Laman

Ini Cara Mudah Tanam Pokok Anggur Dalam Pasu

Share

Pohon anggur mudah hidup di atas semua jenis medium tanaman di Malaysia kecuali tanah masin dan bergaram. Namun, tidak ramai mengetahui bahawa pohon anggur juga sesuai ditanam di dalam pasu. Penjagaan dan penyelenggaraan pohon anggur berpasu bukanlah sesuatu yang rumit, malah ia menjadi lebih mudah. Yang menjadi keutamaan terhadap produktiviti pohon anggur adalah pengamatan cahaya yang mencukupi. Ia penting untuk menggalakkan pertumbuhan bunga dan mempercepatkan buah anggur masak ranum. Untuk mula menanam pohon anggur di dalam bekas atau pasu ini kaedah mudah yang boleh anda ikut.

CARA TANAMAN POHON ANGGUR DI DALAM PASU

  • Masukkan medium pasuan separuh daripada saiz pasu. Medium yang digunakan adalah 1:2:1 di mana 1 bahagian pasir, 2 bahagian tanah dan 1 bahagian adalah bahan organik yang terdiri daripada serat seperti sekam padi dan tinja kambing.

 

  • Pastikan medium pemasuan digaul rata sebelum anak pokok ditanam. Ini bertujuan untuk memastikan nutrien dapat diagihkan secara menyeluruh.

 

  • Ukur root ball anak pokok anggur untuk menentukan aras dan keperluan medium tanaman bersesuaian dengan ketinggian.

  • Potong bahagian bawah polybag untuk memudahkan proses penanaman anak pokok.

  • Letakkan anak pokok di tengah-tengah pasu dan tambah medium ke dalam pasu hingga paras root ball
    anak pokok anggur. Tarik keluar polybag dari medium tanaman.

  • Tambah bahan organik di bahagian paling atas medium pasuan dan ratakan ia.

 

 

Penghargaan: Pn. Siti Saloma (Saloma Vineyard and Nursery)

 

Published by
Asmar Zakri