil. Jadi, macam mana nak elak ular dari masuk ke dalam kediaman kita? Ini tip berguna yang anda boleh cuba sebagai langkah pencegahan.
- Bersihkan kawasan rumah
Pastikan perkarangan rumah anda kurang dengan barang-barang tak terpakai dan tak serabut. Kotak lam dan tak terpakai boleh la buang dan asingkan. Disamping itu juga, lantai laman sama ada di bawah pokok perlu sentiasa bersih tanpa longokkan daun kering kerana ular suka tidur di dalam timbunan daun keran yang kering dan sejuk.
2. Jangan biarkan pokok merimbun
Tanaman merumpun seperti pandan dan seangkatan denganya juga berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa anda sedari. Silap-silap, boleh jadi tempat bertelur dia pulak nanti. Kalau ada tanaman merimbun yang terdapat di laman anda, perkemaskannya secara kerap.
3. Tebas semak samun di halaman
Tebas semak samun yang terdapat di dalam mahupun sekitar perkarangan kediaman anda. kalau lalang jiran tu dah panjang semeter, suruh di tebas. Kalau jiran malas, buat gotong royong sama-sama.
4. Pastikan kolam ikan atau kolam mandi di rumah sentiasa bersih
Jika kawasan ini dibiar serabut dan semak, pastinya mengundang si dia datang untuk menikmati kesejukkan di kolam tersebut.
5. Tutup setiap lubang
Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuan nye untuk menghalang ular dari masuk rumah lah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.
6. Pastikan rumah sentiasa harum dan segar
Ular mempunyai sifat tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria bau ular. Bila deria bau ular tercemar, ia akan mengalami kesukaran untuk mengesan keadaan persekitarannya .
7. Kucing Oh My Hero!
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.
8. Tabur serbuk belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos. Namun kelihatan berkesan bedasarkan pengalaman admin. Tabur parameter kediaman dengan serbuk belerang atau nama lebih tepat sulfur. Boleh dapatkan serbuk ni di kedai hardware sahaja. Tapi masa nak taburkan serbuk belerang ni, pakai sarung tanggan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
INDAHNYA Bunga Putih: Mampu Segarkan Apa Sahaja Ruang
Apakah membuatkan kediaman anda kelihatan sempurna? Sudah tentulah rekaan seni dalamannya. Namun bukan itu sahaja yang perlu anda fikirkan. Selain konsep dekorasi tertentu dengan aturan perabot yang gah, sentuhan segar perlu diwujudkan dalam apa jua ruang. Apa yang perlu anda buat adalah meletakkan bunga-bunga segar di dalam pasu yang berpadanan.
Sekiranya anda tidak pasti jenis dan warna bunga yang sesuai, paling selamat untuk anda indahkan ruang di dalam kediaman adalah dengan memilih bunga berwarna putih. Anda boleh kombinasikan bunga putih ini dengan pilihan pasu yang cantik atau aksesori perhiasan berwarna lain. Percayalah, pasti kediaman anda akan kelihatan bersih, cozy dan elegan. #
GODAAN DI RUANG TAMU
Di dalam kediaman, ruang tamu menjadi tempat yang perlu diutamakan. Baik dari segi dekorasi dan pemilihan perabot, kehadiran bunga putih yang dipamerkan di atas meja kopi bersebelah aksesori perhiasan lain mampu mengundang kemesraan. Malah juga membangkitkan aura elegan keseluruhan ruang tersebut. Untuk ruang ini, pilihlah bunga jenis gugusan kelopak besar dan merimbun seperti Lili, Ros, Hydrangea atau Hyacinth putih. Sebaik-baiknya gunakan bunga hidup yang diletakkan di dalam pasu atau balang berkaca telus pandang.
KETENANGAN RUANG BERADU
Bilik tidur yang ringkas mampu tampil lebih mempesona dengan kehadiran bunga-bungaan. Ia juga membuatkan keadaan sekitar menjadi segar dan tenang. Anda boleh menambah kreativiti sendiri dengan meletakkan bunga dalam pasu atau bekas rekaan menarik. Bunga putih seperti Ros, Carnation dan Kekwa dapat juga melembutkan suasana. Bersama bunga tersebut, adun elemen hijau dengan mengubahnya bersama daun paku-pakis.
PENYERI MEJA MAKAN
Seperti juga di ruang tamu, hiasi meja makan anda dengan bunga-bungan segar. Mungkin kelihatan agak kaku jika hanya mempamerkan pinggang mangkuk, sudu dan garfu atau gelas dan cawan sahaja di atasnya. Tambahan pula jika ia berwarna putih, perak atau telus pandang. Tetapi kehadiran bunga akan menambah seri pada ruang ini.
Sebagai panduan, anda boleh gabungkan bunga putih dan warna lain dalam kumpulan bunga yang sama. IMPIANA syorkan anda meletakkan bunga Hydrangea atau Ros dan pastikan bunga digubah lebih tinggi daripada bekas lilin, gelas dan sebagainya.
KAMAR MANDI SEGAR MEWANGI
Bilik mandi atau bilik air antara ruang yang jarang diberikan perhatian pemilik kediaman di negara kita. Kadang kala ruang yang suram tanpa dekorasi menarik ini juga dibiarkan sehingga menyebabkan bau kurang mesra. Tidak kira seringkas mana dekorasi di ruang bilik mandi anda, cuba hadirkan suasana lebih wangi. Bunga putih bukan hanya kelihatan suci tetapi menambah seri ruang ini. Walaupun sekuntum bunga Orkid, Lili , Harum Sundal Malam atau Tuberose mampu mewangikan ruang ini.
SUNTIKAN LEMBUT DI DAPUR
Tidak ketinggalan ruang dapur juga perlu disuntik rasa segar dan tenang. Kehadiran bunga-bungaan putih mampu mewujudkan aura lembut dan lapang. Letakkan jambangan bunga Ros, Kekwa atau Orkid putih hidup pada satu sudut yang sedikit jauh daripada ruang memasak.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI