Ini Cara Mudah Pasang Sendiri Eyelid Ring Pada Langsir

Share

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak raya. Mesti ramai dah mula sibuk buat tempahan baju dan juga langsir. Sekarang ni, ramai orang sibuk pakai langsir jenis rod. Sekarang ni langsir di rumah jenis Hook tu. Macam mana ni? takkan langsir yang lama nak dibuang. Tambahan pula jenis langsir yang ada eyelid

ni mahal.

PENYELESAIAN: Kalau dah puas cari langsir eyelid yang murah tak ada yang berkenan, anda tepek sendiri je eyelid tu. Mana yang langsir lama pula, tak perlu di buang. Tambah eyelid je. Nak tahu macam mana cara mudah pasang eyelid ring

pada langsir? jom ikut cara Lyns han ni

Kita beli langsir ni dekat kaison. Tapi jenis cangkok biasa. Lepas tu rasanya macam lebih cantik kalau langsir ni jenis eyelid ring. Terhasil lah idea dari abah ku sayang. jadi, siapa-siapa yang ada langsir lama tu, nak tukar ke style eyelid ni bolehlah cuba macam ni. Senang sahaja

1. Beli ring secukupnya mengikut rekabentuk yang sesuai dengan corak atau konsep langsir

2. lukis bulatan mengikut saiz dalam eyelid ring. Lebih mudah ambil satu eyelid ring sebagai contoh

3. Gunting bahagian yang telah dilukiskan tadi dan pastian ia berlubang di menembusi belakang

4. masukkan ring di bahagian bawah dahulu dan selitkan langsir betul-betul kemas

5. Pasangkan ring di bahagian hadapan pula dan tekan kan bagi kemas

SIAP

Published by
Impiana